Murid kelas belakang selalu dianggap tiada masa depan. Malah ada persepsi bahawa murid itu lemah dalam akademik dan lemah juga dalam segala hal. Pun begitu, sebenarnya ramai lagi murid yang lemah dalam akademik namun mereka mempunyai ‘kekuatan’ dalam hal lain.
Inilah sebenarnya yang perlu dicungkil. Cari apa kekuatan mereka berdasarkan minat dan kecenderungan seseorang murid itu.
Ads
Seorang guru yang menggunakan akaun facebook Mohd Fadli Salleh mencerita perbezaan seorang murid kelas belakang berbanding rakan-rakan yang lain. Tatkala murid lain menonton kartun, murid ini menonton dokumentari sejarah peperangan. Malah mampu mengingat fakta peperangan tersebut dengan baik.
Tonton dokumentari, bukan kartun
Ads
Satu hari, aku kena masuk relief kelas tahun 4. Kelas paling belakang. Kebetulan mereka kena duduk dalam makmal komputer memandangkan kelas mereka digunakan untuk UPSR.
Bila aku masuk, semua murid tengah melayan YouTube. Semua mereka layan cerita kartun. Upin Ipin, Boboiboy dan sebagainya. Kecuali murid ini.
Aku mendekati dan lihat apa cerita yang dia lihat. Rupanya dia lihat dokumentari tentang peperangan.
Ingat fakta perang
Lebih aku takjub, dia bercerita pula dengan aku.
“Cikgu tahu tak, Hiroshima kena bom atom pada tahun bila?”
“Tak tahu,” jawabku berpura-pura. Saja aku nak dia terangkan lagi. Eh jap, aku memang lupa dah bila tarikh sebenar. Haha.
“Hiroshima kena bom pada 6 Ogos 1945. Cikgu tahu tak kenapa dia kena bom? Siapa bom dia?” Jawabnya teruja.
“Entah. Kenapa ya?”
Dia pun bercerita pasal sejarah Jepun kena bom. Cerita pula pasal peperangan dan peristiwa Pearl Harbour.
Pernah berada di kelas pemulihan
Terkesima aku mendengarnya. Memanglah kisahnya tidak selengkap dalam buku Sejarah. Namun aku sangat kagum dengan minat dia pasal bom, peperangan dan Sejarah.
Yang paling buat aku kagum, murid ini antara murid paling perlahan dalam kelas. Tahun 1-3 dia berada di kelas pemulihan sebab tidak kuasai baca kira.
Tahun 4 ini pun dia masih lemah lagi dalam Matematik sebenarnya.
Hafal fakta dengan tepat
Aku sangka murid begini hanya minat cerita kartun sahaja. Langsung tak terbayang murid ini sukakan dokumentasi malah menghafal fakta dengan tepat!
Kadang-kadang, kita tersalah membuat penilaian. Kadang-kadang kita hanya memandang luaran dan atas kertas sahaja. Sedangkan anak-anak kita punyai potensi besar dalam bidang lain.
Lemah akademik, hebat berlakon
Teringat aku peristiwa lebih 20 tahun lepas.
Masa tu abah aku menjadi pengetua di SMK Hamzah, Machang. Sekolah ini di bawah bimbingan beliau menjadi sekolah ternama di peringkat kebangsaan.
Salah satu kejayaan paling besar ialah menjuarai pertandingan drama peringkat kebangsaan.
Aku masih ingat, waktu aku kecil-kecil dulu abah bawa aku tonton pertandingan drama peringkat negeri. Masa itu dramanya bertajuk ‘Singapura Dilanggar Todak’. (Jika aku tak silap)
Watak anak muda bijak Hang Nadim dibawa oleh seorang pelajar yang sangat berbakat. Lakonannya real sungguh, mesti menjadi dan penuh dengan perasaan.
Abah berbisik pada aku,
“Hang Nadim tu kat luarnya pelajar yang biasa sahaja. Bahkan boleh dikatogerikan pelajar perlahan juga dalam pelajaran. Namun dia sangat berbakat dalam lakonan.”
Aku yang masih di sekolah rendah masa tu hanya menganggukkan kepala sahaja.
Jangan pandang rendah keupayaan seseorang
Kata-kata abah lebih 20 tahun lalu aku mengerti kini.
Jangan sesekali pandamg rendah pada keupayaan anak-anak kita. Mungkin dia lemah pada satu perkara, tapi mungkin dia sangat bagus dalam perkara yang lain.
Jangan lagi merendah-rendahkan kelemahan mereka. Sebaliknya pujilah kelebihan mereka. Kita cungkil apa yang terbaik dari mereka dan tonjolkan.
Teruslah beri sokongan padu pada mereka. Kerana dengan sokongan kita, mereka pasti lebih bermotivasi dan bersemangat lagi. ?
Begitulah.
Mohd Fadli Salleh III #MFS
Ads
VK percaya setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Tak semua berjaya dalam akademik. Namun kegagalan dalam akademik bukanlah bermaksud seseorang murid itu sudah gagal dalam hidupnya. Semoga adik ini berjaya dalam kehidupan dan masa depannya. Amin.
Berat badan susah nak turun, ini keluhan biasa untuk ibu baru bersalin terutama yang bersalin secara pembedahan atau caesarean.
Ada yang ambil masa setahun untuk dapat berat badan asal dan ramai juga tak dapat dah bentuk badan dulu. Cutting lari habis.
Tapi ibu ini lain pula, setel pantang 44 hari dari berat 83kg dia berjaya dapatkan bentuk badan langsing 43kg.
Tak lokek ilmu, Sahira Lim berkongsi amalan berpantang yang dipraktikkan, sesuai untuk ibu yang bersalin secara caesarean yang tak dapat berbengkung.
Berpantang ni memang remeh tapi kalau nak cantik kenalah buat ya! Jom ikuti perkongsian Sahira Lim.
Haa meh mama syaurah pulak nak share cara mama syaurah berpantang dari berat 83kg-43kg dalam tempoh berpantang dan memang terbaik untuk wanita yang bersalin secara ceaser amalkan.
Untuk anda kembali ramping, perut kemas, pinggang ramping, dalaman cun melecun, anak bebas kuning, mama tidak sembelit . Luka baik cun punya dalam tempoh 44 hari berpantang !
1. Amalan sepanjang tempoh berpantang
Sepanjang tempoh anda berpantang. Sila lakukan perkara penting yang akan beri kesan jangka panjang dan untuk seumur hidup anda!
Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala.
Berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening , migrain dan paling teruk meroyan.
Sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44 hari ( minimumkan ).
Memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis itu wajib!
Sila minum air kopi sekali sehari.
Air kosong 1 gelas sehari ( yang ni mmg amalan Ira yang lain tak perlu kecam nak ikut atau tidak. Kalau tak nak tak perlu, ikut keperluan badan masing-masing).
Balance minum air akar traditional, ini untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula.
Dengan pengamalan air akar traditional ni seminggu je boleh keluar habis kekotoran dalam tu. Ira amalkan (teh herba) yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan, susu badan memang banyak dan tiada masalah sembelit yang penting perut cepat je kempis dan Ira dulu 4 darah bantal besar penumbuk keluar dari bawah.
Sila makan makanan rebus dan bakar sahaja! Minyak-minyak ni tak elok utk rahim , miss v dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.
Lebihkan air oren sunquick / buah oren sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja ya untuk mempercepatkan proses penyembuhan (ini Dr. yang pesan ya tapi mmg berkesan).
Bagi ibu yang alami sembelit sila dapatkan ubat cair najis di hospital swasta. Kita bagi pendapat berdasarkan pengalaman ya tapi dapatkan nasihat dari yang pakar dulu.
Jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan “horny” kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi.
Elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.
Makan nasi 2 kali sahaja jangan tambah! Lauk banyak tak pe janji nasi sikit.
Balance makan biskut cracker kosong ! Jangan ada tambahan gula okay! Nak gula minum dalam air sunquick korang tu je ( ini pantang ira, pantang korang, buat cara korang ye ).
Jauhkan diri anda dari terkena angin luar ( berjalan di dalam rumah sahaja ) hal ini utk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin.
Elakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.
Urusan anak serahkan pada famili. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja.
2. Elak perbuatan yang mengundang bentan
Dalam erti kata lain perbuatan yang boleh sebabkan badan masuk angin / badan kembang / badan sentiasa sakit. Perkara ini ibu jangan buat lagi.
