Ibu-Ibu, Elak Beli Sardin Dalam Tin Dari China. Jangan Sampai Termakan Cacing

Share

 

Pagi-pagi kalau nak senang, selalunya ibu-ibu akan buat sandwic sardin untuk anak-anak sarapan. Senang, sedap dan cepat siap. Kenyang pulak tu.

Jadi kalau nak sediakan sarapan berasaskan sardin, pastikan sardin itu bukan yang dikeluarkan dari negara China. Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan sardin yang mengandungi cacing penyebab penyakit anisakiasis itu ialah yang diimport dari negara tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, pada 14 Mei lalu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menjumpai cacing dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah pencegahan telah diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berulang.

“Memang kita telah sahkan ia merupakan tin sardin dari negara China dan maklum mengenai jenama tin sardin tersebut.

“Kita telah ambil tindakan untuk tidak import sardin dari China,” katanya ketika ditemui pada satu sidang media di Putrajaya pada Rabu.

Sumber: Astro Awani

 

 

IKLAN