Jangan Guna 4 Aksesori Kereta Ini, Bahaya! Jika Pakai Kita Mungkin Tak Dapat Claim Insurans Bila Kemalangan

Share

Ada banyak aksesori kereta yang dijual di kedai ketika ini tapi fikir dulu sebelum membelinya. Ini kerana ada aksesori sebenarnya tidak perlu, malah membahayakan nyawa pemandu dan penumpang kereta.

Dikongsi oleh Adrian Chia yang selalu berkongsi tip tentang kereta di akaun Tik Tok katanya ada empat jenis aksesori kereta yang berbahaya jika digunakan. Ujarnya aksesori ini mungkin membuatkan kereta nampak lebih cantik tapi ia sebenarnya tiada fungsi yang praktikal malah memberi risiko kepada keselamatan pemandu.

1. Karpet dengan saiz yang tak sesuai

Sama ada terlebih besar atau kecil, ia boleh menyebabkan brek tersangkut. Pastikan saiznya betul betul sesuai.

2. Dashboard cover

Ia mungkin dibeli untuk mencantikkan kereta atau melindungi dashboard tapi ia sebenarnya boleh menghalang pembentukan airbag ketika kemalangan berlaku. Keadaan ini sudah tentu membahayakan nyawa pemandu dan penumpang.

3. Seatbelt clip

Ada yang menggunakannya kerana tidak mahu mengenakan tali pinggang keledar dan menghalang bunyi peringatan. Tiada bunyi bising, tapi bila kita menggunakan tali pinggang keledar bersama klip ini, ia tidak mampu menampung berat badan bila berlaku kemalangan. Klip boleh tercabut ketika berlaku impak kuat dan pemandu boleh tercampak ke depan.

Paling merugikan, jika berlaku kemalangan dan aksesori ini dijumpai dalam kereta oleh pihak insuran anda mungkin tidak boleh boleh membuat tuntutan.

4. Sticker diamond pada stering

Rupanya yang berkilat blink-blink ini nampak cantik tapi berbahaya kepada pemandu bila berlaku kemalangan. Bila airbag terbuka, sticker akan terpelanting dan mungkin terkena pada muka dan menyebabkan kecederaan.

Sudah tahu bahayanya jadi elakkan dari menggunakan empat aksesori ini. Jika sudah terbeli, jangan guna dan keluarkan dari kereta!

Anda boleh tonton video penjelasan Adrian di SINI.

 

IKLAN