Tahu suami perokok tapi Jiha Shuib tak menjangka satu hari suaminya akan tumbang secara tiba-tiba.
Tak terfikir untuk membuat simpanan berdepan waktu kecemasan apatah lagi hidup dia dan suami serta dua anak cukup-cukup saja setiap bulan.
Tapi sampailah satu ketika, suaminya tumbang akibat serangan strok. Melihat suami terbaring kaku di hospital, dia gelabah. Pengalaman yang dilalui inilah membuatkan Jiha menitip pesanan ini kepada isteri lain di luar sana.
Tapi katanya selain wang simpanan wang, info penting tentang suami perlu diketahui agar urusan pada waktu kecemasan itu jadi lebih mudah. Ada 7 perkara penting yang isteri kena ‘korek’ daripada suami.
Tak pernah ada persediaan hadapi kecemasan
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu.
Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu.
Sampailah satu masa dia tumbang…
Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana.
IKLAN
Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah.
Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
Di sini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
7 perkara isteri perlu ambil peduli
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
IKLAN
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu.
Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
IKLAN
Kalau suami perahsia sila guna skill malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya.
Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Umum mengetahui bahawa anak pelawak, Chot dari Kumpulan Xoxo telah meninggal dunia disebabkan masalah injab jantung sejak dilahirkan. Pasti masih bersedih dengan peristiwa tersebut.
Melalui instagram, Chot mengimbas kisah selepas bergelar juara Pencarian DJ MelakaFM. Antara hadiah yang diterima ialah sekotak set jenazah. Ketika itu, isterinya sedang hamil antara 5 hingga 6 bulan. Siapa sangka kan, rupa-rupanya hadiah set jenazah itu akan digunakan untuk anaknya Muhd Sher Harraz yang ketika itu masih lagi dalam kandungan.
Allah Maha Besar. Dialah yang Maha Mengetahui.
Juara pertandingan DJ, isteri hamil 6 bulan
salam semua.. waktu ni saya dinobatkan juara bagi pertandingan ‘PENCARIAN DJ MELAKAFM’ kami dihadiahkan dengan set kelengkapan jenazah dan waktu ni isteri saya masih sarat lagi mengandung sekitar 3-4 bulan lagi waktu ni..
Hadiah set jenazah, ada hikmahnya
kami baru sedar ada hikmahnya hadiah utama disaat itu.. rupa2nya PAKAIAN PERTAMA DAN TERAKHIR BUAT ANAKANDA KAMI… terima kasih anakku sebab bagi mmy dan ddy rezeki juara dan ada di tahap ini.. sesuatu yang tak mudah nak dilupakan.❤️❤️❤️?.. #rezekiallah #sayahargaisemuanya #ddyandmmy #chotloteh
VK tak tahu nak cakap apa. Memang VK pun masih bersedih dengan peristiwa perginya Baby Harraz walaupun VK tak bertemu dengannya. Tenanglah anakanda di sana.
Setiap ibu ada pengalaman bersalin yang tersendiri. Sama ada normal, mahupun caesarean (czer), pasti ada bahagian masing-masing. Tapi ibu berusia 30 tahun, Nor Atika Sobri yang menggelarkan dirinya Akak Susuk, mempunyai pengalaman yang agak menakutkan selepas bersalin secara caesarean.
Semuanya kerana luka czer bernanah dan perutnya perlu dibelah semula untuk mengeluarkan nanah di sekitar luka dan di dalam perutnya. Meraung dan meronta itu antara reaksinya ketika prosedur itu dijalankan.
Atika bersama suami, Mohd Razeaf Bin Zamri, anak sulung, Muhammad Raihan Naufal dan anak kedua, Muhammad Aisy Aslam
PART 1
Degupan jantung baby dah tak cantik
Masih segar di ingatan, 1 Oktober 2012 selepas bersalin Naufal pada waktu petang dalam lingkungan 4 lebih, akak susuk terus dibawa keluar dari bilik OT . (Diaorang tak panggil pon waris mujur EX Tunang perasan getah rambut akak susuk terus dia dan mak kiah terkejar-kejar akak susuk masa tu nak kena tolak masuk wad) sedihkan , rasa macam apa entah masa tu dilayan ?♀️ .
Yup, kena czer sebab dah 4 jam di Laboor Room tapi jalan still 2cm , dan jantung baby tak cantik lagi .
