Ruang untuk sidai pakaian kalau duduk di apartment memang terhad. Apatah lagi kalau kediaman jenis flat yang tiada balkoni.
Nak letak alat sidai kain yang besar memang makan ruang. Alternatif untuk masalah ini adalah penyidai baju jenis retractable atau tali penyidai kain mudah tarik dan simpan.
Idea ini dikongsi oleh pengguna TikTok Hajar Radzi.
Ujarnya tinggal di rumah flat salah satu masalah yang dihadapi adalah untuk menyidai kain kerana tiada balkoni.
Ads
Jadi alat penyidai jenis sangkut yang tali boleh ditarik dan disimpan ini memang memudahkan terutama kalau nak sidai kain dalam rumah.
Tali pun kuat kerana diperbuat daripada stailess stees dan boleh tampung berat 20kg. Panjang tali hingga 4 meter jadi banyak juga boleh sidai terutama jika gunakan hanger.
Dah siram tapi tanaman tetap nampak tak subur, malah ada yang mati. Salah satu faktor yang harus dilihat kembali adalah waktu siraman yang dilakukan.
Untuk memastikan tanaman hidup subur siraman perlu dilakukan pada waktu yang sesuai. Malah perlu diketahui juga waktu yang tidak elok untuk melakukan siraman pada tanaman supaya tak memberi kesan ada pokok.
Selalu dengar orang pesan, tanaman perlu disiram 2 kali sehari. Tapi, bilakah waktu terbaik untuk siram tanaman ini ?
6.00 – 8.00 pagi
Ini waktu terbaik siram. Siram sehingga air keluar dari bawah pasu.
5.00 – 6.00 petang
Boleh siram tapi jangan banyak sekadar lembap.
Elak siram tanaman pada 2 waktu ini
11.00 pagi – 3.00 petang
Ini adalah waktu matahari memuncak atau paling panas. Siraman yang dilakukan pada waktu ini hanya akan menyebabkan tanaman melecur dan kerosakan pada tisu dan sel tanaman.
6.00 petang- malam
Jangan siram terutama waktu malam. Ini adalah waktu pokok berehat. Proses tanaman akan terhenti pada malam hari, ini bermakna air yang disiram waktu ini tak dapat diserap dan di proses.
Lagipun siraman pada waktu ini juga mungkin menyebabkan tanah yg terlalu lembap akan mengundang kulat dalam tanah & merosakkan akar.
Kebanyakan kita membuat pinjaman bank untuk pembelian perkara penting atau urusan kecemasan.
Namun boleh jadi juga dalam keadaan terdesak untuk membuat pinjaman ini, ia tidak diluluskan oleh bank gara-gara bank statement kita tertera perkataan yang tak sepatutnya.
Antaranya kerana perkataan ‘kutu’. Perkara ini dijelaskan oleh seorang penasihat kewangan sebuah bank dalam video TikTok perkongsian beliau.
“Perkataan yang TAK BOLEH ada dalam bank statement
-Duit kutu/kutu
-kuntu/utu/kut
Ini kerana kutu illegal pada bank. Boleh effect approval loan. Loan akan direject terus oleh bank,”demikian tulis beliau.
Main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
Ia termaktub di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.
Kalau sudah ada tiga anak perempuan tentunya seorang ibu itu mengharapkan kehadiran anak lelaki pula. Paling tidak seorang, barulah terasa lengkap famili.
Namun bukanlah kuasa kita untuk menentukan jantina anak yang bakal dilahirkan. Segalanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.
Tapi jika sudah ada berderet anak perempuan mungkin memerlukan usaha juga. Buat ibu bapa yang menginginkan kehadiran anak lelaki ikhtiar perkongsian Dr. Zubaidi Haji Ahmad bolehlah diusahakan.
Antara petua yang selalu diberitahu untuk mendapat anak lelaki berkait dengan pemakanan. Tapi menurut beliau secara saintifiknya belum ada kajian yang mengesahkan bahawa pemakanan akan menentukan jantina anak.
Namun ada kajian yang menunjukkan bahawa pemakanan mempengaruhi jantina anak yang dikandung oleh seorang wanita.
Ambil makanan berkalori tinggi
Dalam kajian yang dilakukan oleh saintis di Oxford dan Exeter Universities terhadap 740 wanita mendapati wanita yang mengambil makanan berkalori tinggi ketika proses ovulasi cenderung untuk hamil anak lelaki.
Makan pisang
Dalam kajian yang agak lemah, saintis melakukan kajian tersebut juga dapat membuktikan bahawa ramai wanita yang makan pisang dalam kuantiti banyak melahirkan bayi lelaki.
Ini kerana pisang mengandungi jumlah kalori yang tinggi. Jadi benarlah petua yang kita dengar sebelum ini mengatakan jika mahu dapat anak lelaki banyak kan makan pisang sebelum melakukan hubungan intim dengan suami.
Minum susu
Bahkan ada juga petua yang mengatakan minum susu sebelum hamil juga boleh membantu mendapatkan anak lelaki.
Makanan laut
Begitu juga dengan petua yang mengatakan bahawa makanan laut boleh menyebabkan ibu hamil anak lelaki. Tiada bukti dari segi sains perubatan tapi tidak salah mencubanya.
Perlu tahu
Untuk mendapatkan seorang anak, harus berlaku percantuman benih lelaki (sperma dan perempuan (ovum). Penentuan jantina pula bergantung kepada sperma yang bersenyawa dengan ovum kerana setiap sperma membawa kromosom Y untuk benih anak perempuan atau kromosom X untuk benih anak perempuan, manakala ovum pula hanya mempunyai dua kromosom X saja.
Sperma yang membawa kromosom Y selalunya lebih aktif dan bergerak menuju ke ovum dengan lebih cepat tetapi hanya mampu hidup pada waktu yang singkat sahaja. Ia hidup lebih lama dalam suasana rahim yang beralkali.
Sementara sperma yang mempunyai kromosom X bergerak lambat tapi hidup dengan lebih lama terutama dalam suasana rahim yang lebih berasid.
Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam faraj wanita dapat diubah menjadi lebih beralkali, kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki lebih tinggi.
Basuh bahagian intim dengan cecair alkali
Oleh itu mereka mencadangkan setengah jam sebelum melakukan persetubuhan, si isteri membasuh bahagian intim dengan sejenis cairan yang mengandungi sodium bicarbonat’ yang bersifat beralkali menggunakan teknik ‘douching’.
Tak salah kita mencuba, kemudian serahkan segalanya kepada takdir-Nya. Jika bukan rezeki memiliki anak lelaki bersyukurlah jika anak yang dilahirkan itu sihat sempurna tak kira lelaki atau perempuan.
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...