Goncang Bekas Macam Ni, Tip Mudah Buat Sotong Celup Tepung Yang Rangup & Sedap. Tepung Tak Lerai

Share

Ramai yang cuba buat sotong celup tepung tapi tak menjadi. Tepung tak rangup, lerai waktu goreng dan kurang sedap.

Supaya lepas ini jika buat menu yang sama, hasilnya menjadi sotong celup tepung jadi rangup, sedap dan kulit tak tanggal boleh cuba cara Meen Yusoff.

1. Potong sotong ikut cita rasa.

2. Perap sotong dengan tepung serbaguna Bestari dan air.

3. Selepas 10 minit, masukkan sebiji telur.

4. Sediakan pula bancuhan tepung Bestari bersama sedikit teping beras dalam bekas yang senang untuk kita goncang.

5. Ambil sotong yang diperap tadi, masukkan dalam bancuhan tepung kering. Ambil sotong saja.

6. Tutup bekas dan goncangkan supaya semua sotong tersalut tepung. Lagi mudah, tak membazir tepung dan tak bersepah.

7. Ini hasil selepas digoncang tadi.

8. Panaskan minyak yang banyak dan goreng. Bila dah garing, buih dah kurang boleh angkat.

Hasilnya

Selamat mencuba.

Sumber: Meen Yusoff

IKLAN