Orang perempuan ni selalu tidur lambat untuk setelkan kerja rumah, ada tu yang bawa pulak kerja dari pejabat untuk buat di rumah.

Hasilnya terjadilah mata lebam, hitam sekitar mata atau orang panggil mata panda. Masalah ini kalau yang terjadi memang sudah nak hilang.

Tapi ada banyak petua yang boleh kita guna untuk bantu kurangkan masalah ini. Cuma keberkesananya belum tentu lagi.

Bagi korang yang mungkin dah cuba macam-macam petua tapi tak berjaya mungkin boleh cuba cara yang dikongsi oleh Aisyah Badar Bajrai ini pula.

Mengalami masalah yang sama, dia menghasilkan sendiri serum untuk mengatasi masalah dark circle sekitar mata. Bestnya selepas macam-macam petua diguna, ini satu-satunya cara yang berkesan buat dirinya. So korang pun boleh cuba.

IKLAN

Cara atasi ‘mata panda’ yang liat nak hilang

Kalau orang lain ada masalah kulit jerawat, Aisyah pulak masalah dark circle. Lagi sekarang selalu tidur lambat, lagi menjadi jadi la dark circle ni.

Memacam petua Aisyah dah try untuk hilangkan dark circle ni. Orang cakap pakai timun, kentang, Aisyah buat tapi dark circle ni liat nak hilang. Tak kurang langsung sampai lah Aisyah jumpa petua ini.

Buat Sendiri Serum Atasi Masalah Dark Circle Yang Liat Nak Hilang

IKLAN

Caranya buat sendiri serum dari 2 bahan.  Ok, jom tengok bahan and cara buat serum ni.

  • 2 sudu besar gel aloe vera
  • 2 kapsul minyak vitamin E

Buat Sendiri Serum Atasi Masalah Dark Circle Yang Liat Nak Hilang

IKLAN

Cara membuat

  1. Gunting softgel vitamin E, pastu masukkan minyak dalam aloe vera dan kacau rata-rata. Nanti aloe vera korang akan jadi putih macam dalam gambar.

2. Cara pakai serum ni senang saja. Amik calit sikit pada dan sapu lembut-lembut pada bawah mata dengan kelopak mata. Pastu biarkan saja, tak yah basuh okey. Pakai 2 kali sehari.

Selain itu:  Tak Perlu Beli Krim Mahal, Selesaikan Masalah Lebam Bawah Mata Dengan Kiub Ais Timun Saja

3. Tapi kalau dark circle korang kategori serius sampai orang tak dapat beza mata korang dengan mata panda. Korang wajib konsisten pakai at least 2 minggu. Baru nampak kesan.

Share petua ni dengan rakan yang ada mata panda, mana tau petua ni berkesan untuk mereka juga.

Sumber: Aisyah Badar Bajrai

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI