Tanam pokok buah dan sayur keliling rumah tapi ada masalah daun kerinting dan dimakan ulat, pokok buah pula hasilnya banyak yang busuk.

Biasanya atasi masalah ini, kita sembur racun atau air semburan yang dibuat sendiri. Tapi kalau kedua-duanya tiada, boleh juga guna paracetamol untuk merawat pokok ini.

Ya betul, paracetamol yang kita selalu guna untuk sakit demam tu. Ia juga boleh digunakan untuk mengatasi pokok yang ‘sakit’.

Tip ini dikongsi oleh Ismail Che Din.

Tip guna paracetamol atasi pokok ‘sakit’

Guna Paracetamol Tip Suburkan Kembali Pokok Kena Serangga Perosak. Buah Pun Elok Semula, Begini Caranya

Masalah daun dimakan ulat, daun berkerinting, buah selalu busuk itu petanda pokok ‘sakit’. Kalau dah sakit Paracetamol jawapannya. Ambil pil paracetamol sebarang jenama, belah 2 atau 4.

IKLAN

Tanam dekat dengan pokok yang sakit. Insya-Allah pokok akan sihat, daun pokok segar serta buah tak busuk lagi.

Justifikasinya, pokok akan menyerap bahan dari paracetamol dan menyebar ke seluruh jasad pokok, daun akan menjadi pahit. Waktu ini ulat serta serangga akan hindari pokok tersebut selama mana Paracetamol ada dalamnya.

Guna Paracetamol Tip Suburkan Kembali Pokok Kena Serangga Perosak. Buah Pun Elok Semula, Begini Caranya

IKLAN

Boleh guna paracetamol sebarang jenama, paling baik yang dah tamat tempoh. Daripada buang lebih baik tanam pada pokok sakit.

Belah 2, bergantung pada saiz pokok.

Belah 4, tanam kiri dan kanan pokok.

IKLAN

Guna Paracetamol Tip Suburkan Kembali Pokok Kena Serangga Perosak. Buah Pun Elok Semula, Begini Caranya

Tanam jauh sikit dari pangkal pokok. Bagi pokok dalam pasuan, 6″-9″ dari pangkal pokok. Lebih pun tiada masalah sebab dalam pasu.

Paracetamol akan terlarut secara perlahan, dan diambil pokok secara sikit sikit.

Semoga bermanfaat

 

Selain itu:  Cara Mudah Semai Benih Kunyit, Alas Kertas Basah Letak Tempat Gelap
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI