Baru cuba bercucuk tanam di rumah, pokok dah baja, siram pun cukup, dijaga rapi lagi tapi nampak macam tak subur.
Salah satu sebabnya boleh jadi kerana tanah yang digunakan. Jika tanah elok, penuh dengan nutrien sekali gus tanaman pun jadi subur.
Tanah sebegini selain boleh dibeli di nurseri boleh juga dibuat sendiri. Apa yang penting tahu nisbahnya. Jika mahu cuba buat campuran tanah sendiri boleh ikut kaedah mudah yang dikongsi oleh Mohd Amri.
Kaedah campuran tanah yang mudah
Sebenarnya, untuk membuat campuran tanah adalah banyak pendapat dan idea. Namun saya lebih suka untuk memilih medium yang mudah saya perolehi di sekitar saya.
Lain orang, lain pendapat. Tapi ini kaedah saya sahaja, hanya perkongsian. Berdasarkan pengalaman lepas, ini sahaja cara yang saya gunakan untuk tanaman di sekitar rumah saya.
1. Medium yang diperlukan ialah;TANAH HITAM SAWIT, COCOPEAT (SABUT KELAPA KISAR HALUS), dan juga (SEKAM PADI BAKAR).
Ads
2. Nisbah yang seringkali saya gunakan ialah, 1 : 1 : ¼ bahagian di mana 1 bahagian tanah hitam sawit, 1 bahagian cocopeat, dan ¼ bahagian sekam padi bakar.
Ads
3. Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dan gaul sehingga campuran tadi menjadi lembut dan senang dipegang. Anda semua kena tahu, tanah sawit hitam jika tidak dicampur sangat melekit dan mudah padat. Setelah siap, boleh isikan ke dalam pasu dan masukkan anak pokok yang hendak ditanam.
4. Buatlah penyiraman dua kali sehari iaitu pagi dan petang untuk mengekalkan kelembapan medium. Sebaiknya, gunalah bancuhan air baja untuk menjadikan pokok membesar bak juara.
Ads
Seminggu sekali bolehlah disembur dengan booster tanaman pula pada pokok untuk menggalakkan lagi tumbesaran pokok dengan lebih cepat, baik dan sempurna. Banyak booster yang dijual di pasaran.
Kalau baru bercucuk tanam dan banyak anak pokok sedang membesar, boleh buat booster atau baja organik daripada kangkung ini. Mudah dan murah, paling penting dari bahan semula jadi selain sangat bermanfaat untuk pertumbuhan anak pokok.
Cara untuk buat booster ini dikongsi oleh Pyan Sempoy, ia hanya memerlukan dua bahan saja iaitu kangkung dan gula merah.
Cara buat baja booster/MOL dari kangkung
Cara paling mudah nak buat baja/vitamin/booster/MOL (Mikro Organisme Lokal) atau POC (Pupuk/baja Organik Cair). Baja ini khusus untuk pertumbuhan anak-anak pokok (buah-buahan/sayuran berbuah) dan juga tanaman sayuran berdaun (sawi/kailan/bayam/salad dan lain-lain).
Bahan-bahan yang wajib ada cuma dua iaitu;
1. 1kg kangkung (lebih kurang)
2. 1kg gula merah (lebih kurang)
Ada 2 bahan ini saja dah boleh buat. Tapi kali ini saya tambahkan nasi basi yang dah diperam 3-4 hari & juga air basuhan beras. Alang-alang barang dah ada saya campur sekalilah.
Cara membuat:
Cara buat senang saja, potong kecil kangkung kemudian masukkan dalam bekas atau balang. Nak guna apa pun boleh asalkan boleh ditutup rapat.
2. Susun selapis selapis kangkung & gula merah. Boleh juga gaulkan dulu semua sekali kangkung & gula merah kemudian baru masukkan dalam bekas.
3. Akhir sekali letak bekas tempat yang tidak kena cahaya matahari direct, letak tempat gelap pun boleh.
Selepas 2 minggu bolehlah digunakan. Nak bagus lagi peram sampai sebulan baru guna.
Cara penggunaan
MOL ini boleh disiram ke media/tanah & juga disembur pada keseluruhan pokok terutama bawah daun. Tapi jangan lupa bancuh dulu dengan air bebas klorin. Boleh siram/sembur seminggu sekali.
Untuk siraman
– Bancuh 50ml pati MOL dengan 2 liter air untuk pokok-pokok kecil atau
– Bancuh 100ml pati MOL dengan 2 liter air untuk pokok yang dah besar sikit
Untuk semburan (foliar)
– Bancuh 5-10 ml pati MOL dengan 1 liter air, kepekatan ikut keadaan & umur tanaman.
Pokok bendi, tomato, kacang panjang, terung, cili dan sebagainya antara sayuran yang selalu ditanam sekeliling rumah.
Bila dah tanam tentulah mengharapkan ia berbuah lebat untuk merasa hasilnya. Tapi ada juga yang tanam namun buahnya setakat 3-4 biji saja, sedangkan orang lain tanam punyalah meriah buah.
Antara faktor yang memainkan peranan pokok sayur berbuah lebat adalah pembajaan. Sistem pembajaan pokok sayur jenis buah ini perlulah sesuai. Tak cukup sekadar guna baja tahi ayam saja.
Sebagai panduan, nurseri Halaman Subur memberikan tip sistem pembajaan untuk dipraktikkan supaya pokok sayuran yang ditanam berbuah lebat.
Nak pokok sayur berbuah lebat, tak cukup guna baja tahi ayam saja
Ramai yang bercucuk tanam merasakan guna baja tahi ayam saja dah cukup. Tapi hakikatnya baja tahi ayam mempunyai nilai NPK yang rendah dan tidak sesuai digunakan secara berterusan.
Ini yang perlu kita faham
Pokok memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menghasilkan bunga yang seterusnya akan menjadi buah.
Oleh itu, nilai K iaitu kalium atau potassium perlulah tinggi supaya buah dapat dihasilkan dalam kuantiti yang maksimum. Dalam bahasa mudahnya nak boost pokok keluar buah pada tahap maksimum.
Satu pokok terung contohnya berupaya mengeluarkan hasil lebih dari 1 kg. Untuk dapatkan 1kg terung bersaiz sederhana bukannya banyak, cukup 4-5 biji. Jadi bandingkanlah pokok yang berbuah cuma 2-3 biji baja.
Apa yang saya praktikkan, saya akan guna baja biji pada awal tanam sehingga pokok mengeluarkan bunga.
Apabila pokok berbuah, saya akan selangkan pembajaan dengan menggunakan baja buah. Boleh juga guna jenis baja larut air lagi cepat nampak kesannya nanti.
Pokok dalam pasu dah mati, cadang nak tanam pokok baru tapi jangan pula terus cabut dan masukkan anak pokok.
Tanah lama dalam pasu kena suburkan semula barulah pokok baru yang ditanam turut subur. Perkara ini dikongsi oleh Pyan Sempoi yang memang selalu berkongsi tip bercucuk tanam di dalam akaun Facebook miliknya selain memberikan panduan untuk menyuburkan semula tanah.
Tak boleh guna kecuali tambah bahan lain
Ramai yang bertanya boleh ke guna balik tanah-tanah lama bekas tanam? Jawapannya “TAK BOLEH” kalau hanya guna balik 100% tanah yang sama. Kena tambah bahan-bahan lain baru boleh digunakan semula.
Cara recycle tanah lama
Cara saya recycle semua tanah-tanah lama bekas tanam pokok tin & sawi sebelum ini, saya campur stok media yang ada antaranya sekam lapuk, sekam mentah, sekam bakar, cocoapeat, tanah hitam sawit, tanah kompos & kapur dolomit.
Selepas semuanya digaul sebati, masukkan dalam pasu, bakul sayur & polibeg besar. Kemudian siram dengan larutan baja organik cair (mol sisa-sasa dapur).
Tanah ini akan saya biarkan dulu sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tanam pokok yg baru atau biarkan sampai tumbuh rumput-rumput kecil.
Lagi lama peram lagi bagus. Tentera-tentera kecil (microorganisme baik) akan buat kerja dulu untuk mempersiapkan & menyuburkan media tanam ini.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...