Tidak dinafikan bukan wanita saja yang menjaga bentuk badan supaya tidak mengalami berat badan berlebihan dan kekal bertubuh langsing, tetapi juga kaum lelaki.
Seperti perkongsian lelaki ini dikenali dengan Sham Shooter yang sebelum ini pernah mengalami pertambahan berat badan sehingga mencecah 120 kg.
Tetapi akhirnya berjaya mengurangkan berat sebanyak 35 kg dalam masa empat bulan setelah mengamalkan diet dan membuat senaman larian setiap hari secara konsisten.
Ads
Perbezaan cukup ketara.
Menurutnya ketika mula-mula mengamalkan diet dan melakukan aktiviti senaman, dia hanya boleh mampu berjalan mengheret kaki sejauh 3 km sahaja, tetapi lama kelamaan barulah boleh berlari sehingga 5km tanpa henti.
Hasil usaha keras, kini berat badannya telah mencecah 88 kg dan masih konsisten mengamalkan rutin yang sama dalam mengekalkan berat badan.
Ads
Tip Hilangkan 35 Kg Dalam Masa 4 Bulan
Mengamalkan Menu Yang Sihat / Eat Clean
– Untuk makan pagi, mengambil telur rebus bersama roti roti wholegrain dan juga kopi kurang manis (tubuh kita masih perlukan gula, tetapi haruslah kurangkan kemanisan itu).
Untuk sarapan pagi.
– Manakala untuk makan tengah hari akan mengambil menu yang sama, tetapi lebihkan pengambilan makanan yang rebus dan bakar.
– Untuk sementara tinggalkan pengambilan makanan laut sehingga berat badan jadi stabil.
Rebus dan bakar untuk makan tengah hari.Sudah memadai.Menu seimbang.
– Sementara untuk makan malam pula tekankan pengambilan masa, iaitu diambil pada jam 6.30 petang dengan mengambil buah atau hanya minum sahaja.
Pilihan untuk makan malam.Sama seperti menu tengah hari.Ambil buah sebagai pilihan untuk makan malam.
– Mengamalkan cheat day tetapi pada hari Sabtu dan Ahad atau salah satu hari.
– Misalnya pagi makan nasi lemak ayam, jadi tengah hari akan kurangkan makan dan sebelah petang bersenam lebih sedikit.
Tip Lain:
– Amalkan aktiviti larian 5 km sehari secara konsisten.
– Jangan lupa minta dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan semua urusan.
Perkongsian dari anak muda Arif Sukri ini memang mengujakan termasuklah VK sendiri. Mana taknya 3 bulan boleh hilang 40kg! Memang tak mustahil sebenarnya.
Walaupun yang berkongsi ini lelaki tapi cara dietnya boleh saja diikuti oleh kita yang perempuan ni. Cuma pesannya nak hilangkan berat badan sebanyak itu dalam tempoh yang singkat memanglah memerlukan pengorbanan dan komitmen.
So janganlah harap boleh kurus kalau asyik nak makan saja, kenalah berkorban kurangkan makan tu. Tapi rasanya diet yang dikongsi Arif ini tak sampai membuatkan kita berlapar. Tetap makan enam kali sehari. Oklah kan.
Untuk korang yang nak kurus cepat tapi selamat boleh praktikkan cara diet Arif Sukri .
Saya telah menulis begitu banyak mengenai perjalanan mengurangkan berat badan. Hilang 40 kg dalam tempoh 3 bulan memang memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen
Pada awal penulisan dahulu saya tidak mencadangkan korang untuk follow jadual pemakanan saya. Pada saya ambil tahu syarat-syarat makanan apa pun dah baik.
Hahaa. Tapi korang tak nak. Kemain juga nak tahu rejim dan jadual diet saya. Sama sahaja. Yang pasti makan kena cukup 6 kali sehari.
1. Sarapan
Setiap pagi saya akan pastikan benda pertama masuk ke dalam mulut adalah air masak. Minum air masak segelas atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh mula sarapan.
Jujur 2 minggu pertama saya makan OAT KOSONG. Hahaa. Tiada susu, kurma, atau buah. Oat dan air suam sahaja. Dia punya rasa ya tuhan. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak potong makanan yang bergula.
Selepas dua minggu pertama saya mula makan oat bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9 pagi masa sesuai untuk sarapan.
2. Minum pagi
Saya tidak cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum minum pagi pun saya minum air kosong banyak dah. Huhu. Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3 keping atau kuih satu atau setidak-tidaknya adalah kurma. Saya pilih kurma sahaja.
3. Makan tengah hari
Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari saya akan minum air masak terlebih dahulu. Ini agar perut saya terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan banyak banyak sebab perut dah penuh air. Kahkah.
Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam bakar, ikan bakar dan katakan tidak pada yang bergoreng. Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak. Saya pilih sup atau singgang. Dan pastikan ada sayur atau ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.
Pun sama. Kadang-kadang saya minum teh hijau kosong. Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat sahaja. Hahaa. Rasa tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.
Selama dua bulan berturut-turut saya tidak minum air yang mengandungi gula tambahan. Kalau tak mahu minum teh atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.
Milo untuk 2 bulan pertama saya tak ambil langsung. Sebab agak manis walau dibancuh tanpa gula. Untuk makan masa rehat petang-petang ni kau boleh cari kek, pau kacang atau biskut ringan tak lebih dari 3 keping.
