Automotif

Jangan Selalu Biar Lampu ‘Fuel Low’ Menyala, Ada Bahaya Menanti

Share

Jangan selalu biar lampu ‘fuel low’ menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah menyala tanda minyak dah nak habis kita tetap ‘jalan’.

Memang kita tahu yakin sampai ke destinasi, tapi bila selalu sangat kejadian ini berlaku ada risiko yang kita kena terima. Ia bukan setakat masalah enjin mati tengah jalan saja.

Selalu mambiarkan tangki dalam keadaan ‘fuel low’ berbahaya untuk kereta sebenarnya. Banyak yang boleh rosak hanya kerana kita ‘malas’ atau bertanggguh mahu mengisi minyak. Perkara ini dikongsi oleh seorag mekanik Muiz Bidin.

Jangan biasa sangat biar lampu “fuel low” menyala. Perkara ini bukan sekadar isu “nanti mati tengah jalan”, tapi ada kesan jangka panjang pada fuel pump.

Jangan selalu biar lampu low fuel menyala, bahaya

1. Fuel sebagai penyejuk: Fuel pump yang terendam dalam tangki guna petrol sebagai penyejuk. Bila petrol kurang, pump mudah overheat.

2. Fuel sebagai pelincir:

Selain sejukkan, petrol juga bertindak sebagai pelincir untuk fuel pump. Kalau selalu kering, bearing atau motor dalam pump akan cepat haus.

3. Tangki kotor = risiko tinggi: Tangki minyak lama-lama ada mendapan, karat, atau habuk. Bila paras minyak rendah, pam akan sedut semua kotoran ni – boleh tersumbatkan strainer atau rosakkan pump.

4. Sensor fuel level pun boleh rosak: Bila float sensor duduk terlalu lama kat bawah (paras minimum), dia boleh jadi kurang sensitif atau jammed.

Saranan

• Isi minyak bila paras tinggal suku tangki (¼) – bukan tunggu warning.
• Elakkan tabiat “RM10-RM10”, sebab fuel level akan naik turun drastik dan ganggu cooling cycle pump.
Nak jimat, jaga fuel pump elok-elok – sebab kos tukar bukan sikit, especially untuk kereta moden yang pakai in-tank high pressure pump.

Sumber: Muiz Bidin

Baca Lagi: Masuk Kereta Jangan Terus Start Enjin, Tunggu Meter Fuel Pump Naik Dulu! Ini Sebabnya

 

Published by
VK