‘Serina Bakal Dipenjara.’ Demikian tajuk akhbar semalam yang menarik perhatian ramai. Ia berikutan kemelut hak penjagaan anak pelakon popular Serina Redzuawan dengan bekas suaminya Gavin.
Mengikut laporan akhbar, Gavin melalui peguamnya menyatakan Serina didakwa telah melanggar persetujuan bersama yang menghalang daripada memburukkan Gavin dan anak-anak.
Malah Serina juga didakwa telah melanggar perintah persetujuan bila membenarkan anak mereka bermalam sebilik dengan bapanya Chef Wan.
Dalam persetujuan sebelum ini menyatakan anak-anak tersebut harus tidur bilik berasingan daripada Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail.
Terkenal dengan kata-kata pedas, Chef Wan ternyata tidak berdiam diri dengan isu yang melihatkan namanya. Melalui instagramnya beliau meluahkan rasa tidak puas hati kepada bekas menantunya.
Ads
Malah chef selebriti ini turut menerangkan keadaan sebenar yang berlaku tentang isu cucu bermalam sebilik dengannya.
Menurut Chef Wan perkara itu hanya berlaku sekali kerana cucunya sudah tertidur dan dia tidak menghantar dua cucunya itu ke bilik ibunya.
“Dari kecil bila all my cucu-cucu dtg mereka mesti naik atas katil dan menonton TV. Ada masa sampai terlena. Tak tahu pulak menjadi kesalahan bila Tok tidur sekatil sekali itu la when the kids always sleep with their Philipino Nanny anyway in my mother room pun.
Just that one time depa tertidur and i didnt sent them back to the room esoknya my daughter said Gavin is upset that i share the same bed with the kids.
Ads
Yang menyampai kan is the Philipino maid yg dia fire kan tu after she pecah lubang kisah Khalwat tu semua.
Hee hee dah mcm soap opera pulak jadi ceritanya sebab nak rebut kan penjagaan anak2 itu now the grandfather must look bad as well as the mother! Can u believed this?
Selama ini dari kecil dua tapak tangan cucu2 saya itu saya jaga dgn penuh kasih sayang and lavish them with mcm-mcm lah suddenly Over night CW turn to be the MR Bad guy!
Ohhh boy i challenge him to proof that nanti in court aja…See if they can proof that?
Ads
U want yr kids custody and the mother is looking after the kids pun and bukannya saya or they are living with me either! So why drag me to proof that the mother is not a responsible mother by allowing the kids to sleep with the grandfather?
Demikian luahan Chef Wan dalam instagramnya semalam. Sebenarnya ada lagi yang diluahkan Chef Wan tapi VK tapis sikit. Kita kan tau luahan Chef Wan pedas berapi.
Apa pun kita harap kes Serina ini dapat diselesaikan secara baik. Serina dan Gavin bercerai pada 1 Ogos 2017, selepas 7 tahun berumah tangga dan mempunya dua anak iaitu Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun.
Sejak membuat pengakuan mengidap kanser limfoma tahap empat minggu lalu, ramai yang bersimpati dengan penyanyi Elyana. Tapi selain yang bersimpati dan menunjukkan sokongan ada juga yang mengaku sebagai BFF yang niatnya tidak diketahui.
Justeru tidak mahu ada yang terkeliru atau mengambil kesempatan, peserta program Gegar Vaganza ini terpaksa mendedahkan siapa sahabat sejati yang bersamanya selama ini.
Mengaku BFF dan yang cakap makan produk mereka pun banyak
Ramai yang mengeluarkan statement mengatakan bahawa mereka kawan baik saya (bff) dan dah lama tahu tentang kanser saya serta menyimpan rahsia tentang penyakit saya selama ini. Sedangkan saya tidak pernah memberi tahu mereka apatah lagi bercakap mengenai hal ini kerana tidak terlalu rapat…Yang cakap saya belajar satu university pun ada..Saya tak pernah masuk university,sebab dari dulu dah bijak..hahhaha?
Bukannya apa,kerana mereka bukan orang yang benar-benar tahu tentang saya jadi takut tersalah beri Information. Itu saja…Yang cakap saya makan product yang mereka jual pun banyak. Jangan la ambil kesempatan dan berbohong, tak baik. Saya takut ramai yang tertipu saja.
Terpaksa jelaskan kerana ramai bertanya dan keliru
Dia yang di dalam gambar ini adalah benar-benar sahabat saya yang mengetahui tentang saya dari mulut saya sendiri. Sahabat yang pernah menangis bersama selain Anita Baharom ,Zuhairy,Sherry Ibrahim dan Datin Anne Ngasri.
But saya ok je…tetapi saya terpaksa clear kan perkara ni kerana ramai yang bertanya pada saya dan Keliru. Terima Kasih yang mendoakan saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua.
Rupanya ada juga yang nak mengambil kesempatan atas kesakitan orang lain. Apapun kita doakan agar Elyana terus berjuang kerana sebenarnya semakin ramai yang berada di sisinya selepas dia membuat pengakuan mengidap kanser.
BBNU sekarang mungkin tak mengenali wanita ini tapi mereka yang berada di usia remaja hujung tahun 80-an pasti tahu siapa Mimi Wahedah.
Inilah antara top model satu ketika dulu yang dilahirkan dari pertandingan Dewi Remaja. Dengan pakej wajah yang cantik, tinggi lampai serta kulit hitam manis Mimi pantas mendapat perhatian selepas menyertai pertandingan tersebut pada tahun 1987/88.
Dan selepas hampir 30 tahun berlalu, ternyata pakej itu masih belum pudar. Mimi atau Datin Mimi Waheedah atau isteri kepada Datuk Fauzi Tunku Abdul Malik ini kekal cantik seperti dulu.
Menariknya selepas hampir tiga dekad penyertaannya dalam Dewi Remaja, kini anak tunggalnya Affie Rania mengulang kembali sejarah Mimi.
Affie, 19 tahun diumumkan sebagai Top 12 Pencarian Dewi Remaja 2018/19 dalam majlis Sidang Media Pengumuman Top 12 Dewi Remaja 2018/29.
“Saya gembira bila dia terpilih namun tidaklah mengharapkan sangat kemenangan. Sebenarnya Affie tak mahu masuk sebab nak teruskan pengajian tapi saya galakkan dia.
“Pada saya ini adalah satu cara untuk dia dapat banyak pendedahan baru selain cara untuk dia bina keyakinan diri macam apa yang saya peroleh dahulu,”ujar Mimi yang kini menerajui perniagaan berkaitan fesyen.
Namun begitu Mimi juga sedar penglibatan anaknya dalam Dewi Remaja turut bermakna dia akan mendedahkan Affie pada dunia glamor yang mungkin melekakan.
“Saya tahu risikonya sebab itulah saya akan ada untuk bersamanya. Saya bukan kolot tapi kita kena hati-hati bila masuk dalam bidang ini.
“Macam saya sendiri, walaupun terlibat lama dalam bidang peragaan tapi saya tak terikut-ikut dengan tabiat merokok. Saya juga selalu ingatkan dia supaya sentiasa merendah diri dan jadi diri sendiri bila masuk dalam bidang ini,”ujar Mimi yang ditemui dalam majlis yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Dewi Remaja 2018/2019 juga bersiaran di Astro Ria (104) & Ria HD (123) setiap Ahad jam 10.30 malam dengan Scha Al-Yahya sebagai pengacara.
Sempena hari jadinya yang ke 39 hari ini, 11 Januari, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi ucapannya dalam media sosial.
Tahu peminat tertunggu-tunggu jantina anak yang bakal dilahirkan, dalam video tersebut Datuk Siti turut mengumumkan beliau bakal menimang cahaya mata perempuan.
“Terima kasih atas ucap selamat. Siti sangat hargai. Hadiah paling bermakna sudah tentulah zuriat yang bakal dilahirkan Mac nanti. Doakan ia sihat sempurna.
“Nak kongsi sempena birthday Siti rezeki cahaya mata kami doktor sahkan ia adalah seorang puteri
“Doakan puteri kami sihat dan sempurna dan menjadi anak yang soleha,”demikian luah Datuk Siti bersama dengan suami Datuk K dalam satu video yang dimuat naik di laman sosialnya.
Aduh tak sabar rasanya nak tengok baby Tok Ti. Mesti comel.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...