Jangan Marah Pokok Kalau Tanam Tak Berbuah. Baca Doa Ini Supaya Tumbuh Subur & Datangkan Hasil Lumayan!

Share

Sejak PKP lalu, ramai yang mula menjadikan aktiviti menanam pokok sebagai hobi sampingan. Tidak kiralah pokok hiasan atau buah-buahan.

Sebenarnya tidak rugi berbudi pada tanah kerana hasilnya memang lumayan.

Perkongsian dalam laman sosial Facebook Miezo Drjeruk Via Group Kebun Kampung

memberitahu doa tertentu boleh diamalkan ketika menanam pokok, terutama pokok durian.

Menurutnya jangan salahkan sesiapa jika pokok yang ditanam tidak berbuah langsung. Sebaliknya sebelum tanam digalakkan membaca doa ini dengan memulakannya bersama Bismillah dan Selawat sebanyak 3 kali.

Hasilnya nanti pokok ditanam akan hidup subur dan mengeluarkan hasil lumayan. Insya-Allah.

Doa Tanam Pokok

Selawat 3x

-Bismilahhirohmanirohimm.-

…’Subhaanalwaarisu al baa isu’..

Ertinya:

Maha suci Allah yang maha mewariskan dan maha membangkitkan.

Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil yang lumayan.

#musangKing

#durianland

Ini doa patut diamalkan

Artikel berkait:

Tip Tanam Pandan Tanpa Tanah

Boleh Saja Kalau Nak Tanam Pokok Pisang Dalam Pasu

Nota: Aktiviti menanam pokok ini memang menyeronokkan. Dapatkan segala barangan keperluan menanamnya di sini

IKLAN