Seronok lihat hasil tanaman Norahim Ibrahim yang dikongsi di laman Facebook miliknya. Semuanya subur dan lebat. Dari cili, terung, kunyit, halia semua segar bugar.
Apa yang menariknya rahsia tanamannya begitu meriah dan subur sangat mudah dan jimat malah tak menggunakan racun atau bahan kimia. Cuma guna air rendaman kulit bawang saja!
Inilah di antara baja semula jadi yang saya gunakan untuk membantu pertumbuhan tanaman saya.
Betullah tu. Air rendaman kulit bawang je. Tiada ramuan istimewa pun. Tak susah. Cuma kena rajin sikit.
Bila bercucuk tanam di kawasan rumah mesti tidak terlepas daripada masalah serangga perosak. Kalau dah kena dan dibiarkan memang habis tanaman.
Sebab itu ramai sanggup buat bermacam-macam cara untuk menyelamatkan tanaman dari jangkitan kulat, kutu, hama, siput, semut dan sebagainya. Malah ada yang sanggup membeli segala macam baja dan racun untuk mengatasinya.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk atas masalah serangga perosak tanaman ini. Modalnya cuma gunakan baking powder yang ada di rumah saja. Caranya boleh ikut perkongsian dari Malmisa Swak Lis Lis ini.
1. Hilangkan kulat /jangkitan kehitaman
Ambil 1 sudu baking powder dan campur dengan 1 liter air. Sembur pada bahagian yang terkena jangkitan.
2. Elak siput babi
Tabur baking soda keliling tanaman, katanya siput akan melecur jika terkena baking soda.
3. Jika pokok kena serangan bena putih (keputihan)
Campurkan bahan berikut;
1 sudu baking powder +
1 sudu cecair pencuci pinggan
1 liter air
Semburkan tiap minggu pada pokok hingga hilang keputihan.
4. Daun berlubang akibat ulat
Buat campuran baking powder dan tepung jagung kemudian tabur pada tanaman.
5. Masalah semut pada tanaman
Campurkan baking powder dengan sedikit gula kemudian tabur di laluan semut.
Bila tengok saja hidangan ini mesti ramai yang kata lamanya tak makan. Pulut kacau atau dipanggil juga wajik ini memang sedap. Rasa lemak manis pulut likat adalah tarikan untuk hidangan yang sudah jarang dihidangkan sekarang kecuali bila ada majlis atau kenduri.
Selalunya pulut kacau ini dimasak oleh mak-mak kita, tapi kalau dah teringin nak makan bolehlah buat sendiri. Nampak macam susah tapi sebenarnya cara memasaknya agak mudah.
Boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Afeefah Ahmad yang turut menyertakan rahsia uuntuk menjadikan pulut kacau makin sedap, air gulanya berlinang tak serap dek pulut. Resipi ini menurutnya adalah dari ibunya.
Ada peminat pulut kacau/ wajik kat sini? Yang ini mak saya buat untuk besannya. Bila masak satu rumah bau harum.
1kg beras pulut wangi
1kg santan segar
1kg gula merah hitam
Daun pandan
1. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh bersih dan rendam 2 jam ke atas kemudian tos.
2. Kemudian kukus pulut kembang. Ketepikan.
3. Seterusnya masak air gula bersama secawan air. Masak dengan daun pandan supaya wangi.
4. Selepas air air larut, tapis dan masukkan dalam santan. Masukkan dalam kuali kemudian masak santan dan air gula ini. Masak santan dengan air gula hingga betul-betul pekat.
5. Bila dah pekat masukkan pulut yang dah dikukus tadi. Waktu ini jangan tutup api dulu. Perlahankan saja api.
6. Ratakan pulut, gaul dalam kuali sampai pulut sebati dengan air gula santan.
Selepas pulut dan air gula santan rata baru tutup api dan tuang dalam bekas.
– Rahsia supaya gula merah berlinang tak serap dek pulut ialah kena pastikan air gula merah tak boleh cair! Kena betul-betul pekat sebelum tuang masak sekali santan.
– Pastikan santan dan air gula dimasak sampai pekat barulah tuang pulut dan kacau. Selagi tak pekat jangan masukkan pulut dulu.
– Selepas masukkan pulut dalam air gula santan kacau tapi jangan sampai kering, cukup untuk sampai pulut sebati dengan air gula saja.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...