Jangan Biasakan Hayun Tangan Anak Usia Bawah 5 Tahun. Tulang Mereka Lembut, Boleh Kena Nursemaid Elbow

Share

Dalam bahasa mudah Nursemaid Elbow adalah lengan tertarik. Ia adalah sejenis kecederaan otot ligamen atau tulang pada siku apabila tangan anak ditarik dengan kuat.

Ia kerap berlaku pada anak berusia 1-4 tahun kerana tulang dan ligamen anak pada umur ini masih lembut dan dalam proses perkembangan.

Sebab itu dari dulu lagi, orang tua kita melarang menarik tangan anak kecil atau menghayun tangan mereka.

Selain itu menghayun perbuatan mengangkat anak dari tempat duduk atau ketika anak berbaring dengan menarik lengan juga boleh mengakibatkan perkara yang sama.

Begitu juga menarik tangan anak dengan kuat ketika berjalan.

Situasi ini menyebabkan beban berat badan kanak kanak pada sebelah tangan boleh akibatkan sendi siku kanak kanak terenggang atau terkehel dari kedudukan asal.

Untuk mencegah kecederaan ini

  • Angkat anak di bawah ketiak atau mengangkat kedua dua tangan.
  • Jangan hayunkan anak atau buaikan dengan mengangkat tangan

Sumber: Public Health Malaysia

IKLAN