Nak buang rasa sayang, nak makan pula rasa takut. Tak usah pening kepala fikir hal ni. Kalau ada kentang macam tu, lebih baik buang sahaja!
Tapi, kenapa kena buang?
Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
Ads
Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.
Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
Ads
Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini. Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.
Jadi, sebelum membeli, pilih kentang:
Ads
Permukaan licin
Tidak berwarna hijau
Tidak mempunyai tunas
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, BKKM, JKN Kedah & Kamarul Ariffin Nor Sadan
Timun Jepun ini memang sedap. Ranggup dan sesuai jadi ulam. Lagi sedap dari timun biasa. Harganya pun lebih mahal.
Bagi yang ada hobi bercucuk tanam, bolehlah mencabar diri menanam timun Jepun ini seperti yang diusahakan oleh Asyraf Rahim.
Elok subur walaupun kali pertama menanamnya, paling menarik timun jepun ini ditanam di balkoni rumahnya saja. 45 hari dari semai benih dah boleh kutip hasilnya.
Beliau turut berkongsi kaedah penanaman yang dilakukan. Bagi yang nak mencuba boleh jadi perkongsiannya sebagai panduan. Paling penting penjagaannya.
Kalau lihat dari penggunaan baja pun dah mencabar. Bagaimanapun kata Asyraf beliau banyak belajar ilmu tanaman ini di YouTube Bright Agrotech dan Hidroponikpedia dalam bahasa Indonesia. Tapi bila lihat hasil begini memang puas hati.
Semoga perkongsian beri manfaat pada yang suka bercucuk tanam.
Selalu kita silap jangka umur wanita sekarang terutama yang berusia 30 tahun. Tak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan wanita usia 30 tahun pada masa ini berpenampilan lebih cantik dan bergaya.
Disebabkan itulah ramai saja yang tersalah anggap mereka masih berusia 20 tahun. Walau berbeza usia 10 tahun tapi kelihatan mereka sebaya.
9 perkara ini mungkin sebab mereka wanita usia 30 tahun nampak lebih cantik terutama jika dibandingkan sewaktu usia mereka 20 tahun. Tak percaya, tengok gambar Fazura tu.
Bila masuk usia matang 30 tahun, wanita sudah tak kisah tentang angka usia mereka. Malah mereka lebih relaks tentang banyak perkara. Mereka juga akan lebih berkeyakinan, kurang memikirkan tentang apa orang kata dan ini sebenarnya menjadikan mereka lebih menarik di mata orang lain.
Susah sebenarnya untuk membezakan wanita berusia 20 tahun dengan 30 tahun. Wanita ketika ini mengikut perkembangan mekap dan juga fesyen yang sama. Mereka mengenakan jeans, baju T yang sama seperti gadis 20 tahun.
Pada usia 30 tahun kebanyakan wanita sudah tahu apa yang mereka inginkan dalam kehidupan. Mereka juga sudah punya pengalaman dalam hidup dan kerjaya. Pengalaman inilah yang cukup berharga, membolehkan mereka memperoleh kerjaya dengan gaji yang selesa. Pada tahap uni mereka sudah mampu membeli produk mahal yang mereka inginkan.
Usia 30 tahun adalah waktu emas bagi wanita. Pada masa ini mereka sudah mempunyai apa yang mereka inginkan. Mereka tahu apa yang sesuai dengan diri mereka. Mereka mampu mencuba kerana sudah berkemampuan.
Gaduh dengan boyfriend menangis satu malam, kena marah dengan bos pun menangis juga, ini mungkin reaksi wanita bila usia 20 tahun. Tapi bagi wanita yang berusia 30 tahun berdepan dengan situasi negatif begini dengan lebih relaks. Mereka menangis tapi tak berlebihan. Pada usia ini wanita lebih tenang dan tak mahu membazirkan masa dengan sesuatu yang tak penting.
Pada usia 20 tahun kebanyakan kita belum tentu punya kehidupan yang stabil. Ada banyak yang mereka mahu lakukan dan cuba. Berbeza bila sudah memasuki usia 30 tahun, kebanyakan wanita pada usia ini sudah tahu apa yang mereka inginkan dalam kehidupan. Mereka jalani kehidupan untuk mencapai matlamat.
Kebanyakan wanita pada usia 30 tahun sudah melepasi keraguan tentang diri sendiri. Tiada lagi keraguan tentang keyakinan atau potensi diri. Pada masa ini mereka sudah berjaya melepasi semua keraguan ataupun sudah terima seadanya sifat yang ada dalam diri mereka.
Ketika usia belasan dan 20 tahun kita memang cenderung makan makanan mengikut nafsu. Asal sedap, tak kisah berkhasiat atau tidak. Tapi bila memasuki usia 30 tahun kita mula makin menjaga diri dan kesihatan. Tambah lagi bila sudah berkeluarga dan semua perubahan ini memberi kesan pada bentuk tubuh, kulit dan juga mood.
Pada usia 20 tahun wanita akan berasa sentiasa muda. Berbeza bila memasuki usia 30 tahun, mereka makin sedar bahawa hari tua sudah makin dekat dan perlu menjaga kesihatan diri.
Waktu PKP ini ramai yang ambil masa mengemas rumah. Tapi bila buat sendirian masalah utamanya apabila nak alihkan barang-barang terutama perabot.
Almari atau barang elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh yang berat ini mana mungkin boleh diangkat sendiri. Mahu tak mahu kena minta bantuan orang lain juga.
Namun jika nak cepat selesai, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Dinas Elni. Caranya dengan menggunakan beberapa keping vynil.
Tip yang dipelajari dari YouTube ini membolehkan dia mengalihkan banyak perabot dan barangan elektrik besar dengan mudah.
Ini cara kami alihkan perabot berat masa buat projek di rumah. Saya gunakan kepingan vynil jenis tampal untuk alihkan mesin basuh dan peti sejuk sewaktu proses mengecat rumah.
1. Caranya, cuma angkat satu sisi perabot berat dan selit masuk kepingan vynil. Angkat sisi satu lagi pula dan selit lagi kepingan vynil (boleh rujuk gambar).
2. Kemudian boleh tolak atau tarik dengan lebih mudah. Lantai tak calar, perabot pun tak rosak, paling penting barang mudah digelongsorkan. Yang rosak cuma vynil berpelekat saja.
3. Disarankan agar lebih mudah, guna empat vynil supaya boleh tolak lebih jauh. Bila dah sampai hujung sambung lagi dengan vynil seterusnya.
4. Supaya vynil tak jejaskan lantai, sebaiknya buka bahagian adhesive dan cantumkan dua keping jadi satu. Ia untuk elak bahagian berpelekat tertanggal protective sheet dan melekat di lantai.
Cara lain
Boleh juga guna kotak atau pun kain yang keras supaya tak koyak. Cuma guna vynil lebih mudah sebab ia licin dan barang mudah ditolak.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...