Ramai yang tanam pokok kantan sekitar rumah memandangkan banyak kegunaan dalam masakan. Selain itu harganya pun agak mahal, jika tanam sendiri memang berbaloi.
Cuma masalah bila tanam pokok kantan ini walaupun ia membesar elok tapi selalu yang dirungutkan adalah pokok tak banyak berbunga.
Selain perlu penjagaan seperti siraman dan pembajaan sebenarnya cara potong bunga kantan juga main peranan agar pokok berbunga lebat.
Menurut Nur Amirul Nur Azmi untuk memotong bunga kantan yang sudah matang ada caranya supaya tidak menjejaskan penghasilan bunga akan datang. Pastikan ia dipotong sampai ke pangkal.
Nak potong bunga kantan ada caranya, jangan potong separuh
Ads
Nak kongsi sikit tentang cara melebatkan bunga kantan, pastikan cara potong sewaktu ambil bunga kantan ikut kaedah yang betul. Kena potong sampai ke pangkal.
Jangan potong tengah-tengah. Ramai yang buat potongan sebegini hingga meninggalkan tunggul terlalu panjang. Ia boleh menyebabkan pengeluaran bunga semakin kurang.
Tip ekstra
Ads
Selain itu pokok kantan yang ada batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong. Pemotongan hendaklah dari pangkalnya untuk menggalakkan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik.
Tapi batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.
Ads
Daun dan batang pokok kantan yang dipotong dan telah kering boleh digunakan kembali untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak.
Kalau ramai dalam famili suka makan aiskrim, elok sangat kalau buat sendiri aiskrim vanilla ini. Homemade dan lagi jimat sebenarnya.
Bagi yang nak cuba buat boleh guna cara dan tip yang dikongsi oleh Nur Halim ini. Bukan saja sedap tapi teksturnya juga halus dan lembut macam aiskrim yang kita beli. Nak buat pun mudah, guna blender saja.
Cara buat aiskrim vanilla homemade
Bagi penggemar tegar aiskrim vanilla macam kami memang jimat banyak bila buat sendiri. Buat pakai blender saja.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
1 sudu besar ovalate
2 penutup esen vanilla (nak sedap guna creamy vanilla)
1 sudu kecil tepung jagung
Cara membuat:
1. Masuk semua bahan dalam blender dan kisar
2. Kisar tak sampai 5 minit. Nak tahu dah likat atau tidak, ambil sudu kaup sedikit dan curah. Jika adunan dah bertali tandanya dah likat.
3. Curah dalam bekas dan masukkan dalam freezer. Dah keras boleh makan.
Tip
Sekiranya adunan aiskrim selepas kisar masih cair, tambah satu sudu ovalate. Kemudian tuang semula dalam adunan dalam blender. Kisar lagi hingga likat.
Jika nak buat perisa aiskrim coklat boleh guna susu coklat dan tambah emulco coklat.
Tengah panas, dapat makan kelapa jeli mememang sejuk tekak. Bukan anak-anak saja suka kita yang dewasa pun sama.
Jika selalu beli di kedai makan, kali ini cuba buat sendiri sebab nak membuatnya semudah ABC. Kalau di rumah ada banyak pokok kelapa kelapa jeli ini boleh buat berniaga pula.
Boleh ikut resipi kelapa jeli yang dikongsi oleh Nora Atikah ini.
Buat kelapa jeli semudah ABC
Bahan-bahan:
10 biji kelapa muda ambil airnya
3000 ml air
Sepaket serbuk Jeli Kelapa
2 senduk gula
Bekas kecil
Isi Kelapa – dihiris
Cara membuat
1. Didihkan air Kelapa bersama air 3000ml (saya guna 3000 ml air kelapa tak campur air).
2. Masukkan gula 2 senduk, biar gula larut.
3. Gula dah larut masuk sepaket serbuk jeli kelapa.
4. Masak hingga mendidih kemudian terus tutup api.
5. Sediakan bekas kecil, letak siap-siap isi kelapa yang dihiris. Tuang air kelapa tadi.
6. Biarkan sejuk kemudian tutup bekas. Simpan dalam peti ais semalaman. Esok bolehlah di makan waktu tengah hari yang panas. Memang sedap!
Dah berjaya tanam sayur dan dah selamat pun kutip hasilnya. Rasa macam nak tanam pokok lain pula tapi persoalannya boleh ke guna semula tanah yang sama?
Ramai yang bertanya tentang perkara ini dan jawapannya dikongsi oleh Pyan Sempoi yang memang selalu berkongsi tip bercucuk tanam di dalam akaun Facebook miliknya.
Tak boleh guna kecuali tambah bahan lain
Ramai yang bertanya boleh ke guna balik tanah-tanah lama bekas tanam? Jawapannya “TAK BOLEH” kalau hanya guna balik 100% tanah yang sama. Kena tambah bahan-bahan lain baru boleh digunakan semula.
Cara recycle tanah lama
Cara saya recycle semua tanah-tanah lama bekas tanam pokok tin & sawi sebelum ini, saya campur stok media yang ada antaranya sekam lapuk, sekam mentah, sekam bakar, cocoapeat, tanah hitam sawit, tanah kompos & kapur dolomit.
Selepas semuanya digaul sebati, masukkan dalam pasu, bakul sayur & polibeg besar. Kemudian siram dengan larutan baja organik cair (mol sisa-sasa dapur).
Tanah ini akan saya biarkan dulu sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tanam pokok yg baru atau biarkan sampai tumbuh rumput-rumput kecil.
Lagi lama peram lagi bagus. Tentera-tentera kecil (microorganisme baik) akan buat kerja dulu untuk mempersiapkan & menyuburkan media tanam ini.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...