Kau bayangkan, keluar dari bilik OT akak susuk terus di bawa ke wad . Yang menyedihkan , dalam keadaan kita baru lepas czer , anak juga terus di letak bersama kita . Masa nie betul-betul menduga .
B, belikan pam…
Dengan tak ada pengalaman (sebab anak sulung) , czer pulak tu tetiba anak terus diletak dengan kita , kau boleh bayangkan tak masa tu dengan tak ada pengalaman macam mana nak bangun ,macam mana nak pegang anak (ambil anak dekat katil baby sebelah katil ibu) , dengan Naufal tak nak isap puting , dan Naufal menangis semalaman membuatkan akak susuk langsung tak boleh tidur .
Kau orang dapat bayangkan?
Panggil Nurse , bagitahu masalah yang kita hadapi , tapi kena marah dengan Nurse siap dia picit puting untuk tengok samada ada susu atau tak ? .
Masa nie dengan badan penat , sakit disebabkan czer , tambah pulak anak menangis aduh terus call EX Tunang masa nie mengadu ..
‘Anak lapar . Tapi tak boleh bagi susu FM , b belikan pam ..’
Baby nyenyak lepas dapat susu
Masa tu tengah malam EX Tunang rempuh masuk ke dalam wad (memang EX Tunang tido dalam kereta sebab apa-apa senang) . Yela kau faham jelah Hospital Melaka Guard diaorang kan tegas kalah pak polisi ? so memang bertekaklah juga dengan Guard India masa nak masuk untuk bagi pam susu .
Masa EX Tunang dah masuk ke dalam wad tu memang nurse pon terkejutlah sebab macam mana mamat nie boleh lepas masuk ?
Lepas tu barulah dia ambil Naufal dan bagi susu simpanan yang ada dekat nursery . Lepas Naufal dah dapat susu tu baru Naufal tidur nyenyak sampai pagi dan dapatlah Akak susuk rehat .
Psst ~~ Ini baru hari pertama . Kau boleh bayangkan hari kedua macam mana?
Bau busuk tanda luka czer bernanah
Hari kedua , kau di arahkan rajin berjalan supaya tiub air kencing boleh cabut dan ko boleh balik rumah cepat .
Perhhh , dengan tak ada pengalaman , kau gigihkan juga bangun untuk ke tandas tukar pad . Masa nie memang kuatkan semangat sebab nak keluar cepat-cepat dari Hospital . Dan Alhamdulillah petangnya dapat keluar dari hospital , tapi masa nie memang dah bau busuk macam nanah area tempat jahitan tu dan bila tanya Nurse katanya ..
‘Normal lah tu …’
Oklah Nurse ?✌
Psst ~~ Nanti akak susuk sambung ye macam mana boleh detect Jahitan tu menanah tapi nurse yang datang melawat dari rumah tak dapat kesan itu nanah ?♀️
Tapiii , ada ke yang sudi nak baca ?♀️ Ce LIKE & SHARE mana tahu ia boleh jadikan panduan untuk orang lain dimasa akan datang ??✌
PART 2
Demam disangka bentan
Keluar je dari hospital , Encik Suami (Akak susuk guna balik gelaran nie kang ado yang keliru ?) bawa kereta kena 40km/j ok . Tak boleh langgar lubang walau kecil atau batu pon . Sakitnya terasa wei . Naufal masa tu duduk kat belakang dengan awe dia .
Sampai je rumah akak susuk tak boleh duduk bawah . Kalau duduk atas kerusi kena letak bantal 3 pcs ok sebab terasa sakit tu . Bukan itu sahaja , akak susuk juga demam on off , ingatkan bentan ke apa so telan ler panadol bila rasa panas badan tu .
Nak mandi ke , nak kencing ke apatah lagi nak berak atau basuh pad , Encik suami yang kena papah akak susuk dari bilik ke tandas . Khidmat Encik suami memang diperlukan 100% sampaikan satu malam tetiba akak susuk nak ke tandas dan tengah sedap Encik Suami tidur akak susuk pon kejutkan dia …
Pinggang suami pula terseliuh
“B , ayg nak kencing ..” Dengan muka mamai dan reda terpaksa angkat bini dia nie (masa nie badan tak susut bengkak dan berat masa nie masih 90kg ?) . Dipendekkan cerita macam ada baby lagi dalam perut nie hahahha .
Dan di jadikan cerita masa nak angkat akak susuk bangun dari atas katil (memang tak boleh bangun sendiri . Berat dan sakit rasa badan) tetiba pinggang Encik suami terseliuh ? … bunyi kuat gak dengar pinggang dia terseliuh ?
