Jangan Buang Tong Cat, Boleh Recyle Buat Pasu Untuk Bunga Hiasan Macam Ni

Share

Pasu macam ni memang cantik dan banyak jual di kedai barangan deko. Harga pun boleh tahan juga.

Tapi kalau nak lebih jimat boleh saja buat sendiri. Boleh pakai tong cat yang ada di rumah. Caranya dikongsi oleh Muzamir Mohd.

Recyle tong cat buat pasu hiasan

  1. Sediakan tong cat, lilit tali jut (boleh beli di kedai Eco, 2 unit 10m dah cukup). Lekat dengan gam.

2. Dah siap lilit potong tong cat, boleh buat ikut panjang tali.

3. Kemudian boleh buat kaki pasu pula. Ambil batang penyapu (boleh beli di Mr. DIY), potong ikut tinggi yang ingini. Buat lubang kemudian ikat dawai antara 3 kayu seterusnya tuang simen di dalam tong supaya kukuh. Biar hingga kering.

4. Dah kering letak penutup ini di bahagian kaki (beli di Mr DIY). Siap dan boleh letak bunga hiasan untuk deko rumah.

Selamat mencuba.

Sumber: Muzamir Mohd.

IKLAN