Bila sakit perut atau pening kepala perkara pertama yang kita cari adalah minyak angin. Ini memang jadi kebiasaan kita.
Tapi menurut penerangan Dr Rushdan Noor, jangan ambil mudah penggunaan minyak angin ini kerana jika tersalah guna boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan. Berikut adalah penerangan beliau tentang perkara ini.
Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran.
Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain2 lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.
Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor. Ketiga-tiga ingredient ini bertindak sinergistik utk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan.
Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat. Ketiga-tiga ubat yg dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak-kanak (rujuk pautan di bawah).
Ubat ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yg banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan.
Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak-kanak dan orang dewasa yg menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing-masing ada kesan sampingan yg tersendiri.
Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi.
Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yg dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening.
Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan. Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini.
Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari.
Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.
Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga2 ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan.
Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam-macam herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain-lain. Apa sahaja yg ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yg besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.
Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat-ubat yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga-tiga atau salah satu daripada ubat di atas, gunakan dengan berhati-hati pada bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak-kanak.
Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa2 gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri.
Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat-ubat yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam-diam tanpa pengetahuan pengguna.
Melihat pokok cili yang ditanam Harun Arun rendang dan lebat buat ramai yang geram. Tanam pun hanya di kawasan rumah dalam polibeg saja. Tapi hairannya bila kita tanam tak pula jadi begitu.
Sebenarnya untuk dapatkan pokok yang lebat begini kena ada usaha lebih, tak cukup dengan hanya siram saja. Bagi yang nak hasil pokok cili yang ditanam di rumah berbuah banyak boleh ikut tip yang dikongsi oleh beliau.
Ramai yang bertanya tentang pokok cili ini. Ini jawapan saya;
1. Pokok cili ini ditanam dalam polibeg saiz 16×16, ada yg tanam 1 pokok ada yang 2 pokok.
2. Medium yang guna tanah sawit sisa boiler 80% dan cocopeat 20%. Baja asas yang digunakan adalah baja kopi 888, lebih murah. Seminggu letak 1 sudu besar, bergantung pada usia dan besar pokok.
3. Selain itu buat juga foliar feeding dengan Calcium boron dan hormone ikan seminggu 1 kali. Apabila pokok dah mula berbunga & berbuah seminggu 2 kali.
Calcium ini penting untuk pembentukan sel buah dan pucuk baru. Selalunya dalam perebutan ini buah akan kalah, jadi timbul simptom buah jadi busuk pada bhgian hujung cili, mengerekot, pendek.
Boron pula fungsinya adalah untuk mudahkan pergerakan calcium ke buah. Calsium boron ini boleh dibeli secara online juga.
4.Untuk kawalan serangga cuma guna cuka kayu saja seminggu 2 atau 3 kali bergantung pada keadaan cuaca.
5.Tip pokok rendang: kena rajin cubit pucuk atau buang bahagian hujung pucuk supaya tumbuh dahan baru.
Ini contoh foliar calcium boron dan hormon ikan yang digunakan.
Ramai yang praktik cara panaskan sotong atas kuali sampai kering air sebelum masak supaya sotong tak berair dan kekal pejal bila dah jadi lauk. Ini petua yang biasa kita buat.
Tapi Noris Nora berkongsi cara lain sikit dan lebih mudah. Caranya, basuh sotong guna garam sampai berbuih sebelum masak.
Menurutnya teknik ini dilakukan oleh nelayan Korea untuk memastikan sotong tak berair dan pejal. Ia telah dipelajari dan dipraktikkan setelah menonton satu program dokumentari dan ternyata memang menjadi.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...