Untuk dapatkan tubuh badan kurus langsing ketika ini ada banyak jenis diet yang boleh diikuti. Tapi walau banyak pilihan ramai saja yang gagal meneruskan misi kurus kerana berasa sukar.
Ha…sebenarnya ada saja kaedah diet paling mudah untuk turunkan berat badan dan pada masa yang sama tidak pula membahayakan. Caranya ikut kaedah diet air putih.
Ya jangan tak percaya! Dengan mengatur waktu minum air putih dan mengikut panduan yang diberikan berat badan boleh turun dengan cara yang lebih sihat.
1. Sebaik bangun daripada tidur pastikan minum air putih segelas. Ia baik untuk kesihatan selain membantu membuang lemak dari tubuh.
Ads
2. Sebelum dan selepas makan minum air putih paling tidak 2 gelas. Ia akan membuat perut kita kenyang dan tak makan terlalu banyak.
3. Minum lebih dari 4 liter air sehari. Ia akan melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh.
4. Ganti minuman teh atau kopi mahu pun air manis lain dengan air putih. Lupakan terus.
Ads
5. Air putih dan hirisan lemon atau buah-buahan lain juga membantu menurunkan berat badan secara alami.
Ads
6. Jika mahu kesan lebih cepat kena lakukan senaman dan imbangi dengan minum air yang banyak.
Dua tiga hari ni isu berat badan hangat diperkatakan gara-gara luahan seorang pengkritik fesyen.
Tidak ketinggalan menyentuh isu ini adalah Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid. Tapi beliau tidak memberi komen sebaliknya berkongsi fotonya dengan tubuh yang cukup berbeza berbanding sekarang.
Perkongsian yang dibuat itu turut mengejutkan pengikut laman instagramnya yang seakan tidak percaya berat badan satu ketika dahulu pernah mencecah 100kg.
Meski ramai yang meminta tip kurus yang dipraktikkan, Datuk Nurul bagaimanapun tidak memberi jawapan sebaliknya berkongsi satu rahsia kurus yang memang lain dari yang lain.
Dalam posting tersebut beliau menjelaskan salah satu punca berat badannya turun sehingga 58kg adalah kerana latihan atau kursus di Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan) yang pernah dijalani. Tamat kursus beliau terpaksa membeli pakaian baru gara-gara berat badan turun.
“Bismillahirahmanirahim. NAHH.! Sy belanja gambar 100kg vs 58kg Tips? Nanti la jawab (masa training sebulan kat PUSWATAN, time nie Prebet mmg kena ‘belasah’ sampai kurus. Balik kursus beli baju baru tau. So, sapa nak kurus masuk training dgn tentera!”ungkapnya dalam status yang turut berkongsi gambar beliau kemas berpakaian seragam tentera.
So inilah rahsia kurus Datuk Nurul yang pernah menyertai Rejimen Askar Wataniah
Beliau juga turut berkongsi satu gambar dengan caption ‘lengan besar peha beb apa ada hal!’ Memaparkan dirinya yang tersenyum bahagia walaupun berbadan berisi menurut Datuk Nurul sebenarnya kebahagiaan hati dan jiwa adalah paling penting berbanding fizikal dan material.
“Kebahagiaan kita tidak terletak kepada komen yang negatif dari orang yang kita tidak kenal. Bahagia adalah HAK kita selagi tidak melanggar hukum Al Quran n Hadith. Semua orang buat silap. Kita bukan Nabi. Allah melihat dari hati, bukan rupa paras. Jadi berbahagialah. Spread the love,”ujar wanita yang tidak lekang dengan senyuman ini.
Kedua posting di instagram itu telah menarik minat netizen memberi respons yang bukan saja meminta Datuk Nurul berkongsi tip tapi juga menjadikan dirinya inspirasi
Kepentingan air untuk tubuh badan memang tidak dinafikan. Atas sebab itu juga ketika ini ditawarkan pelbagai jenis air di pasaran termasuklah yang kononnya untuk meningkatkan kesihatan sekaligus mencantikkan kulit.
Biasa kita dengar ketika ini adalah air alkali dan detoks, malah ada yang obses dengan air jenis ini. Ramai yang terpengaruh untuk membeli dan meminumnya walau tanpa saranan doktor atau pakar perubatan.
