Orang kata di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu, ada wanita yang hebat di belakangnya. Sesuai sangatlah dengan situasi pelakon, Ako Mustapha. Baru-baru ini di laman instagramnya, Ako telah memuat naik gambar dirinya yang terbaharu.
Ako bersama isteri, Kartina, dan anak, Mikael Iskandar.
Hilang 20 kilogram
Tampil dengan saiz lebih kecil berbanding dulu, kapsyen gambar itu turut menyebut inilah hasil penangan isterinya. Daripada 89 kilogram, kini berat badan Ako hanyalah 70 kilogram saja. Wow!
Buah ialah sumber vitamin dan serat (fibre) yang elok dimakan untuk menambah kesihatan tubuh. Ketika diet, ramai yang mula meninggalkan makanan berminyak dan menggantikannya dengan buah. Pun begitu, buah apa yang elok dimakan? Ini kerana ada buah yang tinggi kandungan gula. Gula ialah ‘musuh’ bagi orang yang sedang berdiet.
Coach pelangsingan, Fatin Najwa dalam instagram memberikan tip mengenai buah yang sesuai dimakan ketika sedang diet.
APA JE BUAH YANG BOLEH MAKAN BILA TENGAH DIET NI? BETIK BOLEH TAK?
Okay saya selalu dapat soalan ni. Pasal pilihan buah apa nak makan masa tengah diet.. dan berapa biji atau kuantiti boleh makan. Baca caption sampai habis k ??
Buah ni bagus kerana ia membekalkan sumber fiber dalam makronutrien yang diperlukan badan kita setiap hari. Tapi jangan tak tahu.. buah juga ada kandungan karbo (dari gula buah) jadi penting untuk tahu mana yang ok dan tak berapa ok.
Yang bagus untuk diamalkan secara kerap ialah buah dalam kategori LOW GI (glycaemic index). GI ni ada kena mengena dengan craving pada benda manis, high carbs dan constantly rasa lapar jika korang ambil more high GI food.
Buah bagus diambil in between main meals sebagai snacking. Bajet kalori around 100-150 kalori jadi kalau epal ke pisang ke pear ke jambu batu ke (low GI) boleh ambil sebiji per snacktime. Kalau betik (GI sederhana) ambil sepotong je. Buah yang tinggi GI jangan selalu amalkan masa tengah diet, sekali sekala ok.
Mana nak tahu ni? Google je “low GI fruits” untuk check apa lagi buah yang bagus makan ketika diet ? swipe tepi untuk tengok carta GI ni, mana yang tinggi, mana yang sederhana dan mana yang rendah. . Mudah je kan? Harap info ni bermanfaat dan membantu diet korang. Tag kawan2 yang tengah diet untuk sebarkan info ni pada mereka juga ♥️ #getfitnowonline
Sejak Lisa Surihani, pelakon anak dua berkongsi amalan Intermittent Fasting (IF) untuk menurunkan berat badannya semakin ramai pula yang teruja mahu mengetahui tentang IF ini.
Tapi apa yang ramai tak tahu selain dari mampu menurunkan berat badan IF atau amalan puasa 16 jam ini ada banyak lagi kebaikan kepada tubuh.
Perkara ini didedahkan oleh Dr Siti Juriah atau Dr Jue dalam satu perkongsian video live yang dilakukan baru-baru ini.
Terdapat banyak manfaat IF yang disingkap oleh Dr Jue yang rasanya rugi jika kita tak mengamalkannya dan ia termasuklah mengelakkan kita dari terkena kanser.
Bagi yang tidak tahu secara ringkasnya IF ini adalah kaedah mengatur waktu untuk memberi usus kita rehat minimum selama 16 jam. Bagi umat Islam ia sinonim dengan amalan berpuasa.
16 jam berpuasa, 8 jam lagi adalah waktu yang dibolehkan untuk makan.
Menurut Dr Jue dalam tempoh 16 jam itu kita hanya boleh minum air kosong atau air tanpa gula dan kalori.
Sebagai contoh sekiranya kita mulakan IF pukul 10 malam yakni pada waktu kita mula tidur bermakna kita akan ‘skip’ sarapan dan hanya boleh mula makan pada jam 3 petang.
Dalam tempoh 16 jam puasa itu kita boleh minum air kosong, green tea atau air tanpa gula. Masa untuk IF terpulang pada kita tapi ia haruslah 16 jam.
IF boleh dilakukan seminggu sekali atau selang sehari tapi tak perlu dilakukan setiap hari kerana tubuh akan ‘adjust’ dengan perubahan, jadi apa yang kita harapkan tak terjadi.
Akan tetapi kata Dr Jue, selain daripada untuk menurunkan berat badan IF atau amalan berpuasa ini ada banyak lagi kebaikannya. Berikut adalah penjelasan Dr Jue tentang manfaat IF:
IF boleh beri perubahan kepada fungsi sel, genetik atau hormon. Sewaktu berpuasa ini hormon insulin dalam tubuh kita akan turun. Hormon insulin dalam tubuh perlu rendah sebab ia sesuatu yang tak bagus.
Insulin membawa masuk gula dalam sel yang kemudian menukar karbohidrat jadi gula. Inilah yang akan menyebabkan kita gemuk. kadar insulin yang tinggi akan buat kerosakan pada badan, ia tidak baik kerana ia adalah radang, ia menyebabkan kerosakan saraf pada mata dan salur darah.
