Rasa teruja menatap gambar bekalan yang dibawa setiap hari oleh wanita ini ke tempat kerja. Lebih-lebih lagi apabila tahu inilah dia kekal langsing walau sudah ada empat anak.
Ads
Melalui instagram, Haryati How kerap berkongsi soal pemakanan sihat yang diambil setiap hari. Paling menarik ialah gambar-gambar bekal untuk sarapan dan makan tengah harinya. Walaupun jenis makanan setiap hari hampir sama, namun memang nampak menarik.
Pada usia 41 tahun, dengan berat badan 51 kilogram, Haryati cergas untuk menjalankan rutin harian sebagai pensyarah di Asia Pacific Language Centre (di bawah APU University, Technology Park, Bukit Jalil).
Ads
Pernah mencecah berat badan 62 kilogram, Haryati selesa dengan berat badan sekarang. Mulai 2016 mengamalkan diet sebegini, beratnya kekal pada berat ideal. Di tambah pula dengan senaman 30 minit sehari setiap pagi sebelum atau selepas subuh. Jom ikuti perkongsian Haryati.
Kenyang ke makan banyak tu?
Mula-mula amalkan memang takut tak cukup. Tapi bila dah minum air sebelum makan, kemudian makan buah, sayur dan bekal lain tu kadang-kadang bekal pun tak boleh nak habis sebab kekenyangan.
Hari-hari mesti ada telur rebus. Apa manfaatnya?
Telur rebus sumber protein yang paling mudah dapat dan boleh dipelbagaikan dalam menu. Saya suka rebus sahaja sebab cepat dan mudah nak makan. Rahsia nak cepat kenyang, minum air sebelum makan.
Memang menjadi ya nak kekal kurus macam ni?
Alhamdulillah setakat ni memang berkesan. Minum air segelas sebelum makan. Lepas makan tunggu dalam 30 minit sebelum minum lagi. Jangan minum selang seli dengan makan.
Berapa kos penyediaan bekal untuk sebulan?
Kos tak tinggi, sebulan dalam RM150 hingga RM200 sebab salmon dan bahah-bahan lain saya beli waktu harga murah atau cari kedai yang bagi harga paling rendah.
Hari ini, ramai yang gemar makan makanan berasaskan daging berproses. Misalnya burger ataupun hot dog. Ada kala makanan sebegini menjadi pilihan disebabkan gaya hidup yang serba ringkas.
Melalui status instagram, Doktor Perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad mendedahkan bahawa pemakanan sebegini boleh mengundang peningkatan risiko menghidap kanser payudara.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa bukan hanya pil hormone boleh menyebabkan kanser payudara, tetapi dengan memakan daging berproses seperti bacon dan sausej secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi, boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
Seseorang wanita mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah umur, faktor keturunan, dan faktor terdedah pada perkara yang merangsangkan kanser.
Dalam kajian yang dibuat di Britain.
-1 dalam 7 wanita UK didiagnosa mengalami kanser payudara sepanjang hidup mereka.
-kurang 1% dari kes kanser payudara disebabkan oleh pil perancang kehamilan
-2% kes kanser payudara disebabkan oleh pil hormon yang diamalkan selepas menopause
-8% kes kanser payudara disebabkan oleh obesiti dan berlebihan berat badan
-5% kes kanser payudara disebabkan tidak menyusukan anak (not breastfeeding).
Kajian terbaru menunjukkan wanita yang mengambil makanan yang bersumberkan daging berproses secara kerap dan dalam kuantiti yang tinggi mempunyai risiko 9% lebih tinggi dari wanita yang mengambil makanan seperti dalam kuantiti yang sedikit.
Kajian ini bertepatan dengan kajian yang diterbitkan oleh World Health Organization (WHO), yang mengatakan bahawa daging yang berproses menyebabkan kanser.
Walaupun ramai pakar menganggap ia adalah risiko yang kecil, tetapi siapa sangka bilangan yang kecil itu mungkin adalah kita. Kita termasuk bilangan yang kecil itu.
Ramai yang mengalami penyakit kanser payudara sendiri tidak menyangka mereka adalah golongan berisiko. Jadi lebih baik berhati-hati dan memberi perhatian kepada apa yang kita makan.
Kajian yang diterbitkan itu melibatkan data lebih sejuta wanita. Kajian ini mengaitkan peningkatan risiko kanser payudara jika mengambil daging berproses dengan risiko kanser payudara. Namun kajian itu tidak menjelaskan adakah ia disebabkan oleh daging yang diproses atau proses pengilangan yang sedia kita tahu yang melibatkan penambahan pengawet, perasa dan pewarna agar daging yang berproses itu lebih tahan lama, lebih cantik dan lebih sedap.
Takut pulak VK nak makan daging yang frozen ni. Sesekali takpe kot kan. Sebab sedap betul burger yang jual kat tepi jalan tu. Tapi gaya hidup sekarang ni memang kerap makan makanan frozen. Jadi, kenalah ubah sikit gaya hidup tu kan? Nak makan burger, daging tu boleh buat sendiri. Ye tak?
Nak kurus memang kena ada pencetus semangat dan bagi wanita ini impiannya adalah untuk tampil langsing, boleh berkebaya raya nanti.
Punyalah dia nekad dan hasilnya lagi empat bulan nak raya dia sudah pun mencapai misinya. Hebatkan. Dalam tempoh 3 bulan dia berjaya turunkan berat badannya sebanyak 28kg berat.
Dari 88kg kini berat @nick_ayien 55kg! Caranya amal diet atkins. Untuk korang yang nak mencuba, beliau berkongsi caranya
Untuk korang yg berazam nak kurus sebelum raya boleh follow cara @nick_ayien ya. Sempat lagi kalau mula dari sekarang Semoga berjaya.
Kebanyakan yang ada masalah berat badan teringin nak kurus dan pernah cuba untuk diet. Tapi ramai yang gagal, tak juga kurus-kurus. Rupa-rupanya salah cara diet. Geram kan. Nah, Coach Arny dedah cara nak kurus dengan betul. Semoga impian nak kurus tercapai ya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...