Jangan menyapu / vacuum
Jangan basuh pinggan
Jangan sidai baju
Jangan angkat bath tub anak
Jangan kemas rumah
Jangan langgar pantang makan minum
Jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari (wajib ni!)
Jangan dukung anak kecil atau kucing
Jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja
Berbengkung selepas setahun bersalin
Amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja
Amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin.
Ini tip berpantang keturunan Ira, keturunan Ira umur 60 muka nampak muda remaja, semua sihat bebas penyakit, kulit tegang, badan ramping dan sihat walaupun dah tua.
Alhamdulillah anak dah berusia 2 tahun 1 bulan Ira masih mampu fully bf tanpa miss sehari pun .
Ini tips berpantang ira! Boleh amalkan . Nak share pun boleh!
Bagi yang dah terlepas pantang ni anak baru nanti mulakan semula in sha Allah badan luaran dan dalaman boleh kembali muda remaja semula! Goodluck!
Ketika ini nama N. Thabalan jadi sebutan di bibir peminat bola sepak tanah air selepas tandukan golnya membawa Malaysia ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2017 untuk bertemu Thailand esok.
Tapi selain jaringan emasnya ketika bertemu dengan Indonesia itu, turut jadi perhatian adalah gaya jambangnya yang nampak stailo.
Namun di sebalik ketangkasan dan perhatian yang diberikan kepada penyerang Harimau Muda ini ramai yang tak tahu ada kisah sedih yang dilalui.
Bagaimana ketika ini pemain berusia 22 tahun ini menjaga bapanya yang uzur dan tak sanggup pergi jauh dari keluarganya.
Perkara ini dikongsi oleh seorang peminat Buffalo Souljah dalam satu status di Facebook.
Kisah ini turut disahkan oleh Thanabalan dan kisah mendapat respon daripada netizen yang rata-ratanya terharu dengan apa yang dilalui dan kagum dengan sikapnya.
Salah satu dekorasi yang menjadi trend masa kini adalah pembuatan wainscoting kerana sesuatu ruang itu kelihatan elegan dan nampak mewah.
Namun dek kerana bajet mahal menyebabkan keinginan mengupah kontraktor terbantut seketika.
Sebenarnya anda juga boleh membuat wainscoting ini sendiri dan sudah tentu bajet juga sangat menjimatkan.
Perkongsian dari Pembekal Kayu Wainscoting memberitahu cara membuatnya terutama jenis ‘double frame’ dengan mudah.
Jadi sempena PKPB inilah masa senggang yang sesuai untuk pasang sendiri dan hasilnya nanti akan membuat anda tersenyum puas.
Pasang Sendiri Wainscoting Double Frame
Bahan-bahan
– Kayu wainscoting (3 pattern, 1 untuk chair rail, 2 untuk frame)
– Gam kayu x-bond
– Latex sealant
– Masking tape
Pilihan Cat
– Jotun majestic putih
– Jotun majestic turquoise – kod 6084
Cara membuat:
1. Ukur keluasan dinding, rangka kedudukan kotak frame (bingkai frame) yang di perlukan.
2. Gap antara setiap bingkai frame antara 4-5 inci sahaja (*Gap jangan terlalu besar, tak cantik).
3. Pilih saiz kayu yang bersesuaian.
4. Potong kayu mengikut ukuran yang telah dilakar. Untuk mendapatkan sudut cantuman yang tepat bagi setiap sudut bingkai, gunakan mitrebox atau alat yang bersesuaian
5. Cantumkan batang kayu menjadi bingkai.
6. Untuk gam bingkai ke dinding, perlu dibuat dengan teliti (supaya tidak senget).
7. Selepas gam, ketuk sikit kayu untuk memastikan ia betul-betul melekat dan lekatkan masking tape sementara menunggu gam kering.
8. Isi ruang kosong (rongga-rongga kosong) antara bucu wainscoting dengan filler untuk nampak cantik dan kemas.
9. Cat keseluruhan dinding dan kayu, untuk tampak lebih ‘elegant’ dan mewah gunakan cat Jotun majestic sheen (kilat).
Ketika ini situasi banjir di beberapa negeri masih lagi belum pulih. Malah ada tempat yang terus dinaiki air. Dalam hal ini pelbagai cara dikongsi oleh pemilik rumah untuk memastikan risiko banjir kepada harta benda dikurang.