Dalam sesebuah kediaman selalunya ada satu bilik yang ruangnya agak kecil. Memang akan ada masalah untuk susun dan letak barang dalam bilik ini.
Kadang-kadang letak satu katil pun dah penuh hingga tiada ruang untuk solat atau letak almari.
Kalau berdepan dengan bilik kecil begini mungkin boleh gunakan idea DIY katil lipat perkongsian Hito Kiri.
DIY katil lipat untuk bilik yang kecil
Dengan modal RM560 rasanya ia memang lebih jimat berbanding beli atau upah orang untuk menyiapkannya. Kalau nak cuba DIY boleh ikut perkongsian beliau ini.
Ads
Mula-mula kena ada lakaran katil secara keseluruhan dulu, untuk dapatkan gambaran. Kemudian boleh mula dengan buat frame.
Katil ini guna material finger joint board, plywood dan kayu pine (recycled dari pallet).
Guna engsel kerusi bot seperti dalam gambar di kiri dan kanan katil.
Ads
Untuk bahagian kaki, sementara guna ini.
Bagai keselamatan buat sementara saya pakai bolt kiri kanan untuk locking.
Hasil DIY
Ads
Untuk penerangan lengkap DIY katil lipat/ murphy bed dari Hito Kiri boleh tonton video ini.
Selamat mencuba.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Selain pau kukus, pau goreng juga jadi kegemaran ramai. Kuih yang boleh dipelbagaikan intinya boleh dihidang pagi atau pun petang
Memang boleh saja kita beli tapi buat sendiri lagi best, boleh letak inti banyak dan inti yang kita suka sama ada kelapa, kacang, sardin dan macam-macam lagi. Ikut suka!
Lagi menarik dari doh yang sama boleh jadi bomboloni, burger Malaysia dan donut. Memang berbaloi belajar buat sendiri kan.
Caranya boleh ikut perkongsian Noor Hayaty.
Buat sendiri pau goreng
Nak share resipi pau goreng, doh yang sama boleh buat donat, bomboloni, burger Malaysia. Ini resipi cara Cik Yaty ya.
Bahan untuk doh
Tepung gandum 500g
Telur 1 biji
Marjerin 2 sudu makan
Garam 1 sudu kecil (KFC)
Gula 2 sudu makan
Yis/Mauripan kering – 1 pek (11g)
Bread improver – 1 sudu teh
Baking powder – 1 sudu teh
Susu pekat – 2 sudu makan
Air suam – 260ml
Cara membuat:
1. Satukan air suam, gula, susu, yis/mauripan. Kacau sebati biarkan dalam 10-15 minit.
2. Sementara itu satukan pula tepung gandum bersama garam, baking powder, bread improver dan marjerin. Kacau dan gaul sebati.
3. Masukkan 1 biji telur dalam adunan dan kacau.
4. Kemudian masukkan bancuhan yis tadi dalam adunan tepung. Masuk sikit-sikit, gaul biar sebati dan tak melekat pada tangan.
5. Kalau rasa lembik atau melekat pada tangan, ambil minyak masak sikit letak pada tangan dan uli doh.
6. Rehatkan dalam setengah jam, letak dalam bekas besar, kalau tak melimpah doh.
7. Selepas 30 minit, keluarkan doh, tumbuk sikit dan bahagikan pada doh yang lebih kecil. Bolehlah letak inti kelapa atau apa juga yang disukai dan bentukkan ikut cita rasa. Biarkan seketika, kemudian bolehlah digoreng.
8. Selepas bentuk, saya letak dalam cawan kertas supaya senang nak angkat, tak payah letak dalam dulang , dan tabur-tabur tepung lagi.
-Jika nak frozen goreng sekejap saja, sekadar untuk matikan yis. Kemudian boleh angkat dan sejukkan kemudian masuk dalam freezer.
– Untuk burger Malaysia doh yang dibentuk boleh digoreng. Kemudian belah dan isikan sambal dan salad.
