John Torode Pernah Masak Rendang Di Langkawi, Dia Tak Ingat Ke? Reaksi Chef Wan Bila Peserta Dari Malaysia Tersingkir MasterChef UK Kerana Rendang Tak Rangup

Share

 

 

Sejak semalam di laman sosial ramai berkongsi rakaman MasterChef UK yang memaparkan peserta berasal dari Malaysia tersingkir dari pertandingan memasak itu bila juri tidak berpuas hati dengan hidangannya.

Menghidangkan menu nasi lemak bersama sambal udang dan rendang bagaimana pun hidangan rendang Zaleha Kadir Olpin yang kini menetap di UK kini dikritik oleh juri Gregg Wallace.

“Ayam tidak rangup, ia tidak boleh dimakan,” katanya.

Selain itu Chef John Torode juga turut mengkritik bahawa rendang ayam yang dibuat oleh Zaleha harus betul-betul lembut dan hancur serta daging perlu luruh dari tulang.

 

Gara-gara komen ini rakyat Malaysia memenuhi ruangan komen akaun Youtube Masterchef UK dengan mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak tahu tentang masakan tersebut kerana tidak pernah pula rendang ayam dihidangkan ranggup.

Keduanya tak tahu rasa dan masak nasi lemak

Turut mempertikaikan komen juri tersebut adalah Chef Wan. Dalam entrinya di instagram _chefwan58 menjelaskan panjang lebar rasa tidak puas hatinya.

“Kedua juri yang kurang pengetahuan untuk menyediakan masakan ini memberi komen bahawa rendang ayam yang disediakan Zaleha kulitnya tidak ranggup, terlalu banyak sos di atasnya dan pada masa yang sama daging ayam tidak lekang dari tulangnya.

“Mereka juga komen tentang nasi lemak dan sambal yang saya rasa tidak adil kerana keduanya tidak tahu pun macam mana rasa masakan itu apatah lagi menyediakannya.

Kena mohon maaf

“Zaleha disingkir atas alasan yang salah. Bukan itu saja mereka telah memalukan Zaleha dan merosakkan penyertaannya dalam pertandingan tersebut.

“Tak mengapa jika dia kalah kerana alasan yang betul tapi dalam kes ini tidak. Mereka seharusnya memasukkan Zaleha kembali dalam pertandingan dan memohon maaf kepada umum sekiranya Masterchef UK mahu mengembalikan kredibilitinya.

“Sekiranya John Torode dan Greg tak faham tentang sesuatu masakan lebih baik tidak berkata daripada memberitahu sesuatu yang salah.

“Mana ada semua sambal kena pedas berapi dan nasik lemak kena kurang santan, semuanya tak masuk akal.

“Torode sendiri pernah membuat rakaman program di Malaysia dan menyediakan rendang bersama Kak Ani dalam rancangannya sebelum ini.

Dia orang yang masak ketam bercili pakai pes sambal rojak!

“Memang melihat daripada hidangan Zaleha di skrin saya rasa dia mungkin boleh memasak rendang itu dengan lebih lama sekiranya ada masa tapi bukanlah sampai daging ayam itu tertanggal dari tulangnya.

“Saya juga telah diberitahu oleh seorang rakan bahawa Torode juga adalah lelaki yang sama membuat hidangan ketam bercili menggunakan pes sambal rojak sebagai ganti.

Pada tahun 2016 John Torode pernah ke Langkawi untuk programnya dan memasak rendang Itik. Ia ada dalam You Tube, dia tak ingat ke macam mana nak buat?

“Dia sepatutnya memberitahu Greg supaya diam kerana dia tak pernah pun memasaknya!

Reaksi Chef Wan yang dimuat naik dalam instagramnya itu mendapat turut disokong netizen rata-rata turut mempertikaikan komen dua juri tersebut.

Sumber: _chefwan58 

 

 

 

IKLAN