Guna Bekas Plastik Ini Saja Untuk Simpan Daun Kesum. Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar

Share

Daun kesum memang selalu kita beli dalam jumlah yang banyak walaupun untuk guna dalam masakan hanya sedikit saja.

Selebihnya kita simpan dalam peti sejuk. Daun kesum ini kalau tak simpan dengan cara yang betul memang kering dan akhirnya layu saja dalam beberapa hari.

Supaya tak membazir kaedah ini boleh dipraktikkan untuk menyimpan daun kesum supaya kekal segar sampai dua minggu. Cara ini dipraktikkan oleh Effa Latifah Hashim dan dikongsi untuk kita cuba.

Simpan daun kesum begini supaya tahan lama

Perkongsian ilmu, daun kesum alau simpan begini tahan lebih lama. Ini daun kesum yang masuk 2 minggu lebih, masih segar bugar.

Caranya

1.Sediakan bekas berpenutup boleh guna bekas plastik minuman begini.

2.Letak air yang ditapis dalam separuh bekas kemudian masukkan daun kesum bersama tangkainya.

3.Tutup penutup minuman dan simpan dalam peti sejuk bahagian rak biasa. Bila nak guna baru buka dan ambil.

Nota: Tukar air bila nampak keruh.

4.Cara yang sama boleh boleh dipraktikkan untuk simpan daun ketumbar atau daun sup.

Semoga bermanfaat

Sumber: Effa Latifah Hashim

IKLAN