Kabinet dapur yang cantik pastinya idaman semua wanita. Namun dalam masa yang sama pastikan ia memiliki ciri ciri keselamatan terutama di bahagian tempat meletakkan tong gas.
Ini kerana hanya kerana ketiadaan lubang udara pada kabinet ia boleh menyebab tragedi yang tidak dijangka.
Dikongsi oleh Anis Hafiza kemalangan kecil yang berlaku pada rumah jirannya baru-baru ini boleh dijadikan pengajaran.
Kabinet dapur kena ada lubang udara
“Bulan lepas rumah jiran di timpa kemalangan kecil. Dapur gas meletup. Terbakar juga pada wifenya 13%.
Ads
“Puncanya kabinet dapur sekarang tiada lubang udara sama ada belakang ruang dinding dan hadapan pintu kabinet dapur.
“Kejadiannya gas meletup dalam tempoh 15 minit semasa masak untuk berbuka puasa,” tulisnya dalam satu hantaran yang viral.
Pesan beliau sekiranya kabinet tak dilengkapi dengan lubang udara ini sebaiknya tebuk sendiri di bahagian pintu supaya ada pengaliran udara berlaku dalam kabinet.
Di ruangan komen terdapat juga netizen yang berkongsi kemalangan sama berlaku kepada bapanya akibat ketiadaan lubang udara ini.
Ads
“Sembilan tahun lepas abah saya pun kena macam jiran puan, habis melecur sampai kena api kat anggota badan, kening dan kena juga api pada rambut adik. Setelah kejadian itu, bila nak masak abah buka pintu kabinet sebab memang takde langsung ruang udara.
Baru-baru ini rumah saya, saya request tukang buat lubang udara macam ni,”ujar wanita menggunakan nama Oja Chacha’s
Tip keselamatan penggunaan tong gas
Dalam pada itu selain memastikan adanya lubang udara praktikkan juga perkara di bawah dalam mengendalikan tong gas memasak sebagai langkah keselamatan.
1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
Ads
2. Jika terhidu bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
3. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
4. Sebaikya tong gas tidak diletakkan dalam ruang bertutup, jika perlu meletakkannya pastikan pengudaraan yang baik.
Comel sungguh kuih apam puri ni. Tengok pun dah tahu sedap. Cuma tak ramai yang jual kuih ini.
Kalau suka makan, tak salah kita belajar buat sendiri kan. Lagi puas makan, sebab selalunya memang tak cukup satu. Nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Zainoor Aliza Ali.
Buat sendiri apam puri lembut gebu
Bahan untuk inti kastard
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
½ cawan santan (Kara)
½ cawan perisa jagung
¾ cawan gula
2 sb tepung kastard
1 sb Buttercup
Garam
Cara membuat:
Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati. Kemudian tapis masukkan ke dalam periuk.
Masak di atas api yang perlahan hingga likat.
Bahan untuk kulit apam
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 sb minyak masak
1 biji telur
1sk baking powder
½ paket yis
Garam
Pewarna
Cara membuat:
Satukan kesemua bahan ke dalam bekas dan putar guna hand mixer. Biarkan dalam bekas kedap udara selama 25-30 minit.
Panaskan pan, sapukan sedikit minyak kemudian sendukkan adunan.
Bila dah mula menggelembung boleh angkat.
Isikan inti kemudian tekap guna acuan karipap. Siap!
Bekas penuh dengan gula tapi semut dah masuk ‘berkampung’ di dalamnya. Memang stres melihatnya.
Takkan nak buang, tapi takkanlah nak kutip satu-satu. Jika berdepan masalah semua yang banyak dalam bekas gula, boleh gunakan cara ini.
Guna kulit kayu manis
Cara pertama dikongsi oleh Ameera. Untuk keluarkan semut dari balang ini caranya cukup mudah cuma guna kulit kayu manis.
Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.
Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.
Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.
Ini hasilnya selepas sejam.
2. Pacak pisau
Tip yang ini dikongsi oleh netizen dari Facebook, bunyi macam kelakar tapi kata mereka menjadi. Caranya cuma pacak pisau dalam balang/ bekas gula.
Cuma pastikan bahagian pemegang menyentuh balang supaya senang keluar. Cara ini agak lambat tapi semut akan keluar. Kalau nak cepat, jemur balang tengah panas.
Hukum makan semut
Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati.
Kita juga dilarang untuk membunuh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
Tengok kerepek terung ini pun kita dah tahu rasanya sedap. Garing dan rangup. Hidangan macam ni bukan saja boleh jadi lauk tapi juga kudap-kudapan.
Jika ada anak yang tak suka makan sayur boleh cuba buat kerepek terung ini untuk ajar mereka makan sayur. Cara inilah yang dipraktikkan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar.
Ujar beliau ini adalah salah satu kudapan berasas sayur yang dibuat untuk hidangan petang anak-anak. Ia menu yang dihidang untuk ajar mereka suka makan sayur. Sedap dan rangup, sekejap saja dah habis katanya.
Buat kerepek terung rangup, kudapan sedap untuk ajar anak makan sayur
1. Sediakan terung, pastikan yang keras. Jika lembik tak menjadi.
2. Potong terus nipis-nipis.
3. Kemudian gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
4. Seterusnya tabur tepung jagung dan gaul hinggga bersalut dengan terung. Tepung ini tak perlu bancuh dengan air (air dari terung akan melekatkan tepung). Jika nak pedas, gaulkan sekali dengan serbuk cili hingga rata.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan.
NOTA: Boleh juga guna tepung Bestari, jika guna tepung ini tak perlu tambah garam, serbuk kunyit atau tepung jagung. Rasanya memang dah sedap.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...