Ada orang berbuat keputusan untuk berubah selepas berdepan dengan kehidupan yang menjeruk rasa. Itulah yang berlaku pada seorang pengguna akaun Twitter bernama Khairil Azib. Jika dahulu badannya gemuk dan sering diejek gorila serta badak, kini dia berubah dan tampil dengan lebih tampan bergaya.
Melalui bebenang di Twitter, Khairil menceritakan kisah gemuk sehingga dia berubah menjadi kurus. Lebih menarik Khairil turut berkongsi 10 tip kurus yang dia amalkan.
Gemuk sejak usia 6 tahun
Ads
Diejek gorila, badak
Saiz pinggang 44, susah cari pakaian
Ads
10 tip kurus cara Khairil Azib
Ads
Gambar kini Khairil Azib
Azib yang dulu dan kini sungguh berbeza
VK kagum sungguh dengan mereka yang mampu menguruskan badan. Bukan mudah nak turun berat badan ni tau. Kena konsisten dan jiwa kena kental. Tahniah dik.
Orang kata di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu, ada wanita yang hebat di belakangnya. Sesuai sangatlah dengan situasi pelakon, Ako Mustapha. Baru-baru ini di laman instagramnya, Ako telah memuat naik gambar dirinya yang terbaharu.
Ako bersama isteri, Kartina, dan anak, Mikael Iskandar.
Tampil dengan saiz lebih kecil berbanding dulu, kapsyen gambar itu turut menyebut inilah hasil penangan isterinya. Daripada 89 kilogram, kini berat badan Ako hanyalah 70 kilogram saja. Wow!
Sudah berusia 94 tahun beliau menjadi Perdana Menteri tua di dunia ketika ini. Tapi itu tidak menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui negara. Malah ramai yang kagum dengan tahap kesihatan dan juga tenaga Tun Mahathir yang dilihat begitu aktif selain punya daya fikir tajam.
Tidak dinafikan beliau punya kelebihan sebagai doktor malah punya isteri yang juga seorang doktor tapi pasti ada amalan tertentu yang dilakukan dalam memastikan tubuh badan sihat pada usia menghampiri satu abad.
Menurutnya, tiada rahsia yang diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan hidup sihat.
“Jangan hisap rokok, minum arak dan makan terlalu banyak, itulah tiga perkara yang saya amalkan.
“Lagi satu, dalam soal penjagaan makanan, pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut pun mudah jadi besar,” katanya memetik daripada Sinar Harian Online.
Dalam pada itu ujar Tun Dr Mahathir hingga ke saat ini beliau masih mengikuti petua ibunya dalam menjaga pemakanan agar berat badan tidak mudah naik.
“Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah.
“Sebab itu, seluar yang saya beli lebih 40 tahun dahulu masih lagi muat,” tambahnya.
Pernah berdepan dengan masalah jantung, Tun Dr. Mahathir turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.
“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi,” katanya.
Nak kurus tapi bila malam, makan tak ingat. Ini kegagalan besar kita yang nak berdiet. Sebabnya bila dah pulang kebanyakan wanita akan masak untuk suami dan anak.
Waktu ini perut pun mula rasa lapar kerana banyak tenaga yang dah habis selepas seharian bekerja. Sudahnya kita akan gagal kawal nafsu lalu makan bersama mereka, maka hancurlah diet kita hari itu.
Bagi anda yang berdepan dengan masalah ini maka disarankan mengamalkan minuman yang dikongsi oleh Nurul Moleek Cereprove.
Menurutnya petua kurus berupa minuman campuran epal hijau, kurma, serbuk kayu manis dan susu ini dikongsi kerana terbukti berkesan selepas diamalkan.
Dia mengamalkan minum minuman ini jam 7 malam dan inilah yang membantunya berasa kenyang sehinggalah waktu tidur.
Bila perut berasa kenyang ia sekali gus mengelakkan kita terjebak dari makan sewaktu menyediakan hidangan untuk keluarga.
Kata Nurul lagi ia sesuai diamalkan untuk ibu baru bersalin yang menyusukan anak kerana tidak menjejaskan penghasilan susu. Malah ia juga membantu wanita yang mengalami masalah sembelit.
Bagi yang mahu mencuba berikut adalah cara menyediakan minuman diet ini yang dikongsi:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk kayu manis Ceylon
1 gelas susu (boleh pilih susu rendah lemak)
Potong kecil buah kurma dan epal. Tak perlu buang kulit kerana bahagian itu mengandungi flavanoid yang baik untuk jantung dan elakkan strok.
Masukkan susu, buah yang dipotong dan serbuk kayu manis Ceylon tadi dalam alat pengisar. Lebih enak jika dicampurkan dengan ais.
Kisar sampai halus semua bahan dan tuang dalam gelas.
Boleh terus diminum kerana kuantiti bahan ini adalah untuk satu hidangan.
– Mengawal paras glukosa & dan mengawal penyimpanan lemak
– Kandungan karbohidrat & kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...