
Sejak mengeluarkan kenyataan mahu mencari calon suami dengan kriterianya, pelbagai kisah dikaitkan dengan Dato’ Seri Vida walaupun hakikatnya wanita ini belum pun terdesak untuk kembali berumahtangga selepas bercerai April lalu.
Rimas mendengar komen dan suara suara sumbang, hari ini anak pengasas produk Qu Puteh tampil memberikan amaran kepada lelaki-lelaki di luar sana.
Video yang dimuat naik dalam instagram Dato’ Seri Vida itu menampilkan anaknya Cik B berpakaian seperti rapper sambil berbicara dengan gaya tersendiri.
“Jangan siapa siapa dekat dengan mama, nak kahwin dengan mama, saya tak bagi. Siapa-siapa pun, semua nak perhatian, nak duit semua tu. Saya tau lah,” ujar Cik B yang turut menunjukkan bakatnya dalam beat box.
A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
“CikB naik marah @cikb_havoc66 Dia marah sape sbenarnya ni syg? Tak faham saya balik keje tetiba cakap. Jgn ada sesape ganggu mama.”
Demikian ulas Dato’ Vida tentang video anaknya itu. Video tersebut yang dimuat naik hari ini pantas mendapat reaksi daripada pengikut Dato’ Seri Dr. Vida yang kini mencecah 1.4 juta.
So sekarang macam mana berani ke nak dekat lagi!
Sumber: Instagram Dato’ Seri Dr. Vida
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Diekori Awang Hitam Ketika Nak Balik Rumah. Hati-Hati Semua!

Isi Kandungan
Toggle
Negara kita ni memang tak boleh nak dinafikan lagi mengenai betapa ramainya warga negara asing. Lihat sahajalah kalai waktu Hari Raya Aidilfitri. Tatkala ramai penduduk tempatan balik ke kampung halaman, warga negara asing punyalah ramai di ibu kota. Masing-masing keluar bersiar-siar di kompleks beli-belah. Dari situ boleh lihat betapa ramainya mereka.
Pemilik akaun facebook dengan nama Sharlia Syarizam menceritakan pengalaman menakutkan bersama warga negara asing berkulit hitam yang selalunya dipanggil Awang Hitam. Apa yang boleh kita ambil iktibar melalui perkongsian ini ialah lebih berhati-hati dan elak daripada berjalan seorang diri terutama pada waktu tengah malam.
Peringatan untuk warga Shah Alam
Penduduk Shah Alam, be careful okay. Lagi lagi perempuan, ni memang jadi kat diri aku sendiri. Area section 7, parking basement Visitor I-Suite I-soho P3(colour biru) .
Takut sangat sampai tak jumpa jalan nak ke rumah sendiri
Kadangkala, apabila kita dalam keadaan terlalu takut, otak tak mampu nak berfikir. Itulah yang dihadapi oleh Sharlia. Disebabkan ketakutan diekori oleh Awang hitam, dia tidak mampu nak ingat jalan ke rumahnya. Sehinggalah dia menelefon teman serumahnya, barulah dia boleh berfikir dan akhirnya bertemu dengan rumahnya sendiri.
Dalam aku dah naik 10 tangga, aku toleh belakang, tengok dia tengah kejar aku tapi dia baru tutup pintu kecemasan, pastu aku lari laju-laju. Aku terus keluar kat pintu UG tu, sampai UG aku nampak pakcik sorang ni dan guard. Pastu aku beritahu dia, pastu dia turun tengok. Pastu pakcik tu suh aku balik rumah terus. Takut dia cari aku ikut jalan lain. Pastu dah gelabah camtu, rumah sendiri pun tak jumpa. Bayangkanlah, aku call member aku. Dia bagitau semua rumah.
Then barulah aku jumpa rumah. Tapi neg** hanji***. Dia bukan sorang, bukan kecik, dia 3 orang pastu badan ya Allah. Aku rasa aku dengan dia, aku jauh kecik bawah ketiak dia. Kepala aku paras te*** dia agaknya. Kalau lah dia sempat tarik aku, tak tahulah apa jadinya. Memang semua tak jumpa aku lagi. Emm semoga korang tak kena macam aku. Perempuan kat luar sana, hati hati dengan Niga* ni, dia memang tak guna!
Sumber: https://www.facebook.com/100002087444920/posts/1911604422252454/
‘Pakai Baju Rizalman, Sekarang Kalau Nak Pakai Kena Jual Rumah.’ Sambut Anniversary Ke-15, Shiera Buat Throwback Lucu Momen Pernikahannya

Isi Kandungan
Toggle
Sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-15 hari ini pelakon dan juga pelawak Sharifah Shahira atau Shiera mengimbas kembali kenangan hari pernikahannya bersama Ijoy.
Sejak beberapa hari lalu Shiera telah memuat naik beberapa foto hari pernikahan dan majlis persandingannya di instagram beliau . Tapi yang menimbulkan kelucuan adalah kisah di sebalik gambar-gambar itu.
Memang dikenali sebagai seorang yang kelakar, kapsyen gambar itu membuat netizen yang membacanya tersenyum dan ketawa.
Cuba korang baca!
Dia janda, jadi separuh harga
A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on
Bunga telur tu bunga krismas
A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on
Mekap bayar adik beradik
A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on
Semua orang tanya mana Kinah
A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on
Sekarang nak pakai Rizalman, kena jual rumah
A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on
Buruk, lantak la janji kawin
A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on
Patung laki bini, kau ada
A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on
Pengapit aku Sharifah Sofea
Tahi lalat hidup tu buang kat Sg. Wang
A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on
Memang luculah Shiera ni. 15 tahun mendirikan rumah tangga hasil perkahwinan bersama Ijoy, mereka telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Auddra, 9 dan Adeena, 2 tahun.
Shiera sebelum ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt.
Sumber: shieraijoy
Kejutan Bersalin Awal, Zizie Izette Dah Selamat Lahirkan Anak Kembar Lelaki

Pelakon Zizie Izette selamat melahirkan cahaya mata pertamanya semalam. Zizie dan suami, Datuk Bung Moktar Radin yang juga ahli Parlimen Kinabatangan menerima anak kembar lelaki. Syoknya!!!
Berita gembira ini dikongsi oleh Zizie dalam laman instagramnya petang ini.
“Saya jangka akan bersalin pada hari ini tapi mereka keluar lebih awal melalui pembedahan semalam, 29 Disember pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi, dengan berat 2.74kg untuk bayi pertama dan 2.78kg untuk baby kedua. Alhamdulillah mereka sihat.”
Demikian tulis Zizie, dalam status di instgram miliknya. Dalam pada itu suaminya Datuk Bung Moktar turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan.
A post shared by Bung Moktar Radin (@bungmoktar) on
Status yang dimuat naik oleh pasangan ini turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga netizen. Zizie bergelar ibu pada usia 39 tahun selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar.
Seronoknya dapat baby kembarkan.
Sumber: instagram Zizie Izette & Bungmoktar