Kalau tanam pokok buah di rumah baik mangga, manggis jambu, betik dan sebagainya satu masalah yang selalu dihadapi adalah buah buruk.
Buah dah lebat tapi sayangnya banyak yang tak boleh makan akibat berulat. Sudahnya dibiarkan bersepah di bawah pokok.
Disebabkan tak lama lagi dah nak masuk musim buah, jadi elok kita praktikkan tip dikongsi oleh Sepang Farmville ini. Cara ini selamat, tak menggunakan sebarang racun. Hasilnya buah elok cantik.
Tip buah cantik, tak berulat tanpa guna racun
Dalam group-group kebun, saya banyak berjumpa soalan tentang bagaimana nak dibuat supaya buah cantik dan tidak berulat?
Pertama sekali kita nak kena tahu kenapa buah boleh jadi berulat. Dalam banyak keadaan, ulat ini adalah disebabkan oleh lalat buah.
Ads
Puncanya lalat buah
Ada beberapa cara untuk mengawal/menghapus lalat buah. Saya tak nak sentuh tentang penggunaan racun serangga, tapi lebih kepada kaedah tanpa penggunaan racun.
Kaedah yang pada saya mudah ialah dengan membalut buah tersebut. Boleh mula balut ketika putik buah sebesar ibu jari.
Boleh menggunakan plastik lutsinar yang ditebuk sedikit untuk pengudaraan. Atau menggunakan kertas surat khabar lama. Atau boleh juga menggunakan jaring plastik yang berlubang kecil.
Ads
Kaedah kedua ialah dengan memasang perangkap lalat buah. Perlu membeli hormon pemikat lalat buah(feromon) dan juga perangkap. Perangkap juga boleh dibuat sendiri menggunakan botol mineral terpakai. Klik SINI untuk beli hormon feromon.
Pasang perangkap di luar kawasan kebun, supaya lalat buah ini tidak memasuki kawasan kebun/tanaman kita.
Ads
Gambar contoh adalah merupakan apa yang saya aplikasikan sendiri pada jambu batu seedless. Alhamdulilah buah cantik tanpa sebarang gangguan.
Masalah aircond kereta yang tak sejuk atau kadang-kadang sejuk dan panas semula memang memeningkan. Sebab selalunya ia akan makan banyak modal.
Tapi ada juga masalah aircond kereta kecil saja tapi dek kerana tiada ilmu, ada yang kena tipu dengan workshop. Habis beratus-ratus atau beribu ringgit namun masalah aircon yang tak sejuk tak juga setel.
Antaranya kerana alat kecil yang dipanggil relay. Perkara ini dijelaskan oleh mekanik dari akaun TikTok Altimat Auto Garage.
Menurut beliau ramai yang menjadi mangsa ditipu terutama wanita oleh workshop akibat masalah aircond ini hingga habis ratus ringgit.
“Aircond kereta ada masalah sekejap panas sekejap sejuk. Tapi jangan sampai kena tipu disebabkan benda kecil ini. Alat ini namanya relay.
“Ramai yang kena tipu terutamanya wanita oleh bengkel bila pergi untuk baiki masalah aircond kereta sebegini.
“Pomen bengkel akan kata compressor rosak, condenser rosak, kipas aircond rosak dan macam-macamlah.
“Tapi bila dah tukar semua dan dah kena ratus-ratus, aircon tetap bermasalah. Sejuk sekejap saja, lepas sehari dua panas balik.
“Kalau jadi macam ni cuba try check relay ini. Alat ini terletak dalam fuse box dan kita boleh check sendiri kat rumah. Buka bonet dan cari fuse box dan tengok instruction.
“Cari AC iaitu aircond, perhati kedudukannya dan buka relay dan just tukar saja. Boleh pergi kedai spare part dan beli sendiri. Harganya dalam RM18-RM 20 saja. Kemudian tukar sendiri.
“Sebelum kena tipu habis ratus ratus atau ribu-ribu baik cuba dulu cara paling murah dan mudah. Kalau dah tukar relay dan masih tak sejuk juga barulah pergi bengkel untuk check,”pesan beliau.
Selain biskut raya semperit, tart, coklat chip cookies dan sebagainya, kacang botak ini juga antara yang selalu jadi hidangan waktu raya.
Rasa rangup, pedas dan lemak kacang itu sendiri, boleh buat kita tak sedar dah kunyah habis sebalang. Bagi yang tak suka biskut manis-manis ini juga antara kuih raya yang kita boleh buat.
Cara buat pun tak susah dan yang penting modal pun murah! Jadi buat sendiri, jangan beli! Ikut resipi Are Peace ini ya!
Cara buat kacang botak
Bahan-bahan:
400g kacang tanah
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
1 sk ajinamoto
1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
Cara membuat:
1. Bersihkan kacang tanah. Jangan basuh terlalu lama, lepas basuh terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering (saya keringkan dalam oven sekejap saja).
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul lagi sekali sampai sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang yang digaul tadi dengan api sederhana.
5. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih buih di atas minyak akan terbentuk. Selepas masukkan kacang terus kacau, jangan berhenti untuk elakkan kacang melekat. Goreng sehingga masak.
Sambal ikan kayu ini antara lauk ringkas yang mudah disediakan. Sedap dimakan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan telur dadar.
Kombinasi rasa pedas, masam dan lemak manis daripada sambal yang direneh lama, digandingkan dengan ikan kayu goreng yang banyak isi memang puas hati. Lauk ini juga buatlah berulang kali tetap tak jemu dimakan.
Cara buat sambal ikan kayu yang tak jemu dimakan
Bahan-bahan
Ikan kayu -dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit
1 biji gula Melaka (gula gerek)
3 keping asam keping
1 biji bawang besar – dihiris hiasan
Bahan kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering – direbus hingga lembut
Belacan – sebesar ibu jari
Cara membuat
1. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Ketepikan seketika.
2. Gunaan minyak gorengan ikan tadi, masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Tumisan yang sempurna akan menghasilkan sambal yang lebih sedap dan tahan lama.
3. Masukkan gula Melaka dan asam keping ke dalam sambal. Kacau hingga larut sepenuhnya. Tambah sedikit air untuk memastikan sambal tidak terlalu pekat dan tidak cepat hangus.
4. Biarkan sambal direneh atas api kecil selama beberapa minit supaya semua bahan sebati dan minyak naik ke permukaan.
5. Masukkan ikan kayu yang telah digoreng tadi ke dalam sambal. Gaul perlahan-lahan agar ikan tidak hancur. Biarkan sambal menyerap ke dalam isi ikan.
6. Akhir sekali, tabur bawang besar yang dihiris ke atas sambal. Biarkan seketika atas api hingga bawang sedikit layu. Tutup api apabila sambal sudah agak kering.
TIP
Kalau suka sambal lebih pedas, boleh tambah cili padi dalam bahan kisar.
Ikan kayu ini sedap kalau digoreng garing, pastikan jangan terlalu lama supaya tak keras.
Bila tumis sambal, jangan terburu-buru. Tumis dengan api kecil supaya sambal jadi lebih sedap dan tak hangus.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...