Rasanya ramai yang sudah maklum, pelawak, Achey, dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya telah mengambil anak angkat beberapa bulan lalu. Kehadiran bayi yang dinamakan sebagai Tiara Zinnirah ini jelas dilihat menceriakan lagi rumah tangga mereka berdua selapas lapan tahun mencuba untuk memiliki zuriat sendiri.
Ads
Malah banyak momen-momen membahagiakan bersama Tiara dikongsi dalam instagram beliau. Terbaru adalah momen Achey meraikan sambutan hari jadinya. Istimewanya Achey menerima hadiah yang paling berharga dengan cara yang paling istimewa hingga cukup terkesan di hati bukan saja Achey tapi netizen yang menontonnya. Sebak weiii….
Ujar isteri Achey, tiada hadiah yang paling istimewa untuk diberikan kepada suaminya itu selain daripada kehadiran anak iaitu Tiara Zinnirah. Mendengar ayat dari isteri Achey ternyata tidak dapat menahan perasaannya.
Ads
Video yang dimuat naik semalam itu juga turut menerima reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menitis air mata melihat pasangan ini.
Kematian bayi Adam Rayqal di rumah pengasuh kelmarin mencetuskan kebimbangan terutama ibu bekerja yang menyerahkan tugas menjaga anak mereka kepada pengasuh.
Bukan suka, tapi keadaan ekonomi memaksa ibu bekerja. Rezeki setiap ibu tak sama, ini yang ditegaskan oleh ramai kaum hawa.
Pengacara Faizal Ismail atau FBI juga berkongsi pengalamannya yang hampir sama menghantar anak tapi ke nursery, namun satu ketika isteri membuat keputusan berhenti kerja demi menjaga sendiri.
Baru memulakan kerjaya, keputusan itu memang mencemaskan dirinya dari segi kewangan bagaimanapun ujar Faizal selepas keputusan dibuat dia melihat perubahan yang cukup positif dalam keluarga termasuk pintu rezeki yang terbuka entah dari mana-mana.
(Sambungan)…. kami redah kehidupan di KL yg serba mencabar ini dan berserah kpd Allah.
Pada peringkat awal, ia agak mencemaskan dan di sudut hati saya masih mengharapkan satu hari nanti isteri akan bekerja semula utk membantu kewangan keluarga.
.
Selepas satu fasa yg agak lama isteri berada di rumah, kami dpt merasakan perubahan yg lebih positif berlaku kpd hidup. Walau gaji tak setinggi mana, dari segi kehidupan kami lebih berjimat kerana tiada kos utk isteri keluar bekerja, tiada bayaran tambahan utk nursery atau org gaji, tidak makan di luar dgn kerap. Paling penting, hati semakin tenang kerana tiada kebimbangan tentang anak yg kini di bawah jagaan ibunya sendiri.
Secara tidak sedar, motivasi diri saya semakin meningkat dalam semua aspek termasuk pekerjaan dan tak lama selepas itu segala2nya sgt positif, pintu2 rezeki terbuka entah dari mana dan saya berjaya mencapai tahap yg saya mahukan dlm kerjaya saya sbg seorg penyampai dan pengacara. Alhamdulillah!
Selepas kehilangan anak kedua, Allah gantikan dengan tiga lagi cahayamata dan sehingga kini semua di bawah jagaan kami tanpa perlu isteri bekerja semula. Kami tidaklah kaya tetapi Alhamdulillah kami rasa semuanya cukup dan bahagia. Itu adalah definisi “kekayaan” sebenar buat kami.
Ini hanya perkongsian secebis kisah dari kehidupan saya sebagai manusia biasa, suami dan ayah. Saya dan isteri bukanlah ibu bapa contoh kerana kami juga tidak sempurna…namun sekiranya ada ibu bapa yg berazam utk menjaga sendiri anak2, saya dan isteri mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan sentiasa berserah kepada Yang Maha Esa.
