Bila sakit perut atau pening kepala perkara pertama yang kita cari adalah minyak angin. Ini memang jadi kebiasaan kita.

Tapi menurut penerangan Dr Rushdan Noor, jangan ambil mudah penggunaan minyak angin ini kerana jika tersalah guna boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan. Berikut adalah penerangan beliau tentang perkara ini.

Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran.

Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain2 lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.

Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor. Ketiga-tiga ingredient ini bertindak sinergistik utk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan.

  • Methyl Salicylate – adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan.
  • Menthol – pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan.
  • Camphor – ia juga mempunyai kesan yg sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan.

Jangan Main-main Dengan Minyak Angin, Kalau Salah Guna Boleh Jadi Racun Mudarat Kesihatan

Mudarat jika guna pada kanak-kanak & cara guna salah

Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat. Ketiga-tiga ubat yg dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak-kanak (rujuk pautan di bawah).

IKLAN

Ubat ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yg banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan.

Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak-kanak dan orang dewasa yg menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing2 ada kesan sampingan yg tersendiri.

Selain itu:  Jangan Terpedaya Tawaran Beli Tanah Lot Harga Murah. Kemungkinan Besar Lot Lidi, Tanah Takkan Jadi Milik Kita!

Kes ibu hamil guna minyak angin untuk sakit gigi

Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi.

Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yg dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening.

IKLAN

Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan. Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini.

Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari.

Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.

Jangan Main-main Dengan Minyak Angin, Kalau Salah Guna Boleh Jadi Racun Mudarat Kesihatan

IKLAN

Awas, jangan beli sembarangan

Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga2 ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan.

Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam-macam herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain-lain. Apa sahaja yg ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yg besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.

Tolong semak label

Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat-ubat yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga-tiga atau salah satu daripada ubat di atas, gunakan dengan berhati-hati pada bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak-kanak.

Selain itu:  Baiki Sendiri Kasut Tertanggal Tapak Guna Gam Tapi Kena Tahu Cara Gam Yang Betul

Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa2 gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri.

Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat-ubat yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam-diam tanpa pengetahuan pengguna.

Sumber: Rushdan Noor

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI