Jangan Makan Kentang Yang Dah Bertunas & Warna Hijau, Tinggi Toksin!

Share

 

Nak buang rasa sayang, nak makan pula rasa takut. Tak usah pening kepala fikir hal ni. Kalau ada kentang macam tu, lebih baik buang sahaja!

Tapi, kenapa kena buang?

Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.

Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.

Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen

. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.

Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini. Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.

Jadi, sebelum membeli, pilih kentang:

  • Permukaan licin
  • Tidak berwarna hijau
  • Tidak mempunyai tunas

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, BKKM, JKN Kedah & Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

 

IKLAN