Tapi bila berpuasa kadar insulin akan turun dan secara tak langsung radang pun tak bermula, kemasukan gula dalam sel lemak tak berlaku. Jadi tak berlaku kegemukan sebaliknya lemak akan dibakar.
Semasa kita berpuasa, hormon yang turut berubah adalah Human Growth Hormon (HGH). Orang yang gemuk boleh kurus dengan menyuntik HCG dan selain itu hormon ini juga memudakan kita.
Bila kita berpuasa, hormon ini akan meningkat dan saintis sudah membuktikan ia meningkat 5 kali ganda. Kalau tak puasa hormon ini hampir kosong dalam tubuh kita.
Apabila berpuasa badan akan keluarkan hormon ini. Akan berlaku fat burning effect malah akan berlaku juga perkara lain dalam tubuh iaitu pembaharuan sel. Ini bermakna bila berpuasa sel-sel ada proses untuk memperbaharui sel-sel dalam tubuh.
Bila berpuasa tahap metabolisme akan meningkat. Kita gemuk kerana tahap metabolisme rendah. Bila tak puasa kita tak cabar tubuh sendiri jadi metabolisme akan jadi rendah, hormon pula statik dan perkara ini akan meyebabkan kita sakit dan cepat tua.
Sebab itu kita kena puasa, bagi umat Islam kita digalakkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau bagi yang tak kuat semangat boleh lah buat IF, puasa 16 jam yang termasuk waktu kita tidur.
Mereka yang mengidap diabetes jenis 2, dalam tubuh mereka ada banyak ‘insulin resistance’ tapi insulin ini tak boleh digunakan, ia tak boleh berfungsi masukkan gula dalam sel. Jadi gula akan banyak dalam salur darah kerana tak boleh masuk dalam sel.
Gula yang banyak ini akan buat kerosakan pada tubuh. Tapi bila pesakit ini puasa, ia akan kurangkan ‘inslulin resistance’ sekaligus memulihkan penyakit diabetes jenis 2. Mengikut kajian bila kita melakukan IF ini insulin boleh turun sebanyak 20-31 peratus dan tahap gula akan menurun antara 3 hingga 6 peratus. Jadi kena amalkan.
Oxidative stress adalah keadaan di mana jumlah free radikal di dalam tubuh melebihi kapasiti tubuh untuk meneutralkannya. Free radikal ini adalah bahan toksik tak boleh sebabkan kanser
Bila badan ada banyak free radikal atau radikal bebas ia boleh mengganggu DNA yang kemudian boleh berubah menjadi sel-sel yang ada kanser
Tapi bila kita berpuasa ia akan kurangkan oxidative stress dan kajian sudah dibuat tentang perkara ini. Ia boleh dikurangkan dengan puasa. Free radikal akan menurun, radang kurang, DNA tidak akan diusik dan kuranglah kita dapat penyakit.
Puasa juga boleh turunkan tahap kolesterol, LDL, Triglycerides dan kolesterol jahat. Tak perlu makan ubat, cuma puasa saja.
Puasa juga membaiki sel, ia boleh buang bahan kotor dalam sel. Sel rosak dalam tubuh sentiasa ada, macam mana ia akan dibuang? Sel akan rosak pecah dan dimakan oleh sel dalam tubuh kita sendiri. Ini cara pembersihannya yang dinamakan autofaghy dan keadaan ini akan berlaku bila kita puasa.
Bila tiada sel rosak, susah untuk terbentuknya kanser dan ia kurangkan penyakit nyanyuk. Puasa atau IF juga boleh halang kita dari kena penyakit seperti kanser, sakit jantung, strok dan pelbagai lagi penyakit. Semua ini dah dibuat kajian oleh saintis.
IF boleh menjadikan otak bijak kerana sel akan diperbaharui . Sel-sel dalam otak akan tumbuh yang baru. Ingatan akan tajam, bersih dan senang menghafal.
Selain untuk kurus, puasa ada banyak manfaat. Kita dapat kesihatan yang baik dan juga pahala. Dari sudut kesihatan, manfaat puasa itu sudah terbukti dari segi saintifik.
Ia boleh elakkan banyak penyakit. Saya sendiri pernah menggabungkan puasa dengan diet ketogenik iaitu diet tanpa karbohidrat semasa bulan ramadan dengan anak-anak.
Saya dapati anak tak mengantuk lepas sahur, cergas sampai pagi. Takde kompelin, migrain malah sihat.
Inilah the best of fasting jadi sebaiknya amalkan. Seeloknya kita amalkan puasa sunat Isnin Khamis, selain dapat pahala ia juga menyihatkan tapi bagi yang tak kuat semangat bolehlah lakukan IF.
Ramai tak tahu telur rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan. Malah trend diet telur rebus ini juga makin popular ketika ini.
Jika ikut kaedah yang betul, diet ini boleh membantu menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.
Ya, memang banyak tapi sekali lagi kena tahu cara yang betul.
Menurut pakar diet Jill Corlene telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan.
Telur mampu membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat.
Selain itu diet telur rebus sendiri boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat.
Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.
Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu;
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / anggur)
Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim
Namun begitu, anda haruslah menitikberatkan perkara lain dan mengikuti pantang ketika menjalani diet ini iaitu
– Dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi sebelum memulakan diet ini ataupun sebarang diet.
– Minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.
– Lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...