Siapa yang ada anak kecil mesti biasa dengan keadaan bila anak yang sedang membesar ini mengadu kaki sakit pada waktu malam dan minta diurut.
Kadang-kadang ibu bapa pula risau dengan rungutan anak ini, bimbang ada masalah kesihatan.
Untuk pengetahuan ibu bapa, menurut laman Root Of Science sakit kaki yang dirasai oleh anak ini dikaitkan dengan sakit disebabkan kanak-kanak itu sedang membesar(Growing pain).
Masalah ini selalunya berlaku pada kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun. Kemudian ia akan menyerang semula pada umur 8 hingga 12 tahun.
Walaupun kanak-kanak tersebut mengalami sakit pada kaki, selalunya mereka tidak akan berjalan terhincut-hincut seperti sakit orang dewasa. Ini kadang-kadang membuatkan ibu bapa merasakan anaknya itu sedang berlakon. Tetapi tidak, anak anda memang dalam kesakitan.
Growing Pain
Walaupun dalam istilah orang biasa kita panggil masalah ini sebagai ‘growing pain’, tetapi masih tiada lagi bukti dan kajian yang menunjukkan perkara ini berkait dengan tumbesaran seseorang kanak-kanak. Disebabkan itu ada sebahagian doktor memanggil masalah ini sebagai ‘recurrent nocturnal limb pain in children‘
Nocturnal- bermaksud waktu malam Limb – bermaksud anggota badan seperti kaki dan tangan
Ads
Oleh itu, ‘recurrent nocturnal limb pain in children‘ bermaksud kesakitan anggota badan pada kanak-kanak yang berlaku pada waktu malam secara berulang kali.
Disebabkan ia tidak berkait dengan tumbesaran seseorang kanak-kanak, kebanyakan doktor merasakan masalah ini mungkin disebabkan otot kaki yang digunakan secara berlebihan oleh seseorang kanak-kanak.
Kajian juga menemukan bahawa ‘Growing pain’ ini didapati lebih banyak berlaku pada kanak-kanak yang pada waktu paginya aktif bermain ataupun bersukan.
Berlaku jika aktif pada waktu pagi
Simptom dan tanda tanda kepada masalah sakit kaki disebabkan tumbesaran?
Growing pain ini selalunya menyebabkan rasa sakit yang teruk seolah-olah seperti rasa kejang kaki. Ia akan melibatkan kedua-dua belah kaki.
Ads
Masalah ini selalunya berlaku pada waktu petang atau malam terutamanya jika pada waktu paginya kanak-kanak tersebut terlalu aktif. Ia tidak akan berlaku waktu awal pagi.
anak-kanak ini juga tidak akan mengalami gaya jalan yang terhincut-hincut walaupun dia sedang mengalami sakit kaki.
Jika anak anda mempunyai simptom selain daripada yang diceritakan diatas, seperti sakit disebelah kaki sahaja, berjalan terhincut-hincut dan berlaku pada waktu pagi, anda dinasihati untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor
Apa perlu ibu bapa buat?
Satu rawatan yang telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan itu adalah dengan meregangkan otot tersebut.
Sebagai contoh, jika sakit itu berlaku dibahagian hadapan betis, anda boleh melipatkan lutut sehingga betis bertemu peha supaya bahagian hadapan betis meregang dan menegang.
Ads
Jika sakit itu berlaku di bahagian belakang lutut, luruskan lutut tersebut supaya ia meregang.
Jika masih tidak boleh, ibubapa boleh memberikan kanak-kanak tersebut ubat tahan sakit seperti paracetamol dan juga ibuprofen untuk mengurangkan sakit tersebut.
Boleh juga mencuba dengan mengurut kaki anak anda ataupun menggunakan tuala yang dipanaskan. Ibubapa diminta untuk berhati-hati bila menggunakan objek yang panas untuk rawatan ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
Walaupun ‘growing pain’ ini adalah sesuatu yang normal bagi kanak-kanak, tetapi ibubapa perlulah membawa anak mereka jika mempunyai tanda-tanda yang lain. Tanda-tanda tersebut adalah:
Sakit pada sebelah kaki sahaja
Sakit pada sendi selain kaki
Sakit yang berlaku sepanjang malam hingga ke waktu pagi
Sendi yang bengkak
Demam
Berjalan terhincut ataupun tidak mahu berjalan
Ini kerana terdapat keadaan lain seperti jangkitan kuman pada sendi(septic arthritis) yang boleh meragut nyawa kanak-kanak tersebut. Ia juga boleh disebabkan perkara lain seperti patah ataupun keretakan pada tulang.
Dua tiga hari ini ramai betul selebriti berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. Tidak ketinggalan adalah PU Amin.
Selama ada di sana sejak dua hari lalu, beliau berkongsi ibadah yang dilakukan. Menariknya cara penceritaan PU Amin di IG story miliknya cukup menyentuh hati. Ia membuatkan kita terasa seolah-olah berada di sana, cukup dekat.
Tak caya korang baca sendiri.
Seronok baca kan, rasa macam terpanggil-panggil ke sana. Moga kita semua beroleh rezeki jadi tetamu Allah. Amin.
Ratu kemas yang berasal dari Jepun, Marie Kondo ini nampaknya semakin popular sejak rancangan Tidying Up With Marie Kondo ditayangkan di Netflix.
Memperkenalkan kaedah KonMari dalam sebagai teknik penyusunan dan penyimpanan barang yang lebih teratur ramai wanita yang terikut dengan cara dia mengemas rumah. Bukan saja bukan saja di luar negara malah di Malaysia sendiri ramai.
Ada banyak kaedah penyusunan barang di rumah yang dikongsi oleh Marie Kondo tapi antara yang boleh diaplikasikan oleh kita di rumah adalah kaedah lipatan pakaian yang diperkenalkan.
Ini kerana ia akan menghasilkan almari yang cukup kemas, sedap mata memandang. Ciri menarik lipatan KonMari ini adalah setiap pakaian yang dilipat dengan kaedah ini boleh ‘berdiri ‘ untuk membolehkan ia disusun dengan kemas.
Rumput dan lalang yang tumbuh antara masalah bagi yang suka berkebun atau ada kawasan lapang di rumah.
Supaya tak sakit mata memandang kita kena habiskan masa dan wang untuk potong atau meracun rumput dan lalang ini. Jika kita selalu buat rutin ini apa kata ikut pula kaedah yang dikongsi oleh Akmal Al Yahya.
Rupanya ada teknik mudah untuk kawal rumput dan lalang ini dari tumbuh, caranya cuma guna kotak dan kertas rincih yang boleh kita peroleh secara percuma. Langkahnya boleh ikut perkongsian Encik Akmal ini.
Kawal rumput & lalang guna kotak dan kertas rincih
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal.
Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih, inspirasi dari Amalan Permaculture yang dilakukan ini kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal.
Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa.
1. Letak kotak sebagai lapisan pertama
Sebelum itu gemburkan tanah sedikit dan ratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah.
Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah.
2. Tabur kertas yang dirincih untuk lapisan kedua
Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar.
Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
3. Proses ini dipanggil sebagai Mulching / Sungkup
Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih. Tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula dialihkan ke dalam plot tayar terpakai.
4. Kemudian tabur daun kering
Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos.
Lapisan sungkup ini akan membantu kami di tanah untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini.
5. Kelebihan sungkupan untuk tanaman
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar.
Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.
6. Kertas rincih juga boleh buat kompos
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing.
Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini. Setiap minggu timbunan kompos ini akan dibolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Untuk lebih jelas boleh juga tonton video ini.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh klik di SINI.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...