Tapi doktor viral, Dr. Amalina Che Bakri baru-baru ini memuat naik status di laman sosialnya yang menegaskan pendiriannya berkenaan air yang kononnya untuk kesihatan ini.
Memetik statusnya di akaun twitter, Dr. Amalina menjelaskan tak perlu untuk minum air detoks, alkali dan sebagainya. Malah beliau sendiri hanya mengamalkan minum air masak sahaja.
“Tidak usahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini.
“Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.
“Sedangkan di UK, saya makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” tulisnya.
Menurut Dr. Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di The Royal College of Surgeons di England rutin itu saja membuatkan beliau dapat mengekalkan tenaga dan menjalankan tanggungjawab sebagai doktor dengan baik. Tidak perlu minum air lain.
“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.
“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif dan sihat. Jangan obses ambil jalan mudah,” jelasnya lagi.
Justeru, kalau kita semua nak sihat dan cergas macam Dr. Amalina ni, bolehlah ikut saranan beliau. Amalkan kecergasan fizikal, bersenam, makan makanan sihat dan minum air masak secukupnya.
Sejak Lisa Surihani, pelakon anak dua berkongsi amalan Intermittent Fasting (IF) untuk menurunkan berat badannya semakin ramai pula yang teruja mahu mengetahui tentang IF ini.
Tapi apa yang ramai tak tahu selain dari mampu menurunkan berat badan IF atau amalan puasa 16 jam ini ada banyak lagi kebaikan kepada tubuh.
Perkara ini didedahkan oleh Dr Siti Juriah atau Dr Jue dalam satu perkongsian video live yang dilakukan baru-baru ini.
Terdapat banyak manfaat IF yang disingkap oleh Dr Jue yang rasanya rugi jika kita tak mengamalkannya dan ia termasuklah mengelakkan kita dari terkena kanser.
Bagi yang tidak tahu secara ringkasnya IF ini adalah kaedah mengatur waktu untuk memberi usus kita rehat minimum selama 16 jam. Bagi umat Islam ia sinonim dengan amalan berpuasa.
16 jam berpuasa, 8 jam lagi adalah waktu yang dibolehkan untuk makan.
Menurut Dr Jue dalam tempoh 16 jam itu kita hanya boleh minum air kosong atau air tanpa gula dan kalori.
Sebagai contoh sekiranya kita mulakan IF pukul 10 malam yakni pada waktu kita mula tidur bermakna kita akan ‘skip’ sarapan dan hanya boleh mula makan pada jam 3 petang.
Dalam tempoh 16 jam puasa itu kita boleh minum air kosong, green tea atau air tanpa gula. Masa untuk IF terpulang pada kita tapi ia haruslah 16 jam.
IF boleh dilakukan seminggu sekali atau selang sehari tapi tak perlu dilakukan setiap hari kerana tubuh akan ‘adjust’ dengan perubahan, jadi apa yang kita harapkan tak terjadi.
Akan tetapi kata Dr Jue, selain daripada untuk menurunkan berat badan IF atau amalan berpuasa ini ada banyak lagi kebaikannya. Berikut adalah penjelasan Dr Jue tentang manfaat IF:
IF boleh beri perubahan kepada fungsi sel, genetik atau hormon. Sewaktu berpuasa ini hormon insulin dalam tubuh kita akan turun. Hormon insulin dalam tubuh perlu rendah sebab ia sesuatu yang tak bagus.
Insulin membawa masuk gula dalam sel yang kemudian menukar karbohidrat jadi gula. Inilah yang akan menyebabkan kita gemuk. kadar insulin yang tinggi akan buat kerosakan pada badan, ia tidak baik kerana ia adalah radang, ia menyebabkan kerosakan saraf pada mata dan salur darah.
Tapi bila berpuasa kadar insulin akan turun dan secara tak langsung radang pun tak bermula, kemasukan gula dalam sel lemak tak berlaku. Jadi tak berlaku kegemukan sebaliknya lemak akan dibakar.
Semasa kita berpuasa, hormon yang turut berubah adalah Human Growth Hormon (HGH). Orang yang gemuk boleh kurus dengan menyuntik HCG dan selain itu hormon ini juga memudakan kita.
