Kebelakangan ini minuman bubble milk tea atau boba jadi kegilaan ramai. Sanggup beratur panjang untuk menikmati minuman yang harganya pun boleh tahan.
Tapi untuk korang yang teringin atau dah ketagih tapi malas nak beratur dan nak jimat boleh saja buat sendiri minuman dengan pearl hitam yang katanya nikmat sangat nih.
Caranya dikongsi oleh Aida Aida Suhana . Dapatlah rasa minum boba ala Xi Fu Tang atau The Alley tanpa ragu-ragu, murah bersih dan halal. Paling best cara buat dan bahannya senang saja.
Bahan-bahan
Tepung ubi kayu
Pewarna hitam (saya campur warna biru, merah dan hijau)
Sedikit gula perang
Sedikit garam
Air
NOTA: Semua sukatan ikut anggaran sendiri
Cara membuat
Langkah 1
Masak air dengan gula dan garam. Dah cair garam dan gula tutup api masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian uli-uli sampai jadi doh seperti dalam gambar. Kalau cair tambah tepung sampai sehingga boleh digentel.
Ads
Langkah 2
Rebus air, gula merah /gula melaka, air, daun pandan.
Langkah 3
Selepas digentel rebus bebola kecil. Gula merah itu akan menjadikan boba sedap, wangi macam dari The Alley. Serius tak tipu.
Ads
Langkah 4
Kemudian tuang dalam bekas. Jangan lupa biarkan meleleh kat tepi cawan/ gelas..baru fefeeling kat kedai
Ads
Langkah 5
Letak ais. Saya guna fresh milk plus whipped cream sikit. Goncang atau blend boleh untuk hasilkan buih. Kemudian tuang dalam cawan tu. Amacam menggoda kan.
Pokok sayur tengah elok membesar, tiba tiba kena serangan perosak kutu thrip, hama, bena putih, semut dan sebagainya.
Kalau tak dirawat segera memang habis pokok dikerjakan dan boleh berjangkit pada pokok lain pula.
Untuk atasi masalah ini tak perlu guna racun atau bahan kimia, agar lebih selamat boleh DIY semburan organik bawang putih. Hasilnya tetap berkesan untuk hapuskan serangga perosak.
Cara membuat semburan organik bawang putih ini dikongsi oleh Liyana Mohd Poad.
Semburan organik bawang putih
Bahan-bahan
Cili padi 6 tangkai
5 ulas bawang putih
Halia 3 hiris
Sesudu minyak masak
Sesudu cecair pencuci pinggan
Air paip 250ml
Cara membuat:
Kisar semua bahan bertanda cili padi, bawang putih, halia bersama air paip.
2. Tuang bahan tadi dalam bekas kedap udara, tutup dan biarkan 12 jam dalam suhu bilik.
3. Selepas 12 jam, tapis bahan kisar ini.
4. Ambil 30ml pati + 1L air biasa dan masukkan dalam botol spray.
5. Campur sesudu minyak masak & sesudu cecair pencuci pinggan. Goncang, sedia untuk digunakan.
Cara penggunaan
Spray pada pokok pokok yg mmpunyai masalah kutu thrip, hama, semut dan sebagainya yang menyebabkan masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang lubang.
Lakukan pada sebelah petang sahaja selepas siram pokok. Boleh digunakan untuk semua jenis tanaman berumur sebulan setengah ke atas. Lakukan seminggu dua kali.
Pati semburan organik blh disimpan ke dalam peti sejuk dan tahan untuk tempoh 3 bulan.
Kalau suka makan ulam-ulaman boleh jadikan kacang renek atau kacang duduk ini sebagai tanaman di rumah. Rasanya macam kacang panjang biasa tapi lebih manis.
Kelebihan tanam kacang jenis ini berbanding kacang panjang biasa, kacang renek ini mudah hidup dan tak perlu banyak tanah.
Boleh ditanam dalam pasu saja malah yang duduk di apartment kalau nak tanam pun boleh. Ia juga tak perlukan junjung atau pancang. Hasil pun cepat 2 bulan dah boleh tuai.
Cara tanam kacang renek/dwarf/kacang duduk
1. Benih kacang renek atau kacang duduk secara online di Shopee.
2. Cambahkan biji benih kemudian alih dalam pasu. Boleh letak dalam 3 anak benih dalam satu pasu.
3. Siram setiap hari dan pokok ini perlukan cahaya matahari terus.
4. Dalam tempoh 2 bulan boleh tuai hasilnya. Bila kacang dah matang, jangan biar lama terus tuai.
5. Tip supaya pokok kacang berbuah banyak kali, selepas habis berbuah, buang semua daun yang kering dan letak baja supaya naik pucuk baru dan berbuah lagi.
6. Sebaiknya letak di tempat pasu di tempat yang sedikit tinggi bila berbuah supaya kacang tak terkena tanah.
Bagi yang duduk rumah ada laman, memang tak lari dari masalah rumput. Sakit mata tengok, baru saja potong dah tumbuh balik.
Takkan asyik nak upah orang potong. Kalau rumah teres yang ada sikit saja tanah lagilah tak berbaloi nak panggil orang potong rumput. Nak sembur racun kimia takut pula maklumlah kat rumah anak anak.
Jadi alternatifnya kita buat racun rumput sendiri. Menariknya cuma pakai 2 bahan saja yang ada saja kat dapur. Boleh ikut perkongsian daripada Muhamad Najib ini.
Bahan yang digunakan
Cecair pencuci pinggan mangkuk (Sunlight dengan kuasa lemon)
Cuka masakan
Alat penyembur
Caranya
Campurkan sebotol cuka masakan dengan 4 – 5 sudu makan cecair pencuci pinggan. Kuantiti ikut keluasan kawasan yang penuh rumput. Kalau kawasan kecil, boleh di kurangkan kuantiti bahan-bahan.
Kacau sebati cuka masakan tu dan cecair pencuci pinggan kemudian isikan dalam alat penyembur. Tak perlu campur air ya!
Semburkan kepada rumput-rumput liar yang ingin dihapuskan.
Hasilnya
SebelumSelepas seminggu
INFO
Cuka masakan mengandungi asid asetik dan ia sangatlah tidak serasi kepada kebanyakan jenis tumbuhan.
Sabun pencuci pinggan ini pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka di sembur melekit elok pada tumbuhan tersebut.
Selepas seminggu semua rumput akan mati dan mudah untuk dicabut kerana dah kering.
TIP
Elak meracun musim hujan kerana mungkin tak berkesan kerana dibasahi air hujan. Sebaiknya buat ketika hari panas baru cepat mati.