Ramai suka beli anak pokok buah baik rambutan, mangga, durian, manggis dan sebagai dengan harapan untuk tanam sekitar rumah.
Tapi dah siap tanam, tak sampai 2 bulan anak pokok dah nampak tanda-tanda tak dapat bertahan.
Supaya pokok buah membesar elok dan kita merasa hasilnya ada beberapa langkah yang perlu kita buat. Salah satu adalah waktu menyediakan media untuk menanam anak pokok.
Sebaiknya tanah disuburkan dulu dengan cara yang dikongsi oleh Md Rose Nik ini supaya anak pokok pun turut subur dan cukup nutrien.
Ads
Tip menanam pokok buah-buahan
1. Gali lubang terlebih dahulu. Lakukan 3 atau 4 minggu sebelum anak pokok ditanam.
2. Kemudian masukkan sisa-sisa dapur seperti lebihan sayur, kulit buah atau nasi dan lain lain) untuk pemeraman. Tak perlu timbus terus, cukup sekadar timbus untuk mengurangkan bau.
Ads
3. Selepas lebih kurang 3 minggu, lubang sedia untuk penanaman anak pokok.
4. Keluarkan anak pokok dari polibag dengan hati-hati supaya akar tidak terputus dan tanam pokok dengan tanah dan campuran pasir 10%. Timbus supaya pokok dalam keadaan stsbil.
Ads
5. Siram dua kali sehari selama 2-3 minggu bergantung kepada keadaan cuaca.
Waktu PKP ini bolehlah ambil kesempatan masa yang ada untuk baiki atau hias kediaman. Ya lah dah duduk rumah sentiasa, elok sangat buat kediaman cantik-cantik. Senang dan tenang bila dalam rumah sendiri.
Antara yang boleh dilakukan adalah mencantikkan dinding kosong di rumah. Boleh buat grand miror macam kediaman Shamsul Dekcik ini. Nama saja grand tapi modal tak banyak pun dalam RM150 saja.
Jika nak guna idea ini di rumah sendiri, boleh ikut perkongsian dari beliau.
DIY grand mirror, modal RM150 saja
1. Kayu beli di kedai hardware, harga RM0.30 sekaki, total 80 kaki. Makanya kos kayu RM24 sahaja. Guna kertas pasir untuk licinkan sikit permukaan kayu.
2. Tampal kayu pada dinding, boleh buat 1 kotak bersaiz 2×2 kaki. Setelah gam kering, boleh cat ikut warna kesukaan. Gam kayu boleh dibeli di Shopee. Hanya pakai 2 botol saja untuk gam kayu & cermin.
3. Cermin beli di kedai DIY harga RM5.30/pcs. Bingkai warna hitam tapi saya cat warna putih. Boleh juga tempah cermin di kedai cermin dgn harga rm15/pcs atau pakai mirror diamond. Ikut bajet anda.
Rakyat negara matahari terbit atau Jepun sememangnya terkenal dengan sikap rajin, berdisiplin dan bijak. Sudah tentu ajaran dan didikan dari ibu bapa mereka semenjak kecil menjadi pendorong utama kepada tumbesaran anak-anak yang bijak.
Perkongsian tip Bagaimana Orang Jepun Mendidik Anak Mereka? dari Baharuddin Mohamed di laman Facebooknya sangat menarik untuk dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak.
1. Teknik Rangsangan Otak
Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderung kepada kira-kira dan fakta.
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka ” mama sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imaginasi.
2. Marahlah, tapi jangan tengking
Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.
3. Biarkan mereka bermain
Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya.
Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa Cina dan Jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak.
Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
4. Teknik imaginasi
Isteri saya selalu menggunakan teknik imaginasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaginasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
5. Teka-teki
Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
Jika selama ini kita mungkin tidak pernah melakukan perkara diatas, mulai hari ini boleh mula amalkan dan lihat bagaimana reaksi anak. Jangan marah-marah anak kerana mereka dalam proses mengenal dan belajar, jadi why so serious? Semoga bermanfaat.
Hidangan Chinese style memang dah biasa dengan lidah kita, antaranya adalah sup wantan. Ianya sama adakita makan di kedai atau kita beli wantan frozen dan masak sendiri di rumah.
Tapi sebenarnya kalau nak buat sendiri wantan pun boleh sangat sebab caranya pun tak susah mana. Dikongsi oleh Zurina Zulkefli ini caranya;
Sup wantan homemade untuk minum petang
Bahan inti:
✓ Daging ayam kisar jenama Ramly
✓ Kulit wantan
✓ Lobak merah – cincang
✓ Daun bawang – hiris
✓ Tepung jagung – 1 sudu makan
✓ Kiub pati ayam – separuh
Campurkan semua sekali bahan dan gaul sebati
Bungkus inti menggunakan kulit wantan menjadi wantan
Cara memasak:
Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.
2. Masukkan wantan dan rebus sehingga masak.
3. Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.
4. Akhir sekali boleh masukkan wantan. Sedia dihidang.
Cara buat kicap cair dan minyak bijan boleh rujuk di SINI