Bila kita berpuasa, hormon ini akan meningkat dan saintis sudah membuktikan ia meningkat 5 kali ganda. Kalau tak puasa hormon ini hampir kosong dalam tubuh kita.
Apabila berpuasa badan akan keluarkan hormon ini. Akan berlaku fat burning effect malah akan berlaku juga perkara lain dalam tubuh iaitu pembaharuan sel. Ini bermakna bila berpuasa sel-sel ada proses untuk memperbaharui sel-sel dalam tubuh.
Bila berpuasa tahap metabolisme akan meningkat. Kita gemuk kerana tahap metabolisme rendah. Bila tak puasa kita tak cabar tubuh sendiri jadi metabolisme akan jadi rendah, hormon pula statik dan perkara ini akan meyebabkan kita sakit dan cepat tua.
Sebab itu kita kena puasa, bagi umat Islam kita digalakkan berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau bagi yang tak kuat semangat boleh lah buat IF, puasa 16 jam yang termasuk waktu kita tidur.
Mereka yang mengidap diabetes jenis 2, dalam tubuh mereka ada banyak ‘insulin resistance’ tapi insulin ini tak boleh digunakan, ia tak boleh berfungsi masukkan gula dalam sel. Jadi gula akan banyak dalam salur darah kerana tak boleh masuk dalam sel.
Gula yang banyak ini akan buat kerosakan pada tubuh. Tapi bila pesakit ini puasa, ia akan kurangkan ‘inslulin resistance’ sekaligus memulihkan penyakit diabetes jenis 2. Mengikut kajian bila kita melakukan IF ini insulin boleh turun sebanyak 20-31 peratus dan tahap gula akan menurun antara 3 hingga 6 peratus. Jadi kena amalkan.
Oxidative stress adalah keadaan di mana jumlah free radikal di dalam tubuh melebihi kapasiti tubuh untuk meneutralkannya. Free radikal ini adalah bahan toksik tak boleh sebabkan kanser
Bila badan ada banyak free radikal atau radikal bebas ia boleh mengganggu DNA yang kemudian boleh berubah menjadi sel-sel yang ada kanser
Tapi bila kita berpuasa ia akan kurangkan oxidative stress dan kajian sudah dibuat tentang perkara ini. Ia boleh dikurangkan dengan puasa. Free radikal akan menurun, radang kurang, DNA tidak akan diusik dan kuranglah kita dapat penyakit.
Puasa juga boleh turunkan tahap kolesterol, LDL, Triglycerides dan kolesterol jahat. Tak perlu makan ubat, cuma puasa saja.
Puasa juga membaiki sel, ia boleh buang bahan kotor dalam sel. Sel rosak dalam tubuh sentiasa ada, macam mana ia akan dibuang? Sel akan rosak pecah dan dimakan oleh sel dalam tubuh kita sendiri. Ini cara pembersihannya yang dinamakan autofaghy dan keadaan ini akan berlaku bila kita puasa.
Bila tiada sel rosak, susah untuk terbentuknya kanser dan ia kurangkan penyakit nyanyuk. Puasa atau IF juga boleh halang kita dari kena penyakit seperti kanser, sakit jantung, strok dan pelbagai lagi penyakit. Semua ini dah dibuat kajian oleh saintis.
IF boleh menjadikan otak bijak kerana sel akan diperbaharui . Sel-sel dalam otak akan tumbuh yang baru. Ingatan akan tajam, bersih dan senang menghafal.
Selain untuk kurus, puasa ada banyak manfaat. Kita dapat kesihatan yang baik dan juga pahala. Dari sudut kesihatan, manfaat puasa itu sudah terbukti dari segi saintifik.
Ia boleh elakkan banyak penyakit. Saya sendiri pernah menggabungkan puasa dengan diet ketogenik iaitu diet tanpa karbohidrat semasa bulan ramadan dengan anak-anak.
Saya dapati anak tak mengantuk lepas sahur, cergas sampai pagi. Takde kompelin, migrain malah sihat.
Inilah the best of fasting jadi sebaiknya amalkan. Seeloknya kita amalkan puasa sunat Isnin Khamis, selain dapat pahala ia juga menyihatkan tapi bagi yang tak kuat semangat bolehlah lakukan IF.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.