Setiap yang hidup pasti akan mati. Tidak lewat atau cepat walau sesaat pun. Orang yang baik, kematiannya pasti dikenang dan namanya disebut dengan penuh ketenangan.
Bagi Imam Muda Asyraf, pemergian sahabat baiknya yang sama-sama menyertai program Imam Muda musim pertama, Imam Muda Miril, amat menyentuh hatinya.
Ads
Sahabatnya itu meninggal dunia pada usia yang muda iaitu 33 tahun. Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak berusia 5 tahun dan 3 tahun.
Ads
Dalam facebook, Imam Muda Asyraf telah menitipkan kata-kata yang menyentuh perasaan dedikasi buat pemergian sahabatnya itu.
Mengimbau kenangan
Pemergianmu satu penyaksian. Membahagiakan orang lain mendatangkan kerinduan. Senyum tawamu mengimbau kenangan. Selama 3 bulan kita makan minum tidur bersama. Kenangan dikuarantin ketika tiada handphone, tiada internet. Hanya kita 10 orang bergurau senda. Dalam program Imam Muda Musim Pertama.
Pemergian yang baik
Kematian yang baik. Kau akhiri hidupmu dengan puasa di Bulan Haram. Setelah zikir dan ceramahmu pada malam terakhir hayatmu begitu suram. Jemaah sudah mengetahui bahawa kau sedang bertarung kesakitan. Kerut di dahi. Membuktikan kau memaksa diri hadir memenuhi hajat jemputan.
Meninggal di Kuantan
Imam Muda Miril. Menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 6.45 petang tadi di Hospital Kuantan.
Jenazah Almarhum Imam Muda Amiril sudah dibawa pulang dari Hospital Kuantan jam 9 malam tadi menuju ke Ampang Selangor.
Alamat rumah keluarga almarhum: ⤵️
No. 25 jln 5 /3 Taman Sri Raya Ampang Tasek Ampang
Jenazah akan dimandikan jam 10pg Esok dan Kemudian akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Permai insya Allah.
Semoga bersama para solihin
Didoakan semoga Arwah bersama para solihin. Balu Isteri dan 2 orang anaknya yang masih kecil diberikan kekuatan. Kami bersaksi Ya Allah arwah insan yang baik. @ Ampang, Kuala Lumpur
Bermula dari rasa malu kerana membuka al-Quran terbalik dari kanan ke kiri, sejak itulah timbulnya
rasa insaf dalam diri pelakon, Shamsul Ghau Ghau. Kejadian itu dialami ketika berada di hadapan Kaabah semasa
mengerjakan umrah.
“Sedang duduk di depan Kaabah, seorang budak lelaki dalam lingkungan 7 atau 8 tahun umurnya duduk di depan Pak Su. Dia bukak Quran dan baca. Pak Su terfikir, sejak khatam Quran masa usia 12 tahun dulu, Pak Su tak pernah dah baca Quran. Terfikir, macam mana kalau Pak Su mati pada hari itu dalam keadaan Pak Su tak boleh baca Quran,” ceritanya.
Ketika itu Shamsul yang mesra dipanggil Pak Su mengakui dia rasa tercabar dengan kanak-kanak tersebut. Dia membuka Quran namun dalam keadaan terbalik hingga mencetuskan rasa bersalah dalam dirinya. Malah ketika itu dia sendiri gagap untuk membaca surah al-Baqarah kerana sudah lupa tanda-tanda bacaan yang sepatutnya diketahui oleh seluruh umat Islam.
Keinsafan yang dirasai di Kaabah itu menyebabkan dia memasang niat untuk mengubah diri. Mengambil kesempatan berada di bumi yang penuh barakah Pak Su memohon berdoa supaya dia yang ketika itu belum berumah tanga diberikan jodoh yang baik, dikurniakan anak yang menyejukkan hati, kediaman yang dekat dengan masjid selain dipermudahkan usaha untuk mengaji al-Quran. Paling utama, Pak Su berdoa supaya ditetapkan iman kerana dia sedar ketika itu imannya pasang surut.
Pada 2004, doa Pak Su dimakbulkan Allah. Dia bertemu jodoh dan tahun berikutnya dia dikurniakan seorang cahayamata malah doanya untuk punya rumah berhampiran masjid juga dimakbulkan.
“Pak Su juga bersyukur kerana Allah makbulkan Pak Su miliki rumah dekat betul dengan masjid. Sejak itulah Pak Su rasakan bahawa Allah dengar segala doa yang Pak Su bacakan ketika kali pertama pergi Mekah untuk mengerjakan umrah dulu. Maha Suci Allah.”
Menurut Pak Su, jika kita ingin berubah dalam hidup, hijrahlah dengan persekitaran terlebih dahulu. Kalau masih perlu berada dalam persekitaran lama, maka mereka yang ingin berhijrah itu perlu lebih kuat. Dia bagaimanapun bersyukur kerana memperoleh kawan-kawan baru yakni jemaah masjid yang dapat membantu membimbingnya.
