Kalau Asyik Lupa Siram Pokok, Boleh Buat Self Watering System Paling Bajet Ini. Guna Botol, Tebuk Dengan Jarum

Share

Tanam anak pokok buah keliling rumah tapi asyik lupa nak siram. Atau pun lokasi pokok jauh jadi penat untuk berulang alik siram pokok.

Penyelesaiannya boleh ikut cara Shidee Roshadi. Ini cara paling bajet, tak perlu modal boleh guna botol atau plastik saja.

Caranya;

1. Ambil botol (botol air mineral/minyak) atau boleh guna guna plastik. Tebuk lubang halus menggunakan jarum.

2. Isi penuh air dan tutup. Letak botol atau plastik tadi dekat dengan tanaman/pokok.Titisan air dari lubang kecil tadi akan melembapkan tanah, jadi tak perlu lagi menyiram.

3. Supaya tak perlu siram lama boleh guna botol minyak yang besar. Lebih kukuh dan tak mudah terbalik.

4. Isi air jika nampak berkurang. Cara ini kata Shidee boleh bertahan hampir seminggu untuk anak pokok mangga dan juga kuinin yang ditanam.

5. Boleh juga beli alat ini dan sambung pada botol (boleh beli di Shopee).

Semoga bermanfaat.

Sumber: Shidee Roshadi

IKLAN