– Jika nak buat bombolini selepas bentukkan doh biar seketika dan goreng. Tos dan tabur snow sugar. Gunting bahagian tengah atas dan dan paipkan inti ikut cita rasa.
Pandangan mata setiap dari kita berbeza, ada yang nampak benda dah buruk uzur tak boleh digunakan lagi.
Tapi pada sesetengah orang mereka nampak ia sebagai idea untuk diubah suai hingga hasilnya berubah jadi sesuatu yang baru.
Seperti yang dilakukan oleh Noraidah Blar. Sofa bed yang dijumpai di tempat pembuangan sampah dibawa balik.
Uzur hanya luaran selepas diubah suai, hasilnya macam sofa baru. Bagi yang nak cuba baiki sofa lama pun mungkin boleh cuba ikut perkongsian beliau.
DIY sofa ambil dari tempat buang sampah, hasilnya…
1. Saya jumpa foldable sofa bed ini di tempat pembuangan. Tengok body cantik lagi. Kulit dan foam saja yang dah reput. Jadi minta husband angkut balik rumah, saya diy.
2. Lepas measure semua, saya order foam & leather di Shopee, total kos RM189. Buka kulit & foam. Tali pun tukar, boleh cari di SINI.
Dah buka semua foam dan kulit yang lama.Ini ukuran untuk leather/ kulit sofa.
3. Potong foam buat 2 layer sebab saya beli yg 1 inci. Leather baru saya potong dan jahit sendiri, guna mesin jahit dan jarum biasa. Nak guna jarum leather pun boleh.
6. Pasang semua sendiri dan ambil masa sebulan nak siap. Ada anak kecil dua orang, jadi bila anak tidur baru buat sikit sikit. Alhamdulillah siap & puas hati.
7. Foot bench itu pun kutip kat tempat sama juga tapi hari yang berbeza. Tak sempat ambil gambar sebelum.
Saya cuma tambah foam & pakaikan leather yg sama. Boleh la jadi penyeri rumah yg takde sofa sebelum ni.
Bila tanam pokok sayur atau buah memang tak dapat lari dari serangan serangga perosak yang kehadirannya akan menjejaskan tanaman dan hasil. Cara mudah untuk mengatasinya adalah guna saja racun serangga.
Tapi ramai juga yang rasa tak selamat menggunakan cara ini. Selain itu harga racun pun agak mahal. Bagi yang dalam kategori ini mungkin boleh guna alternatif yang disarankan oleh Nur Amirul Nur Azmi. Caranya hanya guna asap.
Cara meracun tanpa beli racun
Nak meracun tapi tak lalu nak beli racun sebab mahal. Pakai asap saja, kurang sikit kebergantungan terhadap racun kimia.
Saya nak share berkenaan asap yang dihasilkan melalui pembakaran kayu, sabut atau lain-lain. Memerun atau mengasap di dalam kebun sangat banyak manfaatnya selain abu hasil pembakarang yang boleh dibuat baja.
Asap juga membantu pokok untuk mendapatkan sumber karbon untuk dijadikan fotosintesis. Selain dari itu asap yang terhasil dari pembakaran tersebut juga berupaya menghalau serangga perosak, nyamuk dan pacat dan lain.
Nak tahu berkesan atau tak cuba bakar tunggul kayu dan biarkan ia terbakar perlahan-lahan untuk dijadikan asap (ibarat colok). Hasilnya boleh nampak selepas 2 minggu. Tak perlu asap berkepuk-kepuk macam pembakaran terbuka tu. Nipis aje dah cukup.
Ini adalah cara yg dibuat oleh arwah atuk dan opah saya serta diteruskan oleh sedara mara sehingga kini. Alhamdulillah. Buah durian, langsat, manggis dan buah kayu yang lain jarang sangt rosak akibat ulat dan sebagainya. Selamat mencuba ya.