Kebiasaannya bila hari raya ada banyak menu berasas daging yang kita makan. Gulai daging, rendang daging, serunding, kerutub, dan macam macam lagi lah.
Akibatnya tanpa sedar tahap kolesterol pun jadi tinggi. Selain mengawal pemakanan ketika perayaan ada baiknya juga kita amalkan cara ini sebagai usaha untuk menurunkan paras kolesterol.
Cara ini disarankan oleh bekas Timbalan Pengarah Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi.
Rasanya ramai antara kita menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging semasa Hari Raya ini. Disertakan petua yg telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:
1. Amalkan minyak zaitun
Makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun telah dibuktikan dlm banyak kajian saintifik diseluruh dunia untuk kesihatan jantung.
Ads
2. Makanan tinggi fiber larut air
Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan cth buah tin, prun. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk membantu menurunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.
3. Oat dan barli
Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini berupaya mengawal kemasukan kolesterol dalam darah.
4. Bawang putih bagus untuk cairkan darah
Ads
Bawang putih mengandungi allicin dan komponen sulfur. Alicin fungsinya membantu cairkan darah.
5. Limau kasturi antikolesterol
Minum jus oren, leom atau limau kasturi (kaya bahan flavanone) yang mana bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yg bertindak sebagai antikolesterol.
6. Teh hijau pun elok
Ads
Minum teh hijau, ia kaya bahan epigallocatechin (ECGC) dan epicatechin yg boleh membantu turunkan kolesterol.
7. Minyak ikan kaya omega
Ambil suplemen minyak ikan kerana ia kaya dengan khasiat omega3 yang juga bagus untuk menurunkan risiko sakit jantung.
Bila ada lebihan nasi ramai cuba buat apam nasi ini. Cara membuatnya pun ringkas, sebab itu kita pun teruja nak mencuba.
Walaupun begitu selalu kita dengar bila dah buat hasilnya tak menjadi. Apam kecut, bantat antara masalahnya. Tak gebu macam yang kita selalu beli. Sudahnya ramai yang putus asa.
Bagi memastikan apam nasi yang dibuat gebu gebas, cara dan tip yang dikongsi oleh Janna Hanie boleh dijadikan panduan.
Cara buat apam nasi gebu
Sebelum ini buat apam jadi bantat atau bila buka penutup apam kecut. Tapi bila ikut resipi dan tip ini alhamdulillah menjadi.
Almari kebanyakan kaum wanita memang penuh dengan baju, maklumlah hobi kita pun membeli baju dan tudung kan. Tapi dalam almari yang penuh itu separuh daripadanya adalah baju yang kita tak pakai. Betul tak?
Jadi bagaimana nak asingkan baju-baju ini supaya almari tak melimpah dengan baju yang tak dipakai. Ha buat korang yang selalu rasa sayang nak keluarkan baju untuk boleh praktikkan tip ini.
1. Baju yang sudah 6 bulan tak pakai
Asyik belek-belek tapi tak pernah ambil untuk dipakai. Kalau dah enam bulan baju yang ada dalam almari tak dipakai, besar kemungkinan anda takkan memakainya lagi. Jadi untuk apa lagi digantung dalam almari, dah boleh dikeluarkan ya.
2.Pakaian yang salah beli
Tengok patung pakai nampak cantik. Apabila cuba di badan sendiri rasa tidak selesa dan sopan untuk dipakai. Bagi anda yang suka beli online pasti hadapi masalah yang ini, maklum sahaja anda hanya tengok menerusi gambar.
Jadi buat apa simpan, elok asingkan atau bagi pada orang yang dikenali. Atau mungkin anda boleh jual dengan harga lebih murah kepada teman rapat.
3. Ukuran baju yang tak muat
Saiz tubuh kita ni tak selamanya kekal sama. Ada yang makin mengembang dan ada juga yang makin kurus. Jadi baju-baju yang dah tak muat, ketat atau menggelebeh besar eloklah dikeluarkan dari almari.
Mungkin anda berniat mahu simpan untuk anak-anak tetapi kalau fesyen pakaian itu dah ketinggalan, lebih elok anda sedekahkan pada orang lain. Tidak perlu ‘sumbat’ dalam almari sekali pun sayang.
4. Pakaian ketinggalan zaman
Fesyen baju terutama wanita memang cepat berubah. Jadi untuk baju-baju yang dah ketinggalan zaman atau old fashion tu bolehlah diasingkan. Nak pakai pun tak sanggup jadi nak simpan dalam almari buat apa lagi kan?
5. Pakaian yang terlalu menyerlah
Mungkin tidak ramai yang beli pakaian yang bergaya ala-ala artis. Terlalu menyerlah dan menarik perhatian, sampai anda sendiri rasa segan untuk pakai. Konon tunggu untuk dipakai ke majlis tertentu.
Tetapi kalau terlalu lama anda letak di dalam almari dari tahun ke tahun langsung tidak diusik, apa kata anda jual sahaja baju itu. Tidaklah almari anda penuh dengan baju yang tidak dipakai. Setuju?
Kita memang selalu masak ayam paprik kat rumah sebab senang. Tapi lepas ini apa kata kalau nak masak lagi kita ikut cara Khas Fena ini.
Punyalah sedap katanya sampai kita takkan pesan ayam paprik ini lagi kalau makan kat restoren. Buat sendiri lagi sedap.
Punyalah sedap ayam paprik masak cara ni
Bahan-bahannya
Bahan tumis:
Ayam – dipotong kecil
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Serai sebatang diketuk
3 sudu makan cili kisar
Bahan sos:
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos cili thai
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1/2 sudu makan kicap manis
Air panas setengah mangkuk
Daun limau purut
Langkah demi langkah
1. Mula mula panaskan minyak, letak banyak sikit sebab kita nak tumis cili kisar. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang dihiris bersama serai.
2. Bila bahan tadi garing boleh masuk cili kisar. Masak sampai garing, pecah minyak.
3. Kemudian masuk ayam. Masak sampai ayam kecut, atau sampai masak.
4. Masukkan semua bahan sos tadi.
5. Masuk air panas setengah mangkuk. Biarkan mendidih.
6. Dah mendidih masuk segala jenis sayur yang kita suka. Jangan lupa 6 biji cili padi diketuk.
7. Akhir sekali jangan dilupa daun limau purut. Tak letak ni tak jadi paprik. Buang tulang tengah daun ya.
8. Agak sayur dah lembut boleh la tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi dah. Sos tadi dah cukup bagi rasa yang mabelesss. Tak caya kena cuba.