Kaedah Tanam Pokok Terbalik! Selain Jimat Ruang & Mudah Alih, Lebih Selamat Juga. Ini Caranya

Share

Jika suka bercucuk tanam tapi tinggal di kediaman bertingkat atau punya laman kecil  kaedah ini boleh dipraktikkan.

Boleh tanam pokok secara terbalik atau upside down! Kaedah tanam pokok yang digantung secara terbalik ini juga ada banyak kelebihan.

Selain jimat ruang dan mudah alih, ia juga terhindar dari haiwan perosak di tanah. Jika nak cuba boleh mulakan dengan pokok tomato dan juga cili.

Kaedah tanaman ini juga pernah dipraktikkan oleh Puan CT Hamisah Ahmad II. Mempelajarinya daripada video di YouTube, ini langkah-langkah untuk tanam terbalik bagi yang mahu mencuba.

1. Sediakan botol mineral 1500ml dan anak pokok sama ada tomato, atau cili.

2. Ambil botol dan potong bahagian bawahnya. Tebuk lubang kiri dan kanan botol untuk tempat menggantung.

3. Sediakan kain perca (boleh guna kain jeans) dan gunting di bahagian tengahnya.

4. Ambil anak pokok leraikan tanah yang melekat pada akarnya.

5. Letak batang anak pokok tadi di bahagian lubang kain tadi. Tutup dengan stapler bahagian yang digunting.

6. Masukkan anak pokok dalam botol dan keluarkan batang dan daunnya di bahagian penutup botol.

7. Tujuan diletakkan kain pada pokok tadi selain untuk menyerap air ia juga untuk mengelakkan tanah keluar bila terbalikkan.

8. Selepas masukkan anak pokok masukkan tanah, cocopeat, tanah kompos nisbah 4:4:2.

9. Siram dengan air dan gantung pokok di tempat terlindung dari panas selama 9-10 hari.

10. Selepas 30 hari, letak baja pada pokok.

Selamat mencuba.

Sumber: Ankit’s Terrace Gardening & Puan CT Hamisah Ahmad II.

IKLAN