Ikan Rebus Sambal Picit, Lauk Ringkas Macam Inilah Terpaling Sedap, Nasi Pun Confirm Bertambah

Share

Ada masa kita rasa tak nak makan nasi dengan lauk yang heavy- heavy macam gulai, masak lemak atau sambal. Tekak nak makan lauk yang simple-simple saja.

Kalau tiba selera yang macam ini, lauk ikan rebus sambal picit memang sesuai sangat. Tak perlu nak goreng atau kisar bahan bagai.

Rebus dan picit-picit saja dalam mangkuk, dah siap. Tapi awas ya gabungan lauk macam inilah yang buat kita makan nasi bertambah-tambah. Lauk ini juga lengkap ya, ada ikan, sayur dan sambal sekali. Memang cukup khasiat.

Cara buat lauk ikan rebus sambal picit

Cara buat ikan rebus

– Sediakan ikan kembung yang sudah dicuci bersih.
– Dalam periuk masukkan ikan bersama dengan asam keping dan garam.
– Rebus hingga mendidih dan ikan masak. Jangan masuk ingat bila air mendidih ya, nanti ikan hancur.

Cara buat sambal picit

– Sediakan 20 biji atau lebih cili api kampung hijau dan merah bersama dengan satu sudu besar belacan (bakar dahulu), 1 sudu besar asam jawa, garam dan gula.
– Satukan semua bahan ini dalam mangkuk
– Picit cili padi sampai hancur macamm dalam gambar. Kalau pekat sangat tambah air masak.
– Bila cili dan hancur dan bahan lain dan sebati, perah limau kasturi 2 biji. Gaul sebati.

Cara celur pucuk ubi

– Masukkan ulam pucuk ubi dalam periuk berisi air. Tambah garam dan halia serta letak minyak satu sudu. Celur pucuk ubi dan tos.

Selamat mencuba

Sumber: Halijah Karim

IKLAN