Hampir hari-hari kita masak menggunakan telur. Jika sebelum ini kulitnya dibuang, kali ini boleh simpan untuk buat tempat semai biji benih sawi atau sayur lain.
Caranya dikongsi oleh Hadijah Abu Bakar. Menurut beliau cara semai ini juga lebih mudah.
1. Kalau berhajat semai benih guna kulit telur ini, pecahkan bahagian atas supaya ada ruang untuk masukkan tanah. Pecahkan juga sedikit di bahagian bawah.
Ads
2. Basuh dulu kulit telur sebelum letak tanah di dalamnya untuk elak semut atau tikus. Kemudian bolehlah masukkan tanah, boleh gunakan tanah hitam atau tanah sawit.
3. Masukkan 3 biji benih dalam satu telur kemudian letak di tempat redup.
Ads
4. Apabila sudah naik 3 daun bolehlah dialihkan ke tanah.
5. Cara alih, pecahkan telur supaya akar dapat merebak dan terus semai dalam bekas atau batas.
Ads
Selain sawi, biji benih sayur lain juga boleh disemai menggunakan kulit telur juga.
Ramai rasanya peminat ayam goreng ini. Memang sedap, tapi waktu PKP ini mana boleh nak makan kat sana. Nak delivery pun tak semua kawasan dihantar.
Jadi kalau teringin bolehlah buat sendiri untuk puaskan keinginan makan. Jimat pun jimat. Caranya dikongsi oleh Anis Atokman.
Bahan-bahan :
10/15 pcs kepak ayam
4 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap cair (cap Kipas Udang)
1/2 cawan air
1/4 gula melaka
1/2 sudu besar serbuk lada hitam (letak extra jika nak pedas)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar madu
1 sudu besar cuka
Tepung Jagung
Serbuk perasa
Garam
Cara buat ayam goreng:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk lada hitam, serbuk perasa dan sedikit garam.
2. Kemudian sadurkan semua ayam satu persatu dalam tepung jagung sampai bersalut penuh.Tekan sikit supaya tepung lekat elok.
3.Goreng ayam lebih kurang dalam 10 minit (agak-agak salutan dah tak nampak bertepung dan melekat).
4. Angkat ayam tos dan tunggu sekejap, kemudian sadurkan sekali lagi ke dalam tepung jagung dan goreng semula buat kali kedua (wajib buat untuk ayam kekal rangup lama).
Goreng ayam sampai kekuningan dan sampai ayam yang disadur jadi rangup (api sederhana jangan terlampau kuat, takut dalam tak masak).
5. Dah siap boleh angkat ayam dan ketepikan untuk buat kuah salutan.
Cara buat kuah salutan:
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan (minyak sikit saja lbih kurang 1 sudu besar). Masukkan kicap,air, madu,gula melaka dan serbuk cili.
2. Kacau sebati hingga mendidih. Kemudian masukkan cuka. Kacau hingga tekstur jadi sedikit pekat (jangan terlampau pekat nanti bila sejuk kuah makin pekat).
3. Dah nampak pekat tutup api. Waktu kuah dah agak suam boleh tuang sedikit demi sedikit ke atas ayam yang telah siap digoreng tadi sambil gaul rata.
Nak lebih boleh tuang lebih, dan kalau ada lebihan kuah salutan boleh simpan. Nanti nak buat lagi boleh goreng ayam dan gunakan kuah salutan yang sedia ada saja.
Kalau di kampung selalu kita lihat waktu petang rutin membakar sampah di bawah pokok pokok dilakukan.
Selain untuk tujuan kebersihan, ramai yang tak tahu sebenarnya ada kesan baik dari aktiviti pembakaran tersebut untuk tanaman dan pokok-pokok buah.
Asap yang dihasilkan akibat dari pembakaran bahan organik terutamanya boleh membantu di dalam mengawal musuh dan serangga perosak pada pokok buah-buahan.
Ini kerana lazimnya asap ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai ‘Nafthalene gas’ yang menghalau banyak jenis serangga perosak tanaman.
Semakin kerap kita membakar dan menghasilkan asap, semakin kurang kemungkinan berlaku serangan serangga perosak pada pokok buah-buahan kita.
Paling utama hasil daripada pembakaran ini akan menghasilkan sisa bahan bakar yang kaya dengan baja dan nutrien seperti Potassium yang merupakan baja untuk tumbuhan.
Selain mengelakkan pokok dari terkena daripada serangan ulat dan serangga perosak, asap ini juga memberikan kesan kepada pokok buah-buahan untuk mengeluarkan bunga pada waktunya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...