Di atas adalah gambar terdahulu dan kini. Dulu 120 kg. Sekarang 77-78 kg Dulu saiz pinggang 46 inci. Sekarang 36 inci.
Di antara waktu 6-8 malam kau dah mesti makan malam. Terserah sama ada nak makan sama dengan menu tengah ri atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan bihun sup, mee sup ayam atau nasi berlauk sama macam tengahari.
Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun sup separuh, mee sup separuh. Nasi pun separuh sahaja. Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.
Saya akan akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan campur sedikit oat, kurma dan sedikit madu. Saya pilih susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab dah ada oat sikit. Epal pun baik. Simpan stok banyak banyak. Hehe
Nota-nota lain yang perlu anda tahu mengenai diet saya.
Kejayaan mengurangkan berat badan adalah bergantung kepada gaya pemilihan makanan yang bijak dan jumlah kuantiti yang betul.
Cara meletakkan kuantiti makanan seperti dalam pinggan ini sangat membantu. Hanya perlu masukkan jumlah yang tepat sahaja.
Ini adalah nutrisi yang memang perlu ada dalam setiap hidangan kita.
1. Karbohidrat ( Nasi putih, nasi perang atau roti)
2. Protein (Ayam, daging, ikan)
3. Fiber atau vitamin (Sayur, ulam-ulaman atau buah-buahan.
Dengan gabungan ketiga-tiga nutrisi ini ia sudahpun dapat menampung jumlah tenaga anda sehari-harian.
Dengan memilih makanan yang kurang minyak, rebus-rebusan atau jenis yang dipanggang anda sebenarnya sudah selangkah ke arah berat badan yang ideal.
Lagi banyak anda kurangkan makanan berlemak, masin dan berminyak, lebih cepat peratus untuk anda kurangkan berat badan anda. Bolehlah cuba formula pinggan nutrisi ini.
Diet bukan tujuan. Matlamat kita adalah kesihatan yang berkualiti. Diet tidak ada ada pengakhiran dan ia adalah perjalanan hidup. Harap tip ini manfaat untuk korang semua.
Cyst antara masalah yang selalu menghantui wanita pada masa kini. Kerap sakit perut, kelihatan buncit, sukar atau kerap kencing, antara tanda-tandanya.
Untuk mengelak ia berlarutan ia perlu dirawat. Tapi meski sudah dibuang paling menakutkan adalah masalah cyst ini boleh kembali terutama jika wanita tidak menjaga pemakanan.
Pengalaman ini dilalui oleh Hariza Azmi yang kemudiannya berkongsi kisah yang dilalui untuk dijadikan panduan kepada wanita lain.
3 tahun lepas aku operate buang cyst. Lepas 1 tahun cyst tumbuh balik. So buat checkup 6 bulan sekali. Tuppp aku stop pergi checkup, kononnya sihat la teww.
Okey petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan Dr macam kita sembang ngan kawan.
Okey girls. Dengar ni nasihat aku ni. Korang taknak dengar lantaklaa. Kalau sayangkan rahim tu. Sila baca dan hadam.
1. Jangan makan apa-apa supplement termasuk pil putih pil kecut jerawat dan whatever jenis suppliment. NEVER girls ! Dalam badan kita dah ada estrogen (Rasanya mcm aku dgr estrogen ). Makan lagi supplement menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat cyst ni asal dia dari hormon. 2. Jangan minum soya. Nasib baik aku bukan peminat soya. 3. Kurangkan makan ayam. 4. Banyakkan makan ikan & sayur . Ikan Parang tak boleh makan. 5. Amalkan pemakanan yang sihat 6. NO FAST FOOD 7. NO makanan dalam Tin ( tuna, sardin etc ) 8. NO STRESS
Please checkup at least 6 bulan sekali. Jangan ko berani nak bagi alasan, ala malu la. Kalau kena dengan Dr laki macam mana. Jawab aku ” Abah kau ! Malu konon “.
Dah memang reality Dr O&G ni banyak lelaki, terima je la. Ak dari dulu Dr laki yang check. Ko ingat tak malu?? Tapi nak buat macam mana. Hakak redho jela. Nasib tadi Dr perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik. Hatta ada KKM sekalipun.
Sudah berusia 94 tahun beliau menjadi Perdana Menteri tua di dunia ketika ini. Tapi itu tidak menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui negara. Malah ramai yang kagum dengan tahap kesihatan dan juga tenaga Tun Mahathir yang dilihat begitu aktif selain punya daya fikir tajam.
Tidak dinafikan beliau punya kelebihan sebagai doktor malah punya isteri yang juga seorang doktor tapi pasti ada amalan tertentu yang dilakukan dalam memastikan tubuh badan sihat pada usia menghampiri satu abad.
Menurutnya, tiada rahsia yang diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan hidup sihat.
“Jangan hisap rokok, minum arak dan makan terlalu banyak, itulah tiga perkara yang saya amalkan.
“Lagi satu, dalam soal penjagaan makanan, pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut pun mudah jadi besar,” katanya memetik daripada Sinar Harian Online.
Dalam pada itu ujar Tun Dr Mahathir hingga ke saat ini beliau masih mengikuti petua ibunya dalam menjaga pemakanan agar berat badan tidak mudah naik.
“Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah.
“Sebab itu, seluar yang saya beli lebih 40 tahun dahulu masih lagi muat,” tambahnya.
Pernah berdepan dengan masalah jantung, Tun Dr. Mahathir turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.
“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi,” katanya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...