Kalau anda ada ramai anak perempuan berbanding lelaki, mungkin inilah maksudnya. Dalam tak sedar anda mungkin dalam kategori wanita cantik. Wahhhh
Bukan cakap saja-saja tapi ia berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Satoshi Kanazawa dari London School of Economic.
Menurut kajian ini, wanita yang menarik atau cantik cenderung hamil dan melahirkan anak perempuan.
Kajian ini telah menjejaki 17,000 bayi di Britain yang lahir pada tahun 1958. Ketika seramai 17,000 bayi ini memasuki usia 7 tahun, Dr. kanazawa telah meminta guru mereka untuk menilai tahap kecantikan mereka.
Ads
Bayi yang sama ini kemudian ditemuramah pada pada usia mereka 45 tahun. Di sini mereka membuat kesimpulan bahawa wanita yang dinilai sebagai budak perempuan yang cantik kebanyakannya mempunyai anak perempuan.
Terdapat satu lagi kajian tentang wanita cantik. Ia dilakukan oleh Markus Jokela dari University of Helsinki.
Ads
Membuat kajian terhadap 1,244 wanita dan 997 lelaki didapati bahawa wanita cantik 16 % mempunyai lebih anak manakala wanita yang sederhana cantik hanya 6 % mempunyai lebih anak.
Sementara itu lelaki yang dianggap tak begitu kacak pula dilihat 13% mempunyai kurang anak berbanding lelaki lain.
Tapi apa pun ini hanya kajian, kita sebagai umat Islam kena percaya rezeki anak itu lelaki atau perempuan ketentuan Yang Maha Esa. Paling utama kita doakan anak kita sihat dan sempurna.
Belum sepi dari komen-komen netizen yang tidak bersetuju mengenai tindakan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang memuat naik detik isterinya Datin Seri Shahida meneran untuk melahirkan bayi, nyata ibunya Rozita Ibrahim bijak menenangkan keadaan dengan memberi pandangan berbeza.
Kegembiraan menyambut kehadiran cucu baru dalam keluarga ini membuatkan dia begitu menghargai menantunya itu malah Rozita atau dipanggil Bonda Rozita turut berkongsi cerita yang menyentuh hati tentang menantunya itu yang selama ini mungkin tidak ramai yang tahu.
Kalau dilihat dari catatan di instagram bondarozitaibrahim , Datin Seri Shahida ini memang menantu pilihan dan kesayangan.
Bagaimana Ida menjadi menantu saya? Saya uji dia semasa dia mejadi staf saya lagi . Masa interview staff HR bagitahu dia ni adalah model syampoo yg terkenal..(saya tak kenal artis sangat ) saya agak tekejut kerana seorang model yg income byk boleh bekerja sebagai CS..?? . Disini saya akui saya tidak mahu org yg dlm dunia glamer jadi ahli keluarga saya!! Tetapi saya tak prejudis, saya sentiasa memerhatikan dia sebab saya melihat akhlaknya seindah rupa parasnya yg cantik, sgt baik. . Dia tak sombong dan tak kekok menggangkat kotak dan menyapu sampah walaupun dia seorg model yg terkenal. Ini sgt mengejutkn saya. . Saya risik dan intai setiap kali waktu solat, dia akan berhenti utk solat dan sewaktu berenang di kolam renang dia tetap menjaga auratnya. Masa baru kerja setiap hari peminat2 lelakinya hantar bunga..kasi jam mahal. Ida bukan murah dan senang nak dapatkan. Bila Kri ngorat dia pun tak nak. Woww hebat budak ni… . Sepanjang saya melihatkan anak saya sukakan dia dan saya masih menguji sejauh mana kekuatan anak sy dn kekuatan jiwa Ida adakah memilih anak saya adakah sebab harta. Bila saya bagi zakat pada fakir miskin Ida sebagai staf paling suka bantu uruskan. Saya simpan di hati ” nak sgt budak ni…” Yg pinang dia ialah Abg Ady dan Kak Yatienya..
Kri memang hensem dan ramai peminat tp bab dosa besar dia tak kan buat sy puji Kri bab ni. Nak kawin pun dia serahkan pada saya. Bila dia kata nak Ida saya kata tak payah lama… kawin je terus. Mak yakin Kri pandai urus perkahwinan sbb dia jaga anak-anak saya waktu saya kerja masa miskin. . Kri ni bab baiknya lah ya..puasa tak pernah tinggal sehari pun, tak merokok dan sayang saya sgt (sampai nama ank dia pun dia nak saya kasi nama semuanya) Saya akui susah hati didik Kri! Masa dia remaja bini org , mak cik-makcik suka dan sayang dia, utk elak zina Ida terbaik utk saya. Antara lain saya tak melihat Ida seperti gadis lain yg tergedik-gedik utk menggoda org kaya, ciri-ciri murni pada Ida ini memang menjadi idaman saya.(Saya sgt memilih nasab). . Satu paling saya tak lupa pada awal perkahwinannya dia menjaga arwah ayah saya sakit sama-sama dgn saya. Dia sayang anak-anak saya yg msih kecik dan begitu bersemangat tak mengeluh walaupun baru berkahwin. . Cuba bayangkan di hati anda adakah Ida ini patut saya sia-siakan di dalam keluarga saya?…
Touching kan membaca status instagram ibu Datuk Seri Aliff Syukri ni. Untung dapat menantu macam ni, dan beruntung juga Datuk Seri Aliff dapat isteri sebegini baik.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.
Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena pada Oktober 2017 dan Qayyum pada awal Disember 2017. Dua hari lalu pasangan ini menimang cahaya mata keempat selepas enam tahun menanti. Bayi yang baru lahir ini dinamakan Yusoff Al Qardawi.
Bila buka pintu kereta selalu yang kita akan nampak adalah ‘peta dunia’ yang bertompok-tompok pada seat atau tempat duduk depan atau belakang.
Kalau kereta mereka yang dah berkeluarga apatah lagi. Tumpahan air, aiskrim, jajan antara kotoran biasa yang menghasilkan corak peta pada seat kereta jenis fabrik.
Ada yang tak tahan sakit mata akan mengambil khidmat mencuci seat kereta yang kosnya bukan murah.
Alternatif lain, kita boleh bersihkan sendiri peta dunia pada seat kereta kita ini. Berikut adalah cara yang dikongsi oleh Cleaning Assassin, tak susah mana modal pun cuma dalam RM15 saja! So boleh cuba.
Langkah pertama anda kena buat ‘chemical’ anda sendiri. Bunyi macam susah kan? Padahal senang je. Tuang sesudu sabun pencuci pinggan dan campur dengan air suam ke dalam satu bekas air saiz sederhana. Kacau sehingga sebati.
Masukkan campuran chemical anda ke dalam botol spray. Kemudian spray rata ke seat anda. Ambil jarak dalam 6-8 inci dari seat.
Selepas itu, ambil berus yang lembut, gosok seat anda sehingga bersih. Bahagian yang kotor mungkin memerlukan menggosok berkali-kali. (Jangan guna berus yang mudah terlerai seperti berus sabut, ia akan melekat ke dalam seat jika terlerai).
Lap dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air suam. Bilas kain dengan kerap supaya kotoran tidak kembali pada seat. Ulang banyak kali sehingga kesan chemical hilang.
Akhir sekali, lap dengan microfiber towel sehingga kering. Selesai satu seat, anda boleh beralih ke seat yang lain.
1. Sabun basuh pinggan (percuma, ambil kat dapur)
2. Botol spray (percuma, ambil spray untuk iron baju)
3. Berus lembut (RM5)
4. Kain bersih (percuma, ambil kain yang lama)
5. Microfiber towel (RM10)
Kematian seorang ibu baru bersalin yang ditemui dengan dua anak kecilnya di sisi beberapa hari lalu memang cukup menyedihkan. Bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat paru-paru berair dan masalah jantung.
Namun harus diketahui ada beberapa lagi keadaan yang boleh menjadi punca ibu baru bersalin mati mengejut.
Berikut adalah perkongsian Dr. Mardiana Kipli, Pakar Obsterik dan Ginekologi dari Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, Universiti Malaysia Sarawak tentang perkara ini.
Ibu baru bersalin dan juga suami disarankan peka dengan tanda-tanda masalah ini.
Darah beku dalam saluran darah ke paru-paru
Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin.
Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem.
Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi.
Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.
Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar.
Ibu baru bersalin kena peka tanda-tanda
Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis.
Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism.
Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.
“Dulu saya bersalin, ok jer. Tak ada pun apa-apa masalah. Kenapa kali ini doktor kata saya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini?’
Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa.
Ibu ini lebih berisiko mengalami pulmonary embolism
Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:
1. Berumur lebih daripada 35 tahun
2. Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
3. Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
4. Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
5. Menjalani pembedahan caesarean
6. Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
7. Dehidrasi
8. Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
9. Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
10. Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
11. Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
12. Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
13. Kandungan kembar
14. Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)
Tanda-tanda awal selalu diambil ringan oleh ibu
Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa.
Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi.
Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.
Tanda-tanda awal adalah:
Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
– Sukar untuk bernafas
– Sakit dada
– Batuk berdarah
– Nadi sangat laju
Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism.
Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera.
Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.
Apa perlu buat kalau termasuk golongan berisiko tinggi?
‘Sekiranya saya tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan pulmonary embolism?’
Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:
– Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
– Aktif bergerak dan berjalan
– Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
-Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .
Kes jarang diumumkan
Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial.
Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital.
Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas.
Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.
– Oleh: Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.
Rujukan:
Reducing The Risk of Venous Thromboembolism In Pregnancy and Puerperium. RCOG Green-top Guideline. 37a; 2015
Oportus SL. Rodrigues LP et al. Lymph Drainage in Pregnant Women. NCBI;2013
Nelson Piercy C. handbook of obstetric medicine. Informa healthcare 2010; 4:19-39
Arulkumaran S. Training in Obstetrics and gynaecology, the essential curriculum. OST 2009;1:224-226
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...