Seakan sudah tertanam dalam fikiran kita yang bekerja ini bila dah berhenti dan bersara nanti kita kena buat rumah yang besar untuk tinggal dengan selesa menghabiskan hari-hari tua.
Malah ini jugalah realiti yang berlaku hari ini. Ramai ibu bapa kita yang sudah tua menghabiskan wang KWSP atau simpanan mereka untuk membina rumah yang besar untuk diduduki. Seperti satu kejayaan bila dapat melakukannya.
Namun bagi perancang kewangan Azizul Azli Ahmad, dia menyarankan kita lupakan saja hasrat tersebut dengan menyenaraikan alasan-alasan berikut.
Lupakan impian bina rumah besar bila tua
#TabungRumah
Ramai ada impian untuk bina banglo agam bila bersara dari kerja nanti.
Ada yang dah beli tanah di kampung, nak upah bina rumah banglo Yusop Aslam ini.
Alasan 1 Bersara nanti tinggal hanya kita berdua saja, itu pun jika panjang usia kita.
Ads
Alasan 2 Anak anak hanya balik setahun tak lebih 10 kali, kenapa perlu ada 10 bilik untuk semua anak ini?.
Alasan 3 Tingkat atas siapa nak cuci, kita mungkin sakit lutut nanti. Naik mengemas seminggu sekali.
Rancang persaraan dengan kediaman besar bukan ‘trendy’ lagi.
Alasan 4 Bersara itu adalah masa untuk kita nikmati, bukan kemas rumah yang besar macam istana.
Alasan 5 Tinggal di apartment, rumah kecil atau kondo bukan satu dosa. Ia sesuai dengan keperluan sebahagian dari kita bila bersara.
Ads
Jika kita sanggup cuci lantai, kemas tirai sepanjang masa. Silakan saja. Biar kecil tapi bermakna.
Alasan 6 Pertimbangkan semula impian kita bina rumah besar sedangkan hidup hanya berdua. Jika saya ingin jalan jalan dan melihat dunia. Akhirnya kita diruang yang kecil dan sempit juga?
Masakan orang Melayu memang kerap gunakan santan untuk masak lemak, kari, bubur dan macam macam lagi. Biasanya bagi ibu bekerja santan segera dalam kotak akan jadi pilihan.
Tapi masalah bila beli santan kotak ini adalah jika tak dihabiskan ia akan basi. Ya lah kita pun tak hari-hari guna santan kan.
Tapi perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini membantu menyelesaikan kaum mak-mak. Ia mudah dan bahan yang diperlukancuma plastik aiskrim saja.
Caranya:
Bila ada lebihan santan kotak tuang dalam plastik aiskrim dan simpan.
2. Bagi yang selalu membeli kotak besar pula dan mahu berjimat, buka kotak dan masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut kuantiti sekali masak.
3. Ikat dan masukkan di bahagian chiller bukan freezer.
4. Keluarkan bila hendak digunakan. Tapi pastikan anda melabel tarikh luput santan mengikut yang tertera pada kotaktu ya!
Meskipun cuaca di negara kita selalu panas, tapi tak semua kediaman mempunyai pendingin hawa. Alat ini bukan saja agak mahal tapi bil elektrik juga akan meningkat bila menggunakannya.
Sebab itulah ramai yang sanggup bertahan saja walaupun keadaan rumah bahang. Kadang kala panasnya sampai ke malam hari hingga tidur pun sukar kerana hangat dan berpeluh.
Bagi mengatasi masalah bahang untuk kediaman yang tiada pendingin hawa anda boleh melakukan perkara berikut untuk mengurangkan rasa panas dalam rumah.
1. Letak ais ketul dalam bilik
Buat ais dalam pastik atau bekas, letak dalam besen. Letak di tengah bilik betul-betul bawah kipas. Jika menggunakan kipas berdiri, letak besen berisi ais ini depan kipas.
Angin yang terkena ais akan lebih sejuk sekali gus mengurangkan kepanasan dalam bilik. Cubalah, ais ketul kan ada jer kat rumah.
2. Letak besen berisi air dalam bilik
Kenapa bilik air sejuk, inilah sebabnya. Dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air.
Jadi kita buat perkara yang sama di dalam bilik atau ruang rumah yang lain tapi jangan pula siram air di lantai rumah. Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Letak lebih, bukan sebesen ya!
Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi.
Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
3. Halakan kipas ke arah tingkap
Bila cuaca panas, hari malam bilik akan rasa bilik rasa berkuap atau bahang. Angin kipas dalam bilik pun rasa panas kerana sebab udara panas hanya berlegar dalam bilik dan tak keluar.
Pasang kipas laju pun keadaannya sama saja, malah makin bahang. Untuk kurangkan udara panas dalam bilik ini boleh gunakan kipas berdiri.
Pasang kipas dan halakan ke arah luar tingkap seketika. Tujuannya supaya udara panas dapat ditolak keluar.
4. Guna lampu dari jenis kurang memancarkan haba
Disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba.
Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik. Selain itu padamkan juga lampu pada ruang yang tidak digunakan.
5. Letakkan pokok ekor kucing dalam rumah
Selain memberi kesan segar dalam rumah ia ada beberapa jenis tanaman yang membantu menyejukkan ruang.
Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok membantu menyejukkan rumah juga.
6. Beli pelembap udara
Beli pelembap udara atau ‘humidifier’. Ia tidaklah semahal ‘air-cond’ dan boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.
Selain melembapkan udara ia juga mewangikan ruang memberi kesan nyawa dan segar.
TIP EKSTRA
7. Tukar cadar
Untuk mengelakkan anda tidur dalam kegelisahan kerana kepanasan, tukarkan cadar atau alas tilam anda kepada fabrik yang lebih sejuk seperti cotton.
8. Tutup langsir
Ketika cuaca panas, sebolehnya tutup tingkap rumah dengan langsir untuk mengurangkan cahaya berlebihan masuk dan menambahkan suasana kepanasan di dalam rumah.
9. Tidur bahagian bawah
Haba panas akan naik ke atas, oleh itu bila terasa bahang waktu malam angkat tilam atau ‘toto’ dan letakkan di bahagian lantai kerana udara bahagian bawah lebih sejuk. Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.
Hidangan cheezy potato wedges atau cheezy wedges ini memang ramai yang suka. Bukan kanak-kanak saja, mak pak pun sama.
Nak buat sendiri pun memang boleh cuma rasanya tak sama dengan yang kita beli. Sebabnya nak buat kentang ini ada cara tersendiri. Bukan terus goreng saja.
Dikongsi oleh Salimah Olie, ini rahsia buat kentang wedges yang rangup di luar tapi lembut di dalam. Rahsianya adalah kentang ini wajib dikukus dulu. Selebihnya boleh ikut cara yang dikongsi.
Buat sendiri potato wedges
Rangup di luar, lembut di dalam. Ada rahsia dia ye nak bagi rangup bila goreng tu, wajib kukus dulu ubi kentangnya.
Bahan-bahan:
4 biji kentang – tak kupas kulit pun boleh, tapi pastikan basuh bersih
Mixed herb
Lada sulah
Garam
Tepung
Bahan sos:
3 sudu besar serbuk cheese nacho – bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga jadi sos.
Cara membuat
1. Kentang dipotong wedges. Kukus agak-agak lembut dalam 5-7 minit.
2. Letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Goncang biar sebati.
3. Taburkan pulak tepung jagung, gaul sebati.
4. Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing.
5. Hidangkan bersama cheezy sauce. Tambah mayones pun sedap.
Nak beli serbuk cheezy tu kat Shopee boleh klik SINI.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...