Logik akal kita mungkin mengatakan angka2 RM yg kita dapat dalam sebulan tidak akan cukup.. tetapi jika kita seimbangkan dgn faktor2 kebahagiaan lain dalam kehidupan.. InshaAllah nilai tambahnya akan nampak lebih ketara. Lagipun harga sebuah kebahagiaan tidak mampu dibayar dgn RM berjuta.
Kehidupan kita adalah berdasarkan apa yg kita mahu capai. Kita tidak boleh hidup dengan merujuk kepada kehidupan org lain. Usaha dan berserahlah kpd Dia.. Maha Mendengar dan Memberi.
Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam adalah satu gaya hidup ringkas yang boleh difikirkan dengan lebih serius. Ini kerana pengangkutan awam sudah lebih moden dan canggih. Selebriti, Fasha Sandha baru-baru ini memuat naik ke instagram dia balik kampung menaiki ETS dari Kuala Lumpur ke Perlis.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis mengambil masa selama 5 jam. Walaupun tempoh itu agak lama, namun amat berbaloi kerana tidak perlu memandu sendirian.
Umum mengetahui bahawa Fasha ialah ibu tunggal kepada dua anak iaitu Putri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal Ramli. Justeru dia memilih untuk menaiki ETS (Electric Tran Service) berbanding memandu sendirian ke utara tanah air.
Melalui gambar Fasha mendukung dua anaknya di dalam ETS, Fasha turut memberikan tip untu ibu tunggal travel dengan lebih mudah. Caranya ialah jangan bawa beg luggage. Sebaliknya hanya bawa satu beg galas bersaiz besar yang boleh memuatkan segala keperluan dalam beg tersebut. Dan hal ini sangat membantu. Melalui gambar, nampak jelas fasha membawa satu beg galas besar warna merah. Ianya amat memudahkan perjalanan kerana Fasha sendirian untuk travel bersama dua anaknya.
Inilah beg galas besar yang Fasha gunakan kala travel jauh-jauh. Senang sumbat je semua dalam tu kan?
Alhamdulillah selamat sampai Indera Kayangan. Anak2 pun baik je 5 jam dalam ETS. Kepada ibu2 yang takde suami, nak travel dengan mudah, jangan bawak luggage, bawak je backpack yang besaq, semua boleh masuk ♥️ #iburayfalraysha
Anak dua orang pun rumah boleh jadi huru hara, ini kan pula ada tujuh, enam orang pulak tu lelaki. Memang hebatlah kalau ada mak yang dapat pastikan rumah kemas dengan anak-anak yang ramai macam ni.
Tapi semua ini tak mustahil, ada saja kaum ibu yang memang ada sistem khas untuk pastikan rumah sentiasa kemas. Macam perkongsian yang dibuat oleh Khairul Hakimin Muhammad.
Itu hari saya duduk dengan seorang ibu yang dah lama pencen dari sector perguruan. Beliau ini ramah ya ampun. Asalnya beliau merupakan seorang peserta kelas brownies beberapa tahun lalu. Namun sekarang dah jadi macam kawan.
Beliau bersembang tentang 4 orang menantunya yang berbagai-bagai ragam. Seronok mendengarnya. Ibu kepada 7 orang anak ini, punya 6 orang anak lelaki dan seorang sahaja anak perempuan.
Yang sulong itu anak gadisnya yang sudah punya 3 orang anak, kemudian ada 3 anak lelaki yang sudah berkahwin. Yang lain masih bujang trang-tang-tang.
Dalam banyak-banyak hal yang kami sembang, beliau nasihatkan saya tentang saya kena bertegas dengan orang rumah bab-bab mengemas, bab mencuci dan sebagainya kena bertegas walau beliau seorang yang bekerja. Kalau tak bekerja lagilah kena kuat tegasannya itu.
Beliau kata, sepanjang jadi guru dan 10 tahun terakhir dapat jadi pengetua, beliau dapat suami yang sangat tegas bab itu.
Oleh kerana anak lelaki pula sangat ramai, dan memang susah ya amat nak pastikan rumah itu sentiasa kemas, namun sebagai isteri memang kena kreatif bab-bab menguruskan rumah. Sebab, semua inilah menunjukkan kebijaksanaan seorang wanita.
Kita memang boleh cakap “suami, tolonglah sama mengemas juga,” Itu boleh kata dalam mimpi pun susah nak jumpa. Memang ada, namun susah. Jadi dah bertukar status sebagai isteri, beliau cakap beliau reda sahaja namun kena kreatif.
Ini yang saya belajar.
Sebab suami tak suka nak mengemas seperti dia, dan dia juga seorang yang bekerja dan penat ya ampun menjadi seorang guru ini. Di sekolah dah beratus anak murid, di rumah ada 7 orang yang jenis terbang nakal bukan main. Jadi beliau buat ini;
Beli banyaknya organizer untuk baju, seluar dalam, seluar, baju tidur, baju sukan, baju sekolah dan segala-gala untuk anak-anak ini beliau beli jenis rak macam toyogo yang ada laci itu.
Seorang anak, ada 1 organizer dan mereka kena uruskan semuanya sendiri termasuk mencuci, melipat dan memasukkannya di dalam organizer tersebut. Tak ada baju, memang kena libas kerana boleh jadi tak ke sekolah.
Ampaian ini perlu ada beberapa, senang untuk anak-anak gantung baju dan ambil sahaja. Oleh kerana rezeki beliau punya anak perempuan yang jadi anak sulong, maka si kakak ini banyak tanggungjawab membantu adik-adik dan beliau bersyukur kerana dari si kakak ini kecil lagi beliau sudah ajar untuk enjoy buat kerja.
Si kakak ini memang jadi ratu gosok baju untuk adik-adik. Mana yang cari pasal dengan kakak, pastinya tak akan digosok bajunya. Jadi semua kena behave dan layan kakak baik-baik.
2 perkara ini benda penting yang wajib ada dalam rumah. Bakul mainan ini perlu diajar kepada anak-anak tentang apabila ambil, kena simpan semula. Kalau tidak, buang. Jadi ibu, bab ini kena bertukar menjadi rasaksa.
Biasanya anak-anak sangat sayangkan mainan mereka, jadi jika mereka tidak kemas, kasi buang. Namun, kalian ‘buang’ diam-diam dalam stor.
Setelah beberapa lama, hadiahkan mainan tersebut kepada orang lain. Ia lebih bermanfaat dari membuangnya. Anak akan dapat pengajaran, ibu bapa juga tidak membazir.
Wajib letak dalam bakul kain seperti cadar, sarung bantal, dan segala jenis mak nenek pakaian yang belum dicuci termasuk tuala. Sekiranya tak buat, terus penjarakan mereka untuk bermain di padang selama 1 minggu.
Ia memang menjadi dengan sangat baik dan semua anak-anak lelaki cikgu ini sangat menjaga bilik mereka sendiri.
Sentiasa sediakan sabun, pencuci muka, pencuci segala semuanya kepada anak-anak. Dan di dalam bilik air, yang ini tak payah kedekut. Pastikan anak belajar tentang kebersihan. Dan ianya akan melekat di jiwa anak-anak.
Sampai ke tahap, nanti akhirnya anak sendiri akan tahu tentang pentingnya bersih, tentang pentingnya menyusun semua perkara.
Beliau cerita yang mana anaknya yang kecil-kecil, apabila beliau sudah didik abang dan kakak yang dah besar, yang kecil-kecil akhirnya mengikut. Rumahnya sentiasa kemas walau anak-anak banyak mainan. Dirinya sendiri juga tak stress suruh laki bantu kemas.
Iya benarlah, isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, hahaha. Macam lagu. Namun, itu semua betul, kan?
Rumah kita adalah yang memberi hilangnya gelisah, ianya disempurnakan oleh isteri yang cerdik, bijak dalam mengatur segalanya di dalam rumah.
Itulah emak-emak kita semua. harapnya isteri kita juga akan begitu selama-lamanya! Cewah!
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...