Dari situ jugalah sedikit demi sedikit Pak Su belajar ilmu agama hingga kini dia sudahpun bergelar tenaga pengajar agama di Selangor. Pentauliahan ini diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang membolehkan Pak Su mengajar agama dan al-Quran.
“Ilmu kita kena cari kerana ilmu tak datang sendiri. Pergi berguru dengan orang yang betul. Dan kena mula dengan menutup aurat sebaik mungkin terutama wanita,” nasihat Pak Su.
Setiap perubahan perlukan proses yang berterusan dan istiqamah. Menurut Pak Su, untuk terus istiqamah, dia amalkan 5 perkara iaitu:
1) Rajin baca Quran dan faham maknanya.
2) Rajin solat pada waktu malam.
3) Banyak berzikir.
4) Kerap berpuasa.
5) Berkawan dengan orang soleh.
Semua orang inginkan kebahagiaan dalam hidup. Untuk mendapatkan kebahagiaan itu, sudah pasti perlu ada usaha dan tingkah laku kita sendiri perlu menjurus ke arahnya. Demikian kata Pak Su bila ditanya tentang impiannya yang ingin dicapai.
“Dalam hidup Pak Su, antara yang ingin Pak Su capai ialah untuk mati dalam iman. Biarlah pengakhiran hidup kita ini selalu ingat mati dan diakhiri dengan iman. Bahagialah kita di alam sana nanti. Keduanya, Pak Su ingin isteri dan anak jadi insan yang soleh serta solehah. Seterusnya, Pak Su ingin Allah melapangkan kubur ibu bapa dan masukkan mereka ke dalam syurga,” kata Pak Su.
Ditanya apakah impiannya yang lain, Pak Su mengungkap sesuatu yang berbeza.
“Pak Su ingin mengislamkan Christiano Ronaldo. Apa yang Pak Su baca di internet, Christiano seorang yang punya keperibadian yang baik. Dia seorang pemain bola sepak bukan Islam namun sangat menyokong Islam. Malah dia pernah menolak kontrak syarikat produk Israel yang lumayan nilainya. Dia juga menolak bertukar jersey dengan pemain Israel dan turut menolak untuk diinterview oleh media dari Israel. Alangkah bagusnya jika dapat Islamkan beliau.”
VK pun rasa sejuk hati ketika menemu bual Shamsul Ghau Ghau di sebuah restoran di Bangi. Memang nampak berbeza sungguh beliau yang dulu dengan yang sekarang. Kata Pak Su kepada VK, jangan lupa baca al-Quran setiap hari walaupun sikit. Ini kerana itulah pedoman yang ditinggalkan untuk kita semua sejak dulu sampailah dunia ini kiamat. Terima kasih Pak Su!
5 Jenama Emas Yang Terbaik Untuk Simpanan & Pelaburan Di Malaysia.
Kesedaran menyimpan emas kalangan masyarakat Malaysia sememang membara sejak daripada dulu lagi. Ia dianggap pilihan simpanan yang stabit dan selamat.
Sebab itu di negara ini banyak jenama emas yang menjual emas simpanan dan pelaburan iaitu emas jenis 999.
Tapi dengan pelbagai jenama yang ada di pasaran, mana satu yang betul-betul berbaloi untuk disimpan?
Sebenarnya, tak semua jenama emas dicipta sama. Ada yang lebih mesra pelabur, ada yang lebih sesuai untuk koleksi peribadi. Jika sedang berkira-kira nak mula simpan emas, lima jenama adalah pilihan terbaik.
1. Public Gold
Lebih 80 peratus penyimpan atau pelabur emas di Malaysia adalah dari syarikat ini. Ini kerana ia mudah dibeli dan mudah dijual semula tanpa syarat-syarat yang cerewet.
Produk emas keluaran Public Gold ini juga diterima secara meluas di kedai Ar Rahnu, kecuali Ar Rahnu YaPEIM kerana badan ini hanya menerima emas keluarannya sendiri
2. Kijang Emas
Produk emas ini adalah keluaran Maybank yang boleh diyakini. Kijang Emas ialah syiling emas pelaburan rasmi negara yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia pada 17 Julai 2001.
Ia ditempa oleh Royal Mint of Malaysia dan diedarkan secara eksklusif melalui cawangan Maybank terpilih. Syiling ini bertaraf 999.9 (24 karat), menjadikannya antara bentuk emas pelaburan paling tulen di pasaran tempatan.
3. Emas keluaran Bank UOB
Bank ini menjual emas pelbagai emas jenama antarabangsa dan boleh kita beli.
4. Kuwait Finance House
Satu Ketika dulu akaun emas di bank ini menjadi pilihan rakyat Malaysia, tetapi hari ini KFH telah keluar dari pasaran Malaysia
5. Emas Bank Muamalat
Syarikat perbankan ini menjual emas jenama Perth Mint keluaran Australia.
Majoriti empat jenama emas dia atas menjual emas bukan dari jenamanya sendiri kecuali emas Public Gold.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...