Jangan Buang Laci Lama, Transformasi Jadikan DIY ‘Mutipurpose Hanger’. Begini Cara Buatnya!

Share

Jangan tak tahu ada kalanya barangan lama yang mahu dibuang seperti almari boleh digunakan semula menjadi sebahagian aksesori berguna.

Seperti perkongsian dari Norpadilah Afandi yang berjaya transform laci almari mahu dibuang ini menjadi penyangkut serbaguna.

Tidak perlukan bajet mahal sebaliknya barangan lain boleh dibeli dikedai RM2.

DIY Multipurpose Hanger

Bahan-bahan

Pintu laci tak digunakan

Kain buruk

Cat shellac woodstain colour meranti

Penyangkut

Cara membuatnya:

1. Bersihkan pintu laci yang tak digunakan.

Pintu laci lama.

2. Cat guna kain buruk saja untuk dapatkan rustic look. Gunakan cat shellac woodstain colour meranti.

Hanya gunakan kain buruk untuk proses cat.

3. Kemudian keringkan cat dan bolehlah dipasang penyangkut ikut keperluan.

Biarkan kering dulu.

4. Setelah siap inilah hasilnya. Boleh dijadikan penyangkut cawan atau apa saja.

Cantik & kemas.

Artikel berkait:

DIY Rak Bajet Dari Bakul Plastik

DIY Baiki Drawer Rosak, Cuma Tukar Rail Saja

IKLAN