Semalam berlaku kejadian menyayat hati bila seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya.
Semua emosi mendengar berita ini dan tak kurang juga menyalahkan ibu kerana sikap terlupa. Tapi hakikatnya tiada ibu yang mahu perkara ini berlaku pada anak yang dikasihi.
Dapat difahami betapa berat kesedihan yang dirasai oleh ibu berkenaan sekarang. Lebih daripada itu adalah baik kita ambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku.
Rentetan dari kejadian ini Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi tip bagaimana untuk mengelak kelalaian terutama akibat terlupa berlaku lagi. Jika diperhatikan daripada kes yang sama sebelum ini kebanyakan puncanya adalah sikap terlupa ibu bapa.
Kena tangani kelalaian
Hari ini kita digemparkan lagi dengan berita kes kematian seorang kanak-kanak kerana ditinggalkan di dalam kereta diparkir untuk masa yang lama.
Kes seperti ini kerap berlaku, dan biasanya disebabkan kelalaian ibu bapa. Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri, jadi kita perlu tangani kelalaian ini.
Ads
Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.
Ads
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
Ads
8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Masalah suka simpan barang, sayang nak buang ini sebenarnya dialami oleh ramai kaum wanita. Tak pakai pun tapi bila orang nak buang tak beri.
“Nanti nak guna” itulah ayatnya. Kalau ada kalangan famili atau anda sendiri yang macam ni sampai barang tak guna penuh rumah kena hati-hati.
Itu juga sebenarnya tanda-tanda kecelaruan mental yang dipanggil Hoarding Disorder. Perkara ini dikongsi oleh Aiman Amri atau AimanPsikologis dalam akaun twitter beliau. Aiman merupakan graduan Psikologi daripada University of Nottingham yang aktif berkongsi mengenai ilmu psikologi pada masyarakat.
Nampak simple tapi parah
“Hoarding Disorder.”
Kecelaruan mental seseorang yang tak dapat buang barang. Nampak macam simple dan bukan penyakit sangat pun, tapi bila kita tengok lagi mendalam, sebenarnya benda ni parah sebab berkait dengan Depression, Anxiety, OCD etc.
Penghidap HD, atau kita panggil Hoarders, ada satu masalah untuk lepaskan barang milikan dia, sayang nak let go walaupun tak ada apa-apa nilai pun. Sampai tahap, buku belajar waktu dia sekolah rendah pun dia still simpan. Padahal dia dah ada anak dua ?
Hoarders ada dua jenis:
1. Dia simpan semua barang (buku, magazine, kotak dll)
2. Hoarders yang spesifik barang je dia simpan. Bukan macam The Collectors Avengers tu, tu barang ada value.
Ni dia simpan benda tak ada nilai macam bekas minyak wangi, atas alasan sayang nak buang.
Karakter hoaders
Nak kenal Hoarder ni, ada beberapa karakter:
1. Semua benda dia simpan, sampai tahap sos McD pun dia kumpul. Atas alasan, nanti ada nak pakai sos (sedangkan setiap kali makan, tak sentuh pun sos McD tadi tu). Prinsip dia,
“Manalah tahu, nanti ada nak pakai bila-bila.”
2. Sebab dia simpan semua benda, rumah dia jadi serabut gila. Penuh barang atas lantai disusun, tepi tangga, bawah meja dll. Hoarder ni biasanya tak rasa tenang duduk dalam rumah sendiri dan rasa panas, tapi dia sendiri tak tahu kenapa.
3. Hoarder pantang gila orang alih/buang barang dia tanpa izin, kalau dia dapat tahu. (Walaupun benda tu dah berhabuk dan tak pakai lebih 3 tahun).
Tapi kalau senyap-senyap orang buang, dia tak marah sebab tak perasan, plus memang dia tak pakai langsung pun barang tu.
Kena rawat
Kenapa Hoarding Disorder ni perlu dirawat? Sebab ia sejenis penyakit mental yang serius dan ramai tak tahu. Especially orang Melayu kita ada pepatah “Membazir tu amalan syaitan.”
So tak boleh buang barang. Simpan berhabuk berkulat, tak dikira membazir pula ? Baik sedekah je.
Hoarder akan ada satu rasa keserabutan dalam hidup dia, jadi tak tenang, mudah marah, rasa mental dia tak clean, sama macam rumah dia.
Bila kita clearkan hidup daripada barang yang tak pakai, kita juga sebenarnya clearkan kekotoran mental kita. We declutter our mind as well.
Sebab tu, perasan tak, bila kita let go barang-barang yang masih elok tapi tak pakai, kita sedekah, clearkan almari semua, walaupun rasa berat.Kita rasa tenang gila, lapang dan bahagia. Sebab kita baru je bersihkan mental kita sambil bersedekah pada orang yang memerlukan.
Pen habis dakwat pun nak simpan
Hoarder juga perlu dirawat sebab benda ni akan affect orang sekeliling dia. Kau bayangkan hidup bersama seseorang yang simpan semua benda, yang kita dah boleh anggap tu sampah.
Pen dah habis dakwat, plastik pembalut hadiah, resit yang dah berkulat, buku latihan zaman belajar ??
Reason lain kenapa Hoarders perlu dapatkan rawatan secepat mungkin, sebab barang dia yang terlalu banyak akan menyusahkan ahli keluarga dia bila dia meninggal nanti.
Kebumi hanya boleh bawa kain kapan je, tapi barang dia penuh kotak, debu, kertas etc tu, akan susahkan keluarga.
Clear space around our home is a sign of clear mind and clarity in our mental. Perasan tak bila kita travel pergi duduk hotel contohnya, kita rasa seronok gila dan tenang kat bilik hotel.
Sebab kita cuma bawa barang yang kita PERLU je, tapi kita still survive je kan? Perasaan lapang macam duduk bilik hotel tu lah yang kita nak ada hari-hari dalam hidup kita bila balik rumah.
Selagi mana kita nak simpan semua benda yang dah tak pakai, selagi itulah benda tu macam “tahi” kat otak kita. Coklat, melekat dan meleleh kat dalam minda. Kotor.
Macam mana nak rawat Hoarding Disorder?
FIRST aku lebih suggest jumpa Clinical Psychologist daripada Psychiatrist. Sebab isu ni lebih kepada behaviour dan lebih berkesan dengan psikoterapi berbanding perubatan.
Tapi tak semestinya. Kena tengok penilaian penyakit tu juga. Bukan semua Hoarders itu sudah membawa kepada HD. Dia jadi penyakit bila benda ni menganggu fungsi kehidupan seseorang. Sebab itu namanya Disorder.
Tapi tak salah untuk dapatkan bantuan secepat mungkin. Takkan nak tunggu dah melarat baru nak ubati kan?
Pilih sehari untuk overhaul bilik sendiri. Kemas semua barang dan pilih mana yang kita nak guna je. Mana-mana yang lebih 4-6 bulan still tak dipakai, maksudnya kita dah tak perlu benda tu.
Nak buang memang mencabar, so kita trick la minda kita, pergi sedekah. So tu tak membazir Kedua, biasakan diri untuk bersederhana. Jangan ikut nafsu semua benda nak beli, tapi ikut keperluan.
Pakai konsep ni
Remember this concept, “Kalau aku beli satu baju baru, aku kena let go satu baju lama daripada almari aku.” Biar input dan output wardrobe kita seimbang ??
Ketiga, letak kenangan tu pada hati, bukan pada barang. Aku tahu sayang nak buang semua tu. Aku dulu macam tu juga. Tapi fikir pada keluarga nanti kita dah meninggal. Kesian dorang nak kena kemas. Throwing away your things does not mean throwing away your identity/memory.
Keempat, start small then big. Takut terkejut tiba-tiba buang banyak, nanti relapse balik. Means, try kemas almari dulu. Lepaskan baju dah tak pakai. Nanti bila rasa seronok tu timbul, baru pulun buat drastik. Sebab our mind need that sudden peace and feeling spacey.
Kelima, jumpa psikologis, of course. Not me, sebab I’m an Assisstant je. Antara rawatan dia ialah Psikoterapi such as Cognitive Behavioural Therapy. Teknik untuk bantu kita ubah mindset / thinking pattern. So nanti tindakan kita pun akan turut sama berubah. It works!!!
Kelima, yang PALING PENTING! Penghidap HD perlulah ada rasa nak rawat mental dia. Sebab kita tak dapat ubah orang yang tak nak berubah. Dan ini lah cabaran paling besar. Sebab penghidap HD ini tak nampak apa yang dia buat ialah sejenis penyakit/masalah pada dia.
Banyak jawapan mereka akan guna, “Tak elok membazir, ” “Mana tahu nanti ada nak guna”, “apa salahnya menyimpan? Tak susahkan sesiapa,” “Biarlah hobi aku kumpul barang macam tu.”
Tak sama dengan collectors
Tak sama collectors dengan hoarders. Collectors dia simpan barang bernilai tinggi. Bukan sampah. Sebenarnya, aku juga seorang Hoarder yang struggling dengan kondisi mental aku. But I’m glad that because I took Psychology degree that I realised about this condition.
Bayangkan, aku balik dari UK dulu bersama 17 kotak dalam kontena yang aku boleh kata, separuh ialah sampah. Waktu tu aku tak rasa benda tu sampah. Shampoo housemate tak habis pakai, sabun UK yang tinggal sikit, kertas slide lecture 3 tahun belajar (yang sebenarnya ada je soft copy).Macam-macam lagi lah!
Sampai la kawan aku tegur jangan jadi hoarder. That striked me really hard ?? Back then aku decide untuk dapatkan bantuan. Luckily, servis tu free waktu kat UK, sebab pergi public service. Aku direfer oleh kaunselor universiti, jumpa Clinical Psychologist untuk assessment dan treatment.
I am so so glad tak dapat diagnosis HD (sebab itu dah sangat nazak). Tapi CP aku made it clear yang tak dapat diagnosis HD, bukan bermakna dah terselamat. Result aku dah menghampiri.
Analoginya, aku dah lebam-lebam lengan dan ada retak sikit. Kalau tak treat, akan jadi lagi parah (iaitu patah tulang). Ni untuk senang faham konsep. So bermulalah treatment untuk bantu diri.