Kemudian ….. (LIKE POST NIE KALAU SUDI NAK TAHU DAN BACA SUPAYA AKAK SUSUK TAK SYOK SENDIRI ??✌)
(Kita sambung nanti yer PART 3 kalau masih yang sudi nak baca ?✌)
PART 3
Susu tak ada, bayi minum susu formula
Memang kesian sangat sampai terseliuh pinggang Encik suami masa tu . Tapi nak buat macam mana . Nak angkat kaki pon terasa berat . Masa tu rasa macam ..
“Eh , aku nie dah lumpuh ke?” ?
Tapi dalam sakit akibat terseliuh Encik suami tetap angkat dan bantu akak susuk untuk ke tandas . Masa nie dari kat wad sampai lah dirumah memang darah warna merah pekat kearah hitam-hitam tapi banyak . Bab kentut dan buang air besar ok tiap hari tanpa miss ? .
Disebabkan Naufal tak nak menyusu badan , dan susu pon macam segan segan nak keluar kami pon belikan susu fm berunsur soya untuk Naufal. Alhamdulillah, Naufal pon ada kuning sehari je . Pergi klinik check kuning semua mak kiah pergi dengan Encik Suami . Dan mungkin Allah tahu dia nak uji akak susuk cara lain jadi Allah hilangkan kuning Naufal dalam masa sehari je. Ye betul sehari je sebab malamnya tu naufal berak kuning betul hahahha dan esoknya bacaan kuning terus ok Alhamdulillah .
Akak susuk perasan bau busuk luka czer tu dari hospital . Bukan akak susuk je malah Encik Suami pon perasan. Dan dijadikan cerita hari ke-7 dan ke-8 nampak ada benjol kat tepi jahitan , tanya nurse yang datang ke rumah ..
“Kak , kenapa ye ada benjol macam bengkak kat tepi jahitan nie?” Tanya akak susuk .
“Oh , maybe urat nie tak ada apa-apa. Awak buat bangun tidur tu agaknya bengkak .” Jawab nurse .
Dan masa nie akak susuk dah mula urut badan tapi perut memang tak sentuh . Baru 2 hari urut dan nak dijadikan cerita bidan tu suruh akak susuk pergi klinik swasta , klinik Habsah je sebab tengok macam nanah katanya .
Rupa-rupanya luka czer bernanah
So kami pon pergi ke klinik Habsah hari ke-9 berpantang . Masa tu memang letak bantal tebal sebab sakit nak duduk dalam kereta . Sampai je klinik habsah akak susuk tunggu dalam kereta dan Encik suami yang pergi daftar . Naufal terpaksa tinggal dekat mak kiah . Bila nama akak susuk kena panggil baru encik suami pimpin akak susuk masuk jumpa doktor .
Bila baring atas katil untuk doktor Habsah periksa terus beliau kata ..
“Ish menanah nie . Makan tak ubat antibiotik yang hospital bekalkan?”
Jawab akak susuk ” makan, dah habis pon .”
“Ok tak apa . Doktor bagi ubat makan antibiotik dan ubat sapu . Sapu kat tempat bengkak nie ye . Kalau nanah tu pecah atau lagi sakit terus pergi hospital . Mudah-mudahan masih boleh dirawat dan nanah hanya di luar sahaja ..” kata Doktor Habsah .
Selepas tu ….
(SAMBUNG PART 4 .. MASIH ADA KE YANG SUDI BACA? MAI LIKE SEDAS ?)
PART 4
Sapu krim dan teruskan antibiotik
Balik je dari Klinik Habsah , Encik suami terus sapukan krim tu dekat bengkak dan sekitar jahitan tu atas arahan Doktor dan telan sebiji ubat antibiotik .
Kalau korang tanya akak susuk makan pantang ke tak dan jawapannya adalah ..
“WAJIB PANTANG . MAK KIAH JAGA KETAT KETAT OK ??”
Sebelum tahu menanah , mak kiah memang marah akak susuk . Katanya ..
‘Jangan lembik sangat . Mak dulu pon operate buang buah pinggang tapi boleh je bangun . Jangan di ikutkan sangat …’ ??
Kesiankan kena marah dah lah dalam pantang . Mentang-mentang akak susuk anak bongsu hahhaha .
Ok sambung ?.
Bangun tidur muka pucat macam mayat
Nak dijadikan cerita hari ke10 berpantang , bangun pagi tetiba langsung tak boleh bangun. Alamak . Lagi teruk . Aku dah lumpuh ke? Cakap dalam hati . Sakit wei menangis-menangis masa tu . Bidan datang nak urut pon tak jadi urut sebab tengok akak susuk dah macam mayat pucat sangat .
Ingat lagi masa tu akak susuk ada Insurans *** dan call agen Insurans kot-kot boleh pergi swasta sebab nanah ? . Agen pon tak pasti tapi boleh cuba . So berangkatlah kami ke Hospital Putra Jumpa Doc pakar sakit puan Doc lelaki cina (lupa pulak nama doc nie ?) .
Masuk je bilik doktor , akak terus baring untuk diperiksa .
Kenala doktor lelaki bukan doktor perempuan?
Nak dijadikan cerita doktor perempuan tak ada tengah sambut orang nak bersalin ? . So tak ada pilihan .
Nanah memancut berserta darah
Masa baring je , doktor minta Encik suami tunggu di luar sebab takut encik suami tak mampu lihat apa yang bakal dilakukan?.
Doktor pakar tu amik pisau dan dia tetaskan satu benang / jahitan / klip jahitan tu je abis memancut nanah beserta darah . Berbekas juga di tadah . Bukan setakat tu ok . Habis di tekan-tekan kawasan bengkak tu maka meraung-raunglah akak susuk kat dalam bilik doktor tu . Masa tu nurse memang pegang akak susuk kuat-kuat sebab akak susuk memberonta kerana sakit sangat. Rasa nak sepak je doktor masa tu ? .
Kak Ipar akak susuk kerja kat sana sempat tengok dan bantu pegang akak susuk . Ya Allah azab betul . Basah kuyup seluar dalam beserta pad akak susuk disebabkan darah nifas dan terpaksa pakai yang hospital punya pad ?
Lepas je tekan nanah tu , Doktor pakar panggil Encik suami dan berbincang .
Bukan luar je nanah, dalam pun bernanah
“Isteri awak nanah bukan di luar sahaja . Ini dalam pon confirm penuh nanah . Saya buat surat untuk refer ke Hospital Melaka boleh sebab Insurans tak boleh guna , ini disebabkan infection selepas bersalin?” Kata doktor .
Wah berat wei . Kemudian kami tanya ..
‘Kalau guna duit sendiri berapa kos?’
Lalu doktor bagi cadangan ..
‘Kalau betul nak buat dekat sini, petang nie juga kita masuk bilik OT , bukak balik jahitan tu kena cuci kena korek dan buang yang mana busuk dan boleh balik petang nie juga. Tapi, nanti kena Tidur 1 malam di hospital (last sekali masa nak kena jahit perut dan esoknya boleh balik tapi buat masa nie kena datang ke klinik (hospital putra klinik doktor pakar tadi) tiap-tiap hari . Kos dalam lingkungan RM5k ..’
Akak susuk pandang Encik suami , encik suami pandang akak susuk lalu encik suami buat keputusan ..
‘Ok doktor . Kami setuju . Duit akan saya siapkan …’ kata Encik suami
Alhamdulillah . Mujur ada duit masa tue . Nak pinjam adik beradik kita tak tahu macam mana keadaan mereka dan yang pasti sukar orang nak bagi pinjam dengan kadar segera .
Bila dah bayar deposit petang tu juga terus masuk bilik OT . Sebelum tu call mak kiah bagitahu keadaan akak susuk dari A-Z .
Fuh , kau orang bayangkan , nak kena belah semula perut nie awal-awal doktor bagitahu ..
Tak boleh bius pula tu
“Saya bagi awak ubat tidur dan ubat tahan sakit paling kuat je ye . Tak boleh bius sebab ubat bius awak masih baru . Kalau bius juga takut komplikasi lain yang jadi pula. “
Dah sudah . Dia nak potong hidup-hidup wei ?? . Kau orang boleh bayangkan? Hahaha .
Masuk bilik OT dah siap telan ubat-ubat tu . Ya Allah berdebar wei masuk bilik OT Hospital Putra . Dan masa nak kena kerat hidup-hidup akak susuk rasa macam sakit wei . Terasa pisau tu belah akak susuk tapi tak sedar . Mata terpejam . Akak ipar cakap ..
‘Kaki tangan kau kena ikat . Kau meronta kuat sampaikan beberapa nurse kena pegang kuat-kuat tangan kaki kau . Tapi mata pejam . Bila doktor tunjuk dalam perut kau busuk , berlubang-lubang . Macam daging lembu yang yang busuk macam tu la dalam perut kau tika . Doktor cuci dengan iodin , cuci dengan (lupa) tapi siap nampak menidih dan berasap sebab nak matikan kuman tu . ‘
Perhhhh . Patut rakam masa tu kan? Tak payah nak taip banyak-banyak , post je video tu senang ???
Daging perut yang busuk dibuang
Dah siap buang daging busuk dan cuci , perut akak susuk hanya di tutup dengan kapas je dan solotip je . Dah selesai, akak susuk dah terus boleh balik rumah. Menakjubkan bukan? Haha.
Dan paling menakjubkan tak perlu lagi bantal untuk diletakkan di bontot dan bila terlanggar batu kecil pon tak rasa sakit lagi ?
Paling seronok, sampai je rumah terus boleh pangku Naufal . Allah . Beza sangat wei ??? . Dah boleh duduk bawah dah boleh bangun untuk ke tandas sendiri tanpa perlu bantuan sesiapa .
Alhamdulillah . Terima kasih ya Allah .
Dan keesokkan harinya bermulalah cuci perut tiap hari ?
Setiap kali nak pergi cuci perut , doktor hanya bekalkan ubat tahan sakit 2 biji je sehari wajib makan sebelum operasi cuci perut .
Allah . Kau orang bayangkan jika luka sikit sapu iodin je pon dah pedih bayangkan perut besar dan luka tu pon besar . Allah . Menangis ,menjerit akak susuk . Terasa sungguh dia masukkan kapas kat dalam daging yang berlubang . Kata doktor ..
Daging perut dah OK, nampak macam daging baru
‘Hari nie baru nampak macam daging perut awak macam daging baru , daging fresh ‘
Allahu . Dia ingat nie perut lembu ke ?. Akak susuk tak berkesempatan tengok keadaan perut tu tapi Encik suami dapat tengok sebab dia bantu doktor dan nurse pegang perut (kasi terbukak perut nie supaya senang nak cuci dan ketika tu kakitangan tak cukup hari minggu) .
Fuhhh tuhan je tahu bila tiap-tiap hari selama 7 hari kena cuci . Bila doktor tengok daging dah makin cantik dan doktor puas hati barulah masuk bilik OT semula untuk dijahit perut nie .
Nie satu masalah . Kecut perut wei nak kena bius kat tulang belakang sebab pengalaman kena bius sakit uiiiit ?, so tak boleh bius habis sebab takut komplikasi dan boleh koma , kata doktor pakar bius . Allah . Tapi akak susuk minta ubat tidur . Akak susuk nak tidur , tak nak dengar bunyi pisau ke apa benda ke kat dalam bilik OT tu dan doktor pakar bius izinkan ?. Dan tak tahu kenapa dengan izin Allah tetiba tak rasa sakit pulak kena bius kat tulang belakang nie , adakah mungkin badan nie dah terbiasa dengan kesakitan yang ngeri selama beberapa hari nie .
Bius separuh untuk jahit balik luka czer
Dah siap semua , tetiba tersedar akak susuk kat dalam Laboor Room . Dan kesakitan mula terasa . Waduh waduh . Bisa giler . Sukar digambarkan . Macam biasa , akak susuk memang alergik ubat bius so habis gatal satu badan tapi tak ada apa-apa pon ? . Dan itu normal ye sebab ada orang lepas tu muntah-muntah .
Dah ok semua , kaki dah boleh angkat , dah boleh bangun ke tandas walau nurse pimpin , petangnya masuk wad . Akak susuk pilih wad ramai-ramai sebab nak cut cost . Dan malamnya terpaksa berjauhan dengan Naufal ? . Nasib baik masa tu ada 3G dapatlah 3G sebelum tidur dan selepas 3G akak susuk tidur sampai ke pagi . Nampak sangat penat bertarung wei . ?
Tak mahu kejadian berulang
Dan esoknya dah boleh balik . Encik suami datang bawa Naufal , dan sempatlah juga merasa konon-konon beranak kat swasta walhal buang nanah ?? .
Dan genap 20 hari berpantang kami pon sambung pantang di kedah sebab cuti Encik suami dah habis dan bukak jahitan juga di kedah . Alhamdulillah .
Bila dah ada pengalaman macam nie , masa nak beranakkan Aslam , Encik suami sempat pesan pada nurse dan doktor ..
“Pastikan cuci bersih-bersih ye sebab ada kes tak cuci bersih habis menanah …”
Kau rasa? Akak susuk nie dah kecut perut . Nasib baiklah kali nie (bersalinkan Aslam dapat doktor dan nurse baik ??)
Tapi tulah , yang trauma Encik suami , bini dia tak trauma sekejap je ??
Apapon , nie lah salah satu pengalaman mahal yang pernah akak susuk ada .
Alhamdulillah .
Meski melalui pengalaman bersalin yang agak perit kali pertama namun dia sedikitpun dia tidak serik untuk hamil kali kedua. Malah untuk anak kedua dia turut bersalin secara caesarean. Hanya suami yang serik kerana tidak sanggup melihat isteri kesakitan.
Trend sekarang bukan majlis kahwin saja dihias dengan pelamin, tapi majlis aqiqah pun turut punya deko yang sama. Nampak ‘grand’ sungguh dengan hiasan bunga-bungaan dan buaian cantik.
Melihat ramai selebriti melakukan majlis sebegini maka kita golongan biasa-biasa pun mengikut. Tapi wajarkah.
Perkongsian daripada Taufiq Salleh ada benarnya, semoga ia menyedarkan kita antara tentang trend yang tak perlu diteruskan ini.
Memang menjadi trend bila lahir anak buat majlis Aqiqah + berendoi beberapa tahun kebelakangan ni siap pelamin, marhaban, potong rambut bayi seorang sedikit buh dalam air (yang dinisbahkan pada nama bercukur).
Lagi sakan orang buat macam ni bila ambil contoh yang dibuat oleh selebriti terkenal. Ha.. Nak ikut artis tu buat ni, buat itu.. Barulah ‘Class’ katanya….
Hmm… Semua tu bukanlah ajaran Islam dan ini adalah budaya yang bercanggah dengan amalan yang Nabi ajarkan. Untuk apa buat majlis habis duit, penat-penat tapi pahala tidak diraih?? Silap hari bulan kalau tak buat majlis macam ni boleh dianggap tak sempurna pula.
Suami mainkan peranan anda
Suami, mainkanlah peranan anda sebagai ketua keluarga. Bila lahir anak, tahniqkan sendiri.. Usah kejar ustaz2 nak tahniqkan anak, keberkatan ibu ayah itu sendiri lebih utama.
Di hari ketujuh cukurlah rambut anak, timbang rambut tu kemudian kita sedekah ikut harga semasa emas atau perak. Sedikit tips, lepas cukur lumurkan kepala anak dengan air za’faran agar rambut anak tumbuh sekata, ia juga sunnah.
Tak perlu tunggu nak usung anak keliling orang kemudian orang potong rambut bayi selai dua helai buh dalam air. Amalan pelik apa tu?
Sunnah Nabi ajarkan cukur bagi habis terus, bukan dok bawa keliling orang suh potong rambut. Siap ketuk dengan daun kunyit ke apa ntah sebelum potong rambut, pastu tabur daun lagi. Ingat main masak-masak?
Kemudian, ada duit buatlah Aqiqah kambing untuk anak. Kambing, bukan lembu, ayam atau itik sebab Nabi kata kambing. 2 ekor untuk anak lelaki, seekor anak perempuan. Isytiharkan nama anak anda pada hari tersebut dan buat majlis makan kenduri tanpa perlu buat tahlil semua ni.
Tak perlu bazirkan duit buat pelamin
Jemput orang datang makan, kalau orang nak tengok anak boleh tengok dan doakan kemudian angkat kaki beransur.. Mudah je.. Tak perlu bazirkan duit buat pelamin untuk anak, anak tu bukan tau apa pun sebab yang dia tahu nak tidur je.. Asal kalau tak letak anak dalam katil tanpa letak atas pelamin cantik2 ni anak lambat membesar ke camana?
Percayalah bila anda buat ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak anda seperti air hujan mencurah-curah. Allah berkati usaha anda yang mengikuti amalan yang dilakukan oleh Nabi. Jika dulu kita tak buat ikut sunnah, semoga Allah ampuni dosa kita.
Ada anak lagi kita perbetulkan bagi ikut sunnah. Itu jam kalau orang lain pelik pasal kita tak buat majlis macam anak sebelum ni jangan rasa malu pula. Kita patut bangga kita mengikuti ajaran sunnah Nabi, dan kita nak majlis itu menjadi sebagai salah satu ibadah. Kalau penat pun, lega ikut sunnah…