Bila masuk Mr DIY, Kaison, Eco dan kedai ‘saka’ yang lain selalu kita nampak jaring atau wirenet ini.
Tapi ramai yang tak tahu apa kegunaannya sedangkan ia ada banyak fungsi terutama untuk tujuan penyusunan dan penyimpanan barang supaya ruang dalam rumah jadi kemas.
Ramai orang tak tahu kegunaan jaring ini. Jaring ini dipanggil wirenet. Selain untuk dekorasi, ia boleh dijadikan organizer barang di ruang sempit. Banyak lagi kegunaannya yang boleh di eksplorasi dan dimanfaatkan.
Tempat atur alat tulis
Tempat letak bekas rempah
Penggantung sudip, fry pan
Ads
Ads
Ads
Letak dalam kabinet, dan ikat dengan cabel tie.
Selain itu cara yang sama boleh digunakan untuk menggantung barang-barang di bilik air
Cara gantung
Cara gantung wirenet ni mesti disesuaikan dengan permukaan dinding dan berat beban yang mahu ditampung. Samada mahu drill atau gunakan hook kuat seperti gam gajah.
Ada beberapa contoh hook sesuai yang digunakan sis sertakan dalam ni. Kebanyakan gambar adalah dari deko rumah sis sendiri. Sis beli di DAISO, setiap satu jaring dan bakul berharga RM5.90.
Lepas makan tengah hari, hidang pula bubur pulut sebagai pencuci mulut atau untuk minum petang, memang nikmati.
Sedapnya bubur pulut hitam ini terletak kepada lembut dan kepekatan santannya. Dalam masa yang sama rasa lemak dan manisnya kenalah seimbang. Barulah sedap.
Untuk dapat bubur pulut hitam begini, ada caranya. Boleh gunakan perkongsian Mizah Ngatiman ini. Bubur ini turut dimasukkan kacang merah dan kepala santannya dimasak asing dan diletak sekali tepung beras.
Bahan-bahan untuk bubur
1 cawan pulut hitam
5 cawan air
1 cawan acang merah
1 keping nise kerek
1/2 senduk gula pasir
Santan cair secukupnya
Daun pandan
Bahan-bahan kepala santan
Santan pekat secukupnya
2sb tepung beras
1sk garam halus
Daun pandan
1. Rendam beras pulut hitam lebih kurang 3 jam.
2. Kemudian buang air dan tos. Masuk periuk, tambah air baru. Rebus sampai empuk dan kembang elok.
3. Dah agak empuk dan kembang boleh letak Nise, gula pasir, daun pandan dan santan cair.
4. Kuah dah agak pekat elok, letak kacang merah yang direbus dulu. Biarkan seketika kemudian tutup api.
5. Bagi membuat kepala santan. Masak dulu santan pekat letak daun pandan menggunakan api kecil. Letak garam halus.
6. Pada masa sama bancuh tepung beras dengan sedikit santan.
7. Kemudian masukkan bancuhan dalam santan tadi. Sentiasa kacau sampai pekat dan likat. Bila sudah mendidih atau meletup-letup, tutup api.
Sedia dihidangkan pulut hitam. Satukan bubur dan kepala santan dalam mangkuk untuk dimakan.
Kalau diperhatikan sekarang banyak iklan digantung tepi jalan yang menyatakan mahu menjual tanah lot pada murah. Selalunya kawasan tanah kampung atau pinggir bandar
Beli tanah ini dan bina rumah! Ramai yang fikir begini tapi hati-hati ya, selidik betul-betul. Jangan terus teruja dengan tawaran harga murah ini. Dibimbangi ia adalah tanah lot lidi yang berisiko menyusahkan anda nanti. Kalau terbeli tanah lot lidi tanah ini, dah bayar habis pun ia takkan jadi milik kita sepenuhnya.
Perkara ini dikongsi oleh Perunding Hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad. Ikuti penjelasan beliau berdasarkan pengalamannya.
Semalam saya ziarah satu rumah selepas tuan rumah maklumkan nak jual rumahnya.
Bila saya minta salinan geran, tuan rumah kata ada dengan peguam.
Katanya namanya ada dalam geran tanah ini. Saya mula rasa ada yang tak kena.
Tuan tanah ini beli tanah pada harga RM70,000 . Kos bina rumah cantik begini pada harga RM170,000.
Dalam iklan yang ditawarkan, bunglow ini hanya pada harga RM165,000 sahaja.
“Dulu dia janji masukkan nama dalam geran,”ceritanya laju.
Akhirnya saya faham bahawa kediaman ini dibina atas Lot Lidi kita sebut. Lot lidi adalah lot pertanian yang belum dipecahkan menjadi lot individu yang berstatus bangunan.
Penjual bila pembeli dah seronok dan bina bangunan, akan mintak duit lagi nanti nak tukar status atau pecah lot dan sebagainya.
“Saya jual murah sebab tuan tanah mintak tambah lagi RM30,000 untuk tukar status tanah bang”.
Nampak permainan mereka? Ramai yang gila beli tanah konon sebab harga murah. Mereka nak buat rumah sendiri dah pencen nanti katanya.
“Saya dah beli tanah kat kampung bang, murah RM56,000 saja”. Cerita yang selalu saya dengar.
“Orang kampung jual, murah murah. Saya buat personal loan senang bang”.
Saya dah banyak kali tulis, kelemahan Lot Lidi ini kawan. Elakkan beli Lot lidi ini sahabat sekalian.
1. Tanah kita buat rumah itu bukan kita punya, ia tetap tuan tanah punya walau nama kita kononnya masuk dalam geran. Proses pindah milik tak berlaku.
2. Ketiadaan geran individu yang berasingan, bagaimanakah tanah lot itu boleh dipindah milik kepada nama pembeli?.
3. Pembinaan rumah tidak boleh dilakukan di atas tanah lot lidi tanpa kebenaran PBT.
4.Tanah tanpa geran sudah pasti tanah ini juga tidak boleh digadaikan kepada bank untuk dapatkan pembiayaan. Apa guna ada tanah tiada nilai?
5. Pemilik Lot lidi tidak layak mendapat pampasan jika tanah diambil oleh kerajaan. Hanya tuan tanah yang layak dapat.
6. Dari segi perundangan tanah yang dibeli pada harga puluhan ribu ringgit itu sebenarnya masih menjadi hak pemilik asal kerana ia tidak dipindah milik secara rasmi kepada pembeli.
7. Walau ada perjanjian, cop lawyer dan sebagainya kata si penjual. Ia tetap tidak diperakui sah Di bawah Kanun Tanah Negara.
“Kalau geran lengkap semua nie saya nak jual RM300,000 nie bang,”ceritanya semalam.
Kawan kawan,
Hindari membeli Lot Lidi dan tanah tanah lot murah ini. Ia tak jadi milik kita sepenuhnya. Banyak penyelewengan berlaku dan duit susah dapat balik nanti.
“Padanlah tanah nie murah, lot lidi rupanya”.
Lebihkan hati hati agar tak jadi mangsa tipu nanti. Dikampung banyak kisah begini.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...