Guna Kertas, Kaedah Pulihkan Tanah Yang Dah Keras & Lama Terbiar Sebelum Bercucuk Tanam

Share

Kawasan rumah atau kebun dah lama terbiar tapi tiba-tiba hati terdetik nak kembali bercucuk tanam.

Untuk pengetahuan sebelum mula menanam, tanah yang sebegini perlulah dirawat dulu keadaannya supaya kembali subur.

Ada beberapa cara boleh dilakukan untuk tujuan ini, namun jika mahu cara yang mudah tak perlu cangkul tanah banyak boleh gunakan panduan yang dikongsi oleh Nazrul Azam.

Cara pulihkan tanah yang dah keras sebelum bercucuk tanam

Macam mana kalau kawasan kita nak berkebun dah lama terbiar, sampaikan tanah jadi keras, warna tanah pun dah cerah? Ini ada satu cara yang selalu saya gunakan bila diminta membantu memulihkan tanah.

Advantage : Kos rendah. Kerja tak susah (tak payah cangkul teruk-teruk)
Disadvantage : Perlukan kesabaran, at least 3 bulan baru pulih sepenuhnya.

1. Keadaan asal tanah yg ditinggalkan lebih setahun. Kering dan sangat keras. Rumput pun tak mau tumbuh

2. Kami cangkul lubang untuk ditanam pokok. Lubang perlu lebih kurang  3 kaki dalam dan dijarakkan lebih kurang 4 kaki. Tanaman yang telah ditentukan akan ditanam di lubang-lubang ini.

3. Kertas/surat khabar lama diletakkan untuk menggalakkan pembiakan cacing.

4. Masukkan sisa ikan, kulit ketam dan udang.

5. Kemudian masukkan sisa buahan seperti kulit nenas, pisang dan betik busuk, kulit tembikai.

6. Kami tuangkan air yang telah dirawat dengan EM dan FPJ. Tuang hingga penuh lubang dan tunggu hingga ianya meresap.

7. Setelah air meresap, kambus kembali lubang, taburkan sedikit peatmoss (optional) dan terus boleh gunakan. Pindah anak pokok.

Microbes yang dibiakkan dalam setiap lubang yang digali akan perlahan-lahan merebak hingga keseluruhan tanah yang lain, aling cepat 3 bulan (untuk laman ini, saya dapat 20 lubang 5 X 4).

Semoga bermanfaat.

Sumber: Nazrul Azam

Artikel berkait: Tutup Dengan Plastik, Kaedah Rawat Tanah & Matikan Benih Rumput, Lalang Serta Serangga

IKLAN