Ini Inspirasi Dr. Soo Wincci ‘Gila Study’ Sampai Miliki 4 Ijazah! ‘Saya Tak Dilahirkan Cerdik & Punya Kehidupan Yang Baik’

Share

 

 

Hebat betul Dr. Soo Wincci ni, setakat ini dia sudah punya ijazah dalam undang-undang, ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan, ijazah doktor falsafah dalam bisnes strategi dan terbaru ijazah sarjana dalam Teknologi Muzik Produksi dan Inovasi dari institusi berprestij impiannya iaitu Universiti Berklee Valencia Campus.

Tapi 4 ijazah yang dimiliki ini masih belum cukup buat dirinya, bekas ratu cantik yang juga pelakon dan penyanyi ini masih ‘gila study’, dahagakan ilmu malah mahu terus menyambung pengajian.

Ramai tertanya-tanya apa yang mendorong dia untuk terus belajar dan belajar. Perkara itu terjawab dalam status terbaru instagram Wincci semalam selepas menerima ijazah sarjana yang kedua.

Kena rajin sebab tak cerdik!

‘Wincci tak dilahirkan cerdik atau mempunyai kehidupan yg baik jadi kenalah berkerja keras dan lebih rajin belajar demi impian besar. Wincci, jom mari kita semua terus berusaha demi masa depan!’

Dalam status yang sama Wincci turut memuat naik empat ijazah yang dimilikinya. Inilah yang seharusnya dicontohi oleh anak muda sekarang.

Terpilih untuk Post Master Fellowship duduk Sepanyol setahun lagi

Selain itu selepas menerima ijazah sarjana kelmarin, dia juga memberitahu akan terus menetap di Sepanyol selama setahun lagi kerana terpilih untuk Post Master Fellow ship untuk melakukan projek di sana. Kan cakap dia memang gila study! Respek betul Wincci nih.

Kejayaan Wincci ini tak dapat dinafikan memberi banyak inspirasi kepada peminatnya. Ia dapat dibaca melalui komen yang ditulis oleh mereka. Dalam pada itu peminat juga turut memberi sokongan agar bekas ratu cantik ini terus belajar dan mengejar cita-citanya!

 

Sumber: dr.soowincci

 

 

 

 

IKLAN