Ikut Sukatan Tanah Ini Kalau Tanam Pokok Dalam Pasu & Polibeg. Baru Pokok Hidup Subur

Share

Bagi yang tinggal di taman perumahan, ruang untuk bercucuk tanam memang terhad. Pilihannya tanam dalam pasu atau polibeg, tak kira tanam pokok buah atau sayur.

Ikut sukatan ini sebelum masuk tanah dalam pasu

Tapi perkara paling asas jika mahu tanam pokok dalam pasu adalah campuran tanah yang hendak dimasukkan. Ada jenis dan sukatannya ya! Barulah  anak pokok yang ditanam dalam pasu hidup subur.

Melalui perkongsian Azlan Che Soh campuran tanah terbaik untuk tanaman dalam pasu atau polibeg bagi kebanyakan pokok adalah 2+1+1 iaitu;

– 2 bahagian tanah hitam
– 1 bahagian kompos (campuran taik ayam/kambing dengan daun hancur)
– 1 bahagian tanah bakar

Ini anak pokok jambu air merah dan sukatan tanah yang diperlukan sebelum masuk dalam pasu.

Supaya tanah lebih gembur, pokok pun subur

  • Sukatan tanah seperti ini katanya untuk jadikan tanah lebih gembur, memberi ruang pengudaraan dan pengaliran air yang baik. Tanah tanah ini boleh dibeli di nurseri.
  • Boleh tambahkan 1/2 bahagian lagi pasir sungai (boleh beli di hardware).
  • Lepas siap tanam boleh juga tabur kulit telur yang sudah dihancurkan keliling anak pokok untuk kuatkan anak pokok. Tapi sebelum itu basuh dan keringkan kulit telur (untuk elak kehadiran semut) sebelum dihancurkan.

Sumber:Azhar Che Soh & Foto Online Nursery No 1 Malaysia

 

IKLAN