Guna Rumput Terbuang, Kaedah Berkesan Suburkan Tanah Sebelum Bercucuk Tanam

Share

Bila bercucuk tanam, kita memang selalu akan bersihkan rumput atau lalang yang ada sekeliling tanaman.

Rumput yang kita cabut ini jangan pulak kita terus buang, masih ada gunanya. Ia boleh dijadikan baja untuk suburkan tanah. &

Baja rumput ini sesuai sangat digunakan sebelum mula bercucuk tanam. Cara ini dipraktikkan oleh Fadhil Arif Mohd yang berkebun di kediamannya.

Untuk buat baja rumput ini juga katanya mudah saja. Boleh guna rumput yang dimesin tepi jalan atau yang dicabut sekitar rumah.

Cuma perap rumput ini dalam satu bekas hingga ia mati dan rapuh. Selepas itu baja rumput ini sedia digunakan.

Semasa sediakan batas, letakkan rumput yang diperap ini dan kambus. Boleh juga letak sekali tinja ayam. Kemudian siram dengan air sekali sehari.

Dalam 1-3 minggu bolehlah guna untuk bercucuk tanam. Jika keadaan tanah kering, letak beberapa kali rumput ini, Insya-Allah akan subur tanah untuk tanaman.

Jika guna pasu, letak rumput ini di bahagian bawah sekali sebelum tambun dengan tanah.

Inilah hasil pokok cili yang menggunakan kaedah baja rumput.

Semoga bermanfaat

Sumber : Fadhil Arif Mohd

IKLAN