Insaf bila adik meninggal
Hampir setiap 2 minggu kena gi klinik universiti untuk sesi terapi. Tapi time tu dah hujung final year, so agak rushing, CP suruh sambung kat Malaysia (siap bagi surat etc). Tapi aku tak sambung bila dah balik. Tu yang 17 kotak tu. ??
After my sister’s death, something spark inside me bila aku tengok barang dia dalam bilik. Waktu aku kebumikan dia, hanya kain kapan je yang balut dia. It kinda give me some reflection atas semua barang yang aku simpan selama ni. Hidup sederhana dan minimal itulah ajaran Islam.
Antara faktor risiko boleh terjadinya HD pada seseorang:
1. Genetik/keturunan keluarga sendiri.
Yes ia boleh diwarisi dan someone needs to stop the chain. Gaya didikan juga main peranan. A child yang dididik untuk simpan semua benda, ada tendency dapat HD besar nanti.
2. Faktor budaya/norma setempat.
Kita dibesarkan dengan ayat “tak baik buang nanti membazir” sebenarnya jadi perangkap pada kita. Simpan barang tak berguna juga dikira membazir, sebab dia lagi banyak kegunaan kalau kita jual/sedekah pada orang lebih memerlukan.
3. Faktor sistem negara tu sendiri.
Negara kita tak ada sistem untuk bantu kita buang sesuatu yang bukan sampah (perabot, tv rosak, peti lama dll). Boleh buang tapi kena gi sendiri kedai spare part or tempat longgokan sampah. Bila kena ada effort nak buang, orang jadi malas.
Banyak kita dengar kes bayi yang mendapat jangkitan penyakit disebabkan terdedah dengan pelbagai kuman terutama apabila berada di luar rumah. Atas dasar itulah suami Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, tidak membenarkan anak mereka Ayra Aneesah dibawa keluar rumah sesuka hati.
Melalui instagram, Ummi Nazeera menyatakan bahawa suaminya hanya membenarkan Ayra keluar rumah untuk pergi ke rumah lain sahaja. Ayra masih tidak pernah pergi ke mana-mana pusat beli-belah. Hanya apabila usia 6 bulan sahaja barulah suaminya benarkan Ayra pergi ke pusat beli-belah.
Tunggu umur 6 bulan ya sayang
Daddy tak benarkan ayra keluar jalan jalan lagi… Travel from one place to another pun to another house je.. Shopping malls semua belum pergi lagi. Tunggu 6 bulan nanti lah syg ya in shaa Allah.. Naik stroller @cybexmalaysia #cybexfashioncollectionkoi ni pun area area rumah je. ? Sian dia.. Takpelah.. She has met so many people at home and so many people dah angkat sembang2 dgan ayra kan.. i consider that teaching u/exposing u to social skills as well iAllah. mummy love u so much baby.
Netizen menyokong tindakan suami Ummi Nazeera yang tidak membenarkan bayi mereka terdedah secara langsung dengan tempat awam seperti pusat beli-belah.
Dengan adanya peralatan yang lebih canggih berbanding 10 tahun lalu, pasti ianya dapat membantu pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap sesuatu jenayah. Itu yang diharapkan oleh Jazimin Abdul Jalil, bapa kepada Allahyarham Nurin Jazlin terhadap kes anaknya.
Bapa mana yang tidak sedih melihat anaknya mati dibunuh namun pembunuhnya masih bebas entah di mana.
Menurut laporan Sinar Harian, Jazimin meletakkan harapan tinggi kepada pihak polis dan kerajaan untuk mengesan suspek yang membunuh anaknya. Kes pada 2007 itu berakhir dengan paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang lelaki menaiki motosikal telah meletakkan beg sukan yang mengandungi mayat kanak-kanak perempuan itu.
Bapa dan keluarga selepas itu diminta mengecam mayat, namun enggan mengakui mayat kanak-kanak itu adalah anaknya. Ujian asid deoksiribonukliek (DNA) mengesahkan kanak-kanak yang dibunuh kejam itu adalah Nurin Jazlin.
Tolong buka semula kes
“Bukan saya seorang atau ibunya tetapi seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu jawapan pihak berkuasa untuk tahu siapa pembunuh sebenar Nurin Jazlin,” katanya.
Bapa kepada empat orang anak itu, turut menggesa campur tangan kerajaan agar siasatan anaknya dapat dibuka semula.
“Kalau (Menteri Kewangan) Lim Guan Eng mahu buka kes Teoh Beng Hock, saya berharap kes anak saya dapat dibuka semula demi keadilan arwah dan keluarga saya,” katanya.
Jazimin berkata, dia bersedia memberi kerjasama terhadap siasatan kes anaknya itu demi mengenalpasti siapa pembunuh Nurin Jazlin.
Flash back 10 tahun lepas
Pada 20 Ogos 2007, Nurin Jazlin, 8, hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Usaha pelbagai pihak mencari Nurin di sekitar Kuala Lumpur dan negeri lain gagal menemui kanak-kanak itu.
Namun, selepas 27 hari kehilangannya